muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Monday, January 27, 2014

cinta Rasulullah..

cinta Rasulullah pada Allah swt,
Baginda mewakafkan kehidupannya hanya buat Allah Sang Pencipta..

cinta Rasulullah pada diri baginda,
Baginda menjauhi yang batil dan melazimi segala kebaikan buat Sang Pencipta..

cinta Rasulullah kepada zaujah baginda,
Baginda menyintai permata hati baginda dengan layanan dan sebarkan kebaikan kepada zaujah tercinta

cinta Rasulullah kepada mutiara tercinta,
Baginda menyayangi anak-anak dengan memberikan sepenuh kasih sayang disamping menjaga kehormatan anak-anak tercinta

cinta Rasulullah kepada para sahabat,
Baginda menyebarkan islam dengan menghapuskan kejahilan dalam jiwa para sahabat dan dihadirkan cahaya yang menerangi perjalanan kehidupan para sahabat

cinta Rasulullah kepada umat baginda,
Baginda memohon kepada Allah untuk memendekkan waktu solat,
Baginda sentiasa memohon kepada Allah untuk kebaikan umat baginda,
Baginda meninggalkan kitab untuk menjadi panduan umat baginda..

Bagindalah cermin kepada sebuah kalam suci..
yang mana pada diri baginda terlihat segala kebaikan dan rahmat..
sesiapa yang menyintai baginda dan menjalani segala sunah baginda, maka merekalah insan yang bakal bersama baginda diakhirat kelak..

sedarilah kita..
tiada yang lemah kecuali iman,
maka perbaharuilah iman..
tiada yang jauh melainkan kisah silam,
maka lupakan segala kejahilan lalu dan terus melangkah..
tiada yang berat kecuali memikul amanah,
maka pertanggungjawablah untuk setiap amanah Allah..
tiada yang ringgan melainkan menunaikan solat,
maka lawanlah nafsu untuk terus memenuhi lima panggilan Ilahi..

semoga kita layak menjadi pendamping baginda..
dan mendapat syafaat dari baginda...

Friday, January 24, 2014

hati

Kesejukan hati berawal dari keikhlasan kita terhadap ALLAH, Keikhlasan hati adalah tanpa balasan. Kemurnian jiwa berawal dari kepasrahan diri dan rasa SYUKUR kita kepada ALLAH, Pasrah karena hanya ALLAH-lah yang akan menentukan jiwa & hidup kita.

cinta Allah

cinta Allah ia adalah kehidupan..
sesiapa yang menghilangkannya,
maka dia adalah orang yang mati..

cinta Allah adalah cahaya..
sesiapa yang kehilangan sinarnya,
maka ia berada dalam kegelapan samudra..

cinta Allah adalah ubat..
sesiapa yang xmenelannya,
maka hatinya akan tertimpa dengan beragam penyakit..

cinta Allah adalah kenikmatanya yang luar biasa..
sesiapa yang tidak memperolehinya,
maka seluruh kehidupanya adalah kegelisahan dan derita..

cinta Allah adalah rohnya iman
cinta Allah adalah rohnya amal
cinta Allah adalah rohnya perilaku

ketika kita terlepas dari cintaNya..
maka jasad kita tanpa jiwa dan rohNya..

Thursday, January 23, 2014

musafir

 
Setiap kali bermusafir seorang diri selalu amalkan:

"Hasbunallahu wa ni'mal wakil"

Cukuplah hanya Allah sebaik-baik pelindung.

Cumanya terdetik pagi tadi masa naik train:

"Ya Allah, aku serahkan hidup dan matiku ditanganMu"

Takpalah walaupun baru terdetik boleh amalkan untuk permusafiran pada masa-masa akan datang.

Ajal maut bila-bila boleh datang.Tak kira di mana sahaja kita berada.Moga-moga mati dalam niat Allah redha pada kita..

Boleh pulak terdetik mahu jadi bidadari dunia dan di akhirat sana..jauh betul berangan hari ni

"Bidadari hidup dan mati"

Hukum Membawa Anak-anak ke Dalam Masjid



Membawa anak-anak yang sudah tamyiz ke dalam masjid hukumnya adalah sunnah. Hal itu untuk melatih mereka shalat dan membiasakan mereka beribadah di tempat mulia itu.

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Qatadhah al-Anshari, bahwasanya Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam pernah shalat sambil menggendong Umamah binti Zainab binti Rasulullah.

Namun membawa anak-anak ke dalam masjid haruslah menjaga mereka supaya tidak mengganggu orang-orang yang shalat dan membuat keributan atau bermain di dalam masjid. Jika tidak bisa menjaganya, maka hukum membawa anak-anak ke dalam masjid adalah makruh.

Imam Ubay al-Azhari al-Maliki dalam kitabnya yang berjudul "Jawahir al-Iklil Syarh Mukhtashar Khalil" mengatakan bahwa boleh hukumnya membawa anak-anak ke dalam masjid. Tetapi jika tidak bisa menjaganya maka hukumnya makruh karena ada hadits yang berbunyi, "Jauhkanlah masjid kalian dari orang gila dan anak-anak kalian....."

-Syekh Dr. Syauqi Allam, Mufti Mesir

Sumber: Majalah al-Azhar edisi R. Awwal 1435 H.

pemimpin

Siapa tidak mahu pemimpin yang adil & soleh?

Hampir kesemua rakyat mahukan pemimpin yang seperti itu kerana pemimpin itu tidak akan menyusahkan mereka bahkan membantu mereka. Yang tidak mahu pemimpin yang baik hanya mereka yang tidak normal sahaja .

Sekarang saya mahu mengajak anda semua menilik pemimpin masing-masing pula. Asyik sibuk mahukan pemimpin yang adil & soleh, baik kita teliti pemimpin kita sendiri. Apakah ia dalam keadaan adil & soleh juga? .

Siapa pemimpin itu?

>>> HATI ANDA itulah PEMIMPIN yang saya maksudkan.

Tanya bagaimana kondisinya; apakah ia baik-baik aje, atau sakit atau mati?

- Jika ia baik, alhamdulillah. Mohon terusan Allah kekalkannya dalam kondisi yang baik. Penting hati baik sampai ke akhir hayat kerana hati yang selamat sejahtera sahaja yang akan datang bertemu Allah dalam keadaan tenang.

- Jika sakit, rawatinya. Bawa ia jumpa pakar (orang-orang soleh) & ke hospital (tempat-tempat barakah seperti majlis ilmu, majlis zikir & salawat).

- Jika ia mati, usaha hidupkannya semula dengan kembali bertaut pada Al-Quran & As-Sunnah. Hidup cara Nabi صلى الله عليه وسلم maka hati kita pasti hidup.

Sahabat, semua kita pasti mati. Tiada yang berkecuali. Tidak mahu mati pun akan dipaksa untuk mati, Allahu Robbi .

Tapi once seseorang itu mati dalam keadaan beriman, dia takkan mahu kembali ke dunia lagi & dia akan sangat gembira dengan ni'mat-ni'mat yang Allah bagi. Bahkan dia akan berasa beruntungnya dia telah mati. Allahu akbar.

Bagaimana cara MATI yang anda mahukan?


MUHASABAH...

CNP

Tuesday, January 21, 2014

kehebatan dakwah habib umar

"Satu hari, Habib Umar berdakwah di Eropah.. Beliau menyampaikan ceramah di hadapan 2500 orang bukan Islam bertajuk 'Keindahan Islam'...

Selesai ceramah Habib ingin beredar dari majlis itu. Tiba di gerbang pintu keluar Habib dipanggil semula masuk ke dalam dewan. Habib berasa hairan mengapa dipanggil masuk ke dalam dewan semula.

SUBHANALLAH.. 2500 orang tersebut masuk ISLAM di hadapan Habib Umar...

Inilah keindahan dakwah ulama yang hikmah..."

Sabtu - 18/1/2014
Masjid Sultanah, Alor Star - Kedah.

kata ulama'

"Bermazhab bukan bermakna taksub. Mengikuti ulama' bukan bermakna meninggalkan alQuran dan asSunnah..

Beraqidah seperti jutaan ulama' lain dalam Mazhab al-Asy'ari, Ahlissunnah Wal Jama'ah, bukan bererti aqidah tidak selari dengan Rasul dan Sahabat..

Tak perlu dipeningkan dengan seruan "Rujuklah alQuran dan Hadis" sedangkan makna tersembunyinya adalah "Rujuklah pada aku"..

Tak perlu bergaduh dan menjerit isu cabang. Mari tumpu mengislah (memperbaiki) dan memajukan ummah..

Tegakkan Syariat.. Hidupkan Sunnah.. Sebarkan Mahabbah.."

- Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre hafizahullah

sambutan maulidul rasul

Perkataan Al-Allamah Prof Dr. Wahbah Az-Zuhaili (Ulama Besar Dunia Lulusan Al-Azhar) mengenai sambutan Maulidul Rasul :

Ketika beliau ditanya tentang hukum sambutan Maulid di rancangan As-Syari'ah Wal Hayah di channel Al Jazeera yang bertajuk "Albida'u wa majalatuha al-mu'asirah", beliau menyatakan :

bahawa sambutan ini walaupun tiada di zaman sahabat dan asalnya daripada Fatimiyyun, tetapi ianyan bukanlah bid'ah yang buruk kerana menghidupkan banyak kebaikan seperti membaca AL-Quran, memperingatkan tentang akhlak Nabi SAW, dan mengajak manusia untuk berpegang pada ajaran Islam, dan adab-adab, maka hukumnya menjadi harus dan tidak mengapa.

Kerana jika kita mengatakan perkara ini merupakan bid'ah yang buruk, maka seolah-olah kita mengingkari dakwah Islam.

Salafussoleh tidak menyambut maulid Nabi SAW kerana mereka masih sibuk untuk mengukuhkan kaedah-kaedah asas-asas Islam dan rukun-rukunnya, dan pembukaan-pembukaan kota, penyebaran agama dan mempertahankan Islam dari serangan musuh-musuh serta menghadapi pelbagai halangan dalam dakwah mereka, maka mereka tidak punya waktu untuk mengadakan sambutan ini..bahkan mereka tidak memerlukan sambutan ini kerana Nabi SAW masih hidup bersama mereka, dan mengambil daripada Baginda SAW nasihat-nasihat, galakan, adab-adab yang mulia dll maka ianya belum muncul pada zaman mereka.."

meluruskan saf

Dari Abu Mas'ud r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. mengusap bahu-bahu kita dalam shalat dan bersabda: "Ratakanlah - saf-saf dalam shalat - dan jangan bersilih-silih lebih maju atau lebih ke belakang, sebab jikalau tidak rata, maka hatimu semua pun menjadi berselisih. Hendaklah menyampingi saya - dalam shalat itu - orang-orang yang sudah baligh dan orang-orang yang berakal di antara engkau semua. Kemudian di sebelahnya lagi ialah orang-orang yang bertaraf di bawah mereka ini lalu orang yang bertaraf di bawah mereka ini pula." (Riwayat Muslim)

Monday, January 20, 2014

remind me of Allah

Bagaimana cinta yang ingin aku persembahkan pada Dia,sedang diri terus lena dalam dakapan dunia yang sementara. Bagaimana cinta yang ingin aku ungkap pada Dia sedangkan redhaNya kian kabur dari pandangan mata. Sungguh siapalah aku tanpa tarbiyyah dariNya. Aku kian lena dalam buaian nafsu dunia sedangkan aku sudah tidak punya masa untuk hidup dalam deru nafas lega.

                                Aku sudah tiada masa untuk terus bertekuk lutut dalam pelukan putus asa. Walau seribu langkah aku mendaki aku tetap akan berhenti seketika. Kadang kala tak terucap lelah di dada. Tapi masakan seorang pejuang akan berhenti dalam perjuangan. Inilah hidup yang di dalamnya penuh dengan mehnah ujian. Never give up. Mujahidah solehah yang mendamba kasih dan redha Allah akan sentiasa segar dalam ingatannya untuk terus mempersiapkan dirinya untuk ummah.

                                Muajahidah Allah itu bukan sempurna. Kadang kala dia mengulangi khilaf yang sama. Di saat itu juga Allah hadir menerangi laluan dengan pancaran hidayah dan Nur Nya. Allah tahu aku lemah,jadi Allah ajarkan aku tarbiyyah,yang melaluinya aku tersedar dan tersentap dari leka akan dunia yang sementara. Aku punya banyak jalan perjuangan yang melaluinya aku sudah tiada masa untuk berlengah lagi. Aku perlukan Allah lebih dari segalanya. Jadi,mengapa harus aku berdiam diri sedang hidayah Allah datang menjengah diri ini.

                                Mujahidah Allah itu mudah goyah. Dari itu ada tarbiyyah yang sangat banyak mengajarnya akan erti mujahadah yang sebenar. Kata seorang sahabat “ you know how to control your own heart”. Termangu aku sendirian memperbaiki fikiran yang kian kusut waktu ini. Aku tersenyum lalu aku bangkit walau sakitnya sangat terasa. Aku yang mulakan pergolakan jadi aku sendiri yang perlu menyelesaikannya dengan fikiran matang seorang pejuang agama Allah.

                                Menjadi pejuang agama Allah bukan menjadikan dia untuk bangkit memperbaiki ummah semata. Tapi ia dimulakan dengan langkah pertama memperbaiki dirinya sendiri. Allah tahu aku lemah,jadi Allah ajarkan aku bagaimana untuk kuat dengan pergantungan dan pengharapan itu pada Allah. Allah tahu di hadapan ku ini punya banyak lagi aral rintangan dalam medan dakwah,yang melaluinya aku perlu untuk bijak mengatasi dan menyelesaikan masalah dari seremeh-remeh perkara hingga ke besar-besar perkara.

                                Mujahidah Allah yang bersiap untuk turun dalam medan dakwah dengan sebenar-benarnya perjuangan tetap perlu memperbaiki hatinya. Jadi,usah usik lagi hati ini. Hati ini milik Allah. Aku sedang berusaha keras untuk menjaga hati ini untuk terus sepenuhnya menyerahkan hati ini pada Allah. Mintalah pada Allah dengan sepenuhnya pengharapan. I’m not noble person as you think.

                                Mujahidah Allah yang walau hebat dia berhujah mahupun hebat dalam penulisannya seperti dakwaan orang lain,dia bukan perfect mahupun hebat seperti sangkaan orang. Dia tetap berusaha keras memperbaiki dirinya. Moga maghfirah Allah mengiringi aku dan diri kalian. Remind me of Allah if indeed your love for me is true..

from : fb permata islam

cetusan shbt

tiada kata yang mampu diungkap apabila sinar hidayah menghampiri lalu kita raihnya dengan rasa syukur tak terhingga..dalam menghampiri dan rangkul sinar hidayah itu pasti ada benda yang akan kita korbankan meskipun dalam rela atau paksa rela..walau ia jadi paksa rela selagi tujuan hidup itu kita kembalikan pada Allah Sang Pencipta,maka tiadalah kepentingan dunia dan seisinya lagi selain redha Allah jadi buruan utama..

kita hanya manusia yang tidak pernah puas menikmati kenikmatan dan rasa bahagia hidup di dunia..kita buas menikmati segalanya meskipun murka Allah mengundang segalanya.. kerana kita lupa dunia ini akan jauh meninggalakn kita melainkan akhirat tempat yang kekal selamnya..Allahu ghayatuuna..


CNP

kalam indah

"aku adalah anak2 panah islam,campklah aku ke mana jua..aku pasti akan berjuang"

kita mohon kekuatan dari Pemilik segala kekuatan iaitu Allah..kita mohon ketetapan dari pemilik segala hati..daei akan terus bergerak di tengah2 kelompok ummah..terus menjadi pencetus ummah dan bukan sahaja pencetus tapi penggerak ummah untuk memegang erat syahadatul haq..

daei..awk punya pelbagai ragam madh'u punya pelbagai mehnah dlm mengahadapi waqi' yg baru..tapi bila pertama sekali iaitu kefahaman dalam perjuangan itu yang engkau pertaruhkan maka teruskanlah perjuanganmu..kadang kala kita akan tersungkur tapi kekuasaan Allah dan pertolongan Allah itu lebih jelas dan kukuh berbanding segalanya...

CNP

keunggulan tarbiyyah,pencetus generasi Rabbani..


dakwah need analysis,,fahami waqi' kenali madh'u..mantapkan elemen2 dalam 10 muwasafat tarbiyah..with tarbiyyah in shaa Allah will lead who you are because tarbiyyah is seed for everything..
"nahnu ruhhul jadid fi jasadil ummah"
bantu saya fahami waqi' kini ye 

CNP



peribadi orang yang bertaqwa

Peribadi orang yang bertaqwa:

~ Setiap KALAMNYA adalah DAKWAH
~ Setiap DIAMNYA adalah ZIKIR
~ Setiap NAFASNYA adalah TASBIH
~ Setiap PANDANGAN MATANYA adalah RAHMAT
~ Setiap SUARA TELINGANYA selalu TERJAGA
~ Setiap FIKIRANNYA adalah BAIK SANGKA
~ Setiap GERAK HATINYA adalah DOA
~ Setiap SENTUHAN TANGANNYA adalah SEDEKAH
~ Setiap LANGKAH KAKINYA adalah JIHAD
~ Kekuatannya adalah SILATURRAHIM
~ Kesibukannya adalah ASYIK MEMPERBAIKI DIRI
~ Kerinduannya adalah TEGAKNYA SYARIAT ALLAH SWT


nafas hidayah << fi hifzillah wa fi amanillah..
setiap diamnya itu adalah zikir..pandangannya penuh hikmah kata2 nya penuh dengan tazkirah..wahai muslimah yang baginya hidup di dunia adalah untuk Allah..yang baginya hidup ini adalah perjuangan untuk menuju Allah..jadikan purdahmu bernilai solehah..jadikan tazkirahmu itu menyentap hatimu sendiri..tazkirah yang menjadi engkau sendiri tertarbiyyah..

taqwa yang menjadi pakaianmu wahai muslimah..zuhud yang menjadi perhiasanmu wahai mujahidah..

kalam kata habib umar

Cahaya-cahaya yg bersinar tersembunyi ketika bersinarnya cahaya Nabi Muhammad saw.. Tidaklah cukup cahaya ini bagimu.. menyinari pikiranmu, akalmu, hatimu, pendengaran dan pandanganmu.. Menyinari tujuanmu, niatmu, anggota badanmu dan ruhmu.. Menyinari penghadapanmu untuk Tuhanmu.. jika kamu datang kepadanya dengan cahaya ini maka kamu di terima karna ini tempat di terimanya oleh Allah swt.. Dia adalah pintu paling agung yg kamu masuk melaluinya kepada Allah swt.. Siapa yg hendak masuk kepada Ar-rohman ( Allah swt ) dari selain pintu Nabi Muhammad saw tidak akan di terima oleh Allah swt.

kisah baginda dan satu pertandingan

Kisah mangkuk cantik, madu dan sehelai rambut.. Suatu ketika, Rasulullah SAW, Abu Bakar, Umar dan Uthman berkunjung sebagai tetamu ke rumah Ali. Di sana mereka dijamu oleh Fatimah, puteri Rasululllah SAW sekaligus isteri Ali bin Abi Thalib. Fatimah menghidangkan untuk mereka semangkuk madu. Ketika mangkuk itu diletakkan,sehelai rambut jatuh melayang dekat mereka. Rasulullah SAW segera meminta para sahabatnya untuk membuat perbandingan terhadap tiga benda tersebut, iaitu mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut. Abu Bakar yang mendapat giliran pertama segera berkata, “iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut”. Rasulullah SAW tersenyum, lalu menyuruh Umar untuk mengungkapkan kata-katanya. Umar segera berkata, “kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Rajanya lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”. Rasulullah SAW kembali tersenyum, lalu berpaling kepada Uthman seraya mempersilakannya untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka. Uthman berkata, “ilmu itu lebih cantik dari madu yang cantik ini. Orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”. Rasulullah SAW kembali tersenyum kagum mendengar perumpamaan yang disebutkan para sahabatnya itu. Baginda pun segera mempersilakan Ali bin Abi Thalib untuk mengungkapkan kata-katanya. Ali berkata, “tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”. Rasulullah SAW segera mempersilakan Fathimah untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka. Fathimah berkata, “seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik. Wanita yang mengenakan purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut”. Setelah mendengarkan perumpamaan dari para sahabatnya, Rasulullah SAW segera berkata, ‘seorang yang mendapat taufiq untuk beramal lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Beramal dengan perbuatan baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas, lebih sulit dari meniti sehelai rambut.” Malaikat Jibril yang hadir bersama mereka, turut membuat perumpamaan. “menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik. Menyerahkan diri, harta dan waktu untuk agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut”. Allah SWT membuat perumpamaan dengan firmanNya dalam hadis Qudsi, “syurgaKu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu. Nikmat syurgaKu itu lebih manis dari madu dan jalan menuju ke syurgaKu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

kini disunting

assalamualaikum....
salam pembuka bicara,
buat sahabat yang setia di jalanNya..
 
masyaAllah tabarakallah.. 5 bulan berlalu pantas. diri kerdil ini telah terikat dengan satu ikatan permulaan. sebagai tanda mukadimah kepada suatu jalinan bernama ta'aruf. pertunangan! khitbah! pasti ramai yang mengetahui maksud terindah dari satu perkataan yang penuh makna. tapi ketahuilah, khitbah itu bukan mudah! dan KHITBAH ITU BUKAN JALAN MUKADIMAH KEPADA SUATU KEMAKSIATAN. khitbah bukan suatu jalan untuk kita menghalalkan yang haram, pendustakan cinta yang Esa. ketahuilah, ia hanya suatu permulaan kepada pembukaan suatu hubungan yang lebih serius. dan ketahuilah melaluinya sangat teruji. tapi apa insan kerdil ini kongsikan, laluinya dengan penuh hikmah, jangan kita menggunakan ikatan ini kepada suatu perkara yang mungkar. sungguh, pertunangan itu suatu ikatan, tapi hubungan dua insan itu masih lagi harus dan wajib dijaga. tidak halal lagi untuk duduk bersama. segala yang terjaga sebelumnya masih wajib dijaga.
cuma satu ringkasan nasihat dari hamba yang kerdil ini,

 " jika kita ingin menuju kepada perkara baik, gunakan juga jalan yang baik.. semoga yang dimiliki kelak peroleh redhoNYA...."

Thursday, January 16, 2014

dakwah



berdakwahlah dengan kemampuanmu..
jika bicaramu mampu mengetarkan hati saudaramu,
maka bicaralah..
jika pekertimu mampu menarik saudaramu untuk berubah,
maka beraksilah..
walau apa cara dakwahmu,
hadirkanlah hati yang ikhlas dan bersih kerna Allah.



hidayah



saat hidayah Allah menyapa hati kita,

genggamlah ia...

usah biarkan kejahilan lampau bertatih kembali dalam hati dan diri kita

luruskan jalanmu

Bila hati mula terarah kepada kebenaran,

maka kukuhkan langkahmu untuk setia bersama kebenaran..

Bila nafsu itu sesak dengan desakan dan rintihanNya,

maka ingatkan diri akan rohmatNya..

sedarilah...

Jalan benar hanya untuk hamba yang benar bersamaNya,

dalam susah dan senang,

dalam tangis dan gembira,

dalam kejatuhan dan kejayaan

no title

ya Tuhan..
aku di sini,
merintih memohon petunjukMu,
dugaan apakah yang sedang Engkau uji pada diriku??
apakah diri ini terlalu kerdil dan dhoif??
tidak bisa menerima ujian sekecil ini?
mengapa ini begitu berat untuk aku tanggung??
derita apakah ini ya Ilahi??

:'(