muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Monday, January 20, 2014

kini disunting

assalamualaikum....
salam pembuka bicara,
buat sahabat yang setia di jalanNya..
 
masyaAllah tabarakallah.. 5 bulan berlalu pantas. diri kerdil ini telah terikat dengan satu ikatan permulaan. sebagai tanda mukadimah kepada suatu jalinan bernama ta'aruf. pertunangan! khitbah! pasti ramai yang mengetahui maksud terindah dari satu perkataan yang penuh makna. tapi ketahuilah, khitbah itu bukan mudah! dan KHITBAH ITU BUKAN JALAN MUKADIMAH KEPADA SUATU KEMAKSIATAN. khitbah bukan suatu jalan untuk kita menghalalkan yang haram, pendustakan cinta yang Esa. ketahuilah, ia hanya suatu permulaan kepada pembukaan suatu hubungan yang lebih serius. dan ketahuilah melaluinya sangat teruji. tapi apa insan kerdil ini kongsikan, laluinya dengan penuh hikmah, jangan kita menggunakan ikatan ini kepada suatu perkara yang mungkar. sungguh, pertunangan itu suatu ikatan, tapi hubungan dua insan itu masih lagi harus dan wajib dijaga. tidak halal lagi untuk duduk bersama. segala yang terjaga sebelumnya masih wajib dijaga.
cuma satu ringkasan nasihat dari hamba yang kerdil ini,

 " jika kita ingin menuju kepada perkara baik, gunakan juga jalan yang baik.. semoga yang dimiliki kelak peroleh redhoNYA...."

2 comments:

Unknown said...

Tahniah ukhti nur..

semoga ikatan diredhai Allah..

~ Dah bertunang da dia.. :D ~

ukhti Nur said...

alhamdulillah..syukran..segala sudah tertulis di luh mahfuz..semoga Allah memberikan kekuatan buat kita dlm memperjuangkan diri selaku hambaNya..ingatlah, kitaa tidak membawa nama kita semata, tapi agamaNya dan juga keturunan baginda..