muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Thursday, February 20, 2014

Kisah hidup Rasulullah

Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda.
1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.
2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.
3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”
4. Rasulullah SAW sangat mengasihi Sahabat-sahabatnya. Jika seorang Sahabat sudah dua tiga hari tidak kelihatan, baginda akan bertanya, “Ke mana perginya si polan si polan itu…”
5. Jika ada orang yang meminta tolong pada Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak menunaikannya. Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, akan ALLAH tunai 70 hajatnya.”
6. Pernah satu ketika seorang Arab Badwi kencing di satu sudut dalam Masjid Nabi. Ada di antara para Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berkata, “Biarkan dia menyelesaikan hajatnya…” Setelah lelaki tersebut selesai, Rasulullah SAW sendiri membasuh najis itu dan kemudiannya barulah memberitahu Arab Badwi tersebut adab-adab di dalam masjid.
7. Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut. Akibatnya, lutut Rasululah SAW telah berdarah. Melihat penganiayaan itu, malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. Tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan berkata, “Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-Nya.” Malaikat menjawab: “Tuan benar.” Selepas itu baginda terus berdoa untuk penduduk Thaif: “Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui.”
8. Pernah seorang Sahabat duduk secara menghimpit paha atas paha dengan Rasulullah SAW. Baginda membiarkannya sahaja untuk menjaga hati Sahabat tersebut supaya tidak menganggap yang Rasulullah SAW tidak sudi duduk bersamanya.
9. Sewaktu hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW telah dikejar dengan kuda oleh seorang bernama Suraqah yang bercita-cita merebut hadiah yang ditawarkan oleh kafir Quraisy Makkah jika berjaya membunuh Rasulullah SAW. Setiap kali kuda Suraqah mendekati Rasulullah SAW, setiap kali itulah kudanya tersungkur jatuh. Rasulullah SAW tidak bertindak apa-apa. Rasulullah memaafkannya. Akhirnya Suraqah menyerah dan berjanji tidak akan cuba membunuh Rasulullah SAW lagi.
10. Satu ketika seorang musuh bernama Da`thur mendapati Rasulullah SAW sedang berehat di satu batu. Dia terus melompat dan meletakkan pedangnya di leher Rasulullah SAW dan berkata, “Siapa yang akan menyelamatkan nyawa kamu dan tanganku?”
Rasulullah SAW spontan menjawab, “ALLAH!”
Mendengar jawapan Rasulullah itu, Da`thur menggeletar hingga pedangnya jatuh daripada tangan.
Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya, “Kali ini siapa yang akan menyelamatkan kamu dari tanganku?”
Da`thur tergamam dan menjawab, “Tiada siapa.”
Akhirnya Rasulullah SAW memaafkan Da`thur. Melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu, Da`thur pun mengucap dua kalimah syahadah (masuk Islam).
11. Rasulullah SAW sangat penyayang dengan anak-anaknya dan bertimbangrasa dengan isteri-isterinya. Pada kesilapan isteri-isterinya, baginda selalu memberi maaf. Baginda juga membantu kerja-kerja rumah dan menampung jubah dan kasutnya sendiri.
12. Rasulullah SAW selalu berjalan dengan fakir miskin dan sering menziarahi janda-janda, bertanya akan keperluan hidup mereka. Bahkan dengan orang-orang miskin dan melarat, baginda selalu duduk bersama mereka, berbual, makan minum dan bermesra dengan mereka.
13. Pernah di satu pagi Hari Raya, Rasulullah SAW bertemu seorang kanak-kanak yang menangis di tepi jalan. Baginda terharu dan bertanya, “Mengapa engkau menangis?” Kanak-kanak tersebut menjawab, “Ayah saya telah mati syahid sementara ibu saya sudah berkahwin lain. Nasib saya terbiar dan saya tidak ada baju barn dan lain-lain persediaan untuk berhari raya.” Rasulullah SAW mengalirkan air mata mengenangkan nasib kanak-kanak tersebut. Baginda berkata: “Sukakah kamu kalau aku menjadi ayahmu dan Aisyah (isteri Rasulullah) menjadi ibumu?” Sungguh tidak terkira gembiranya rasa hati kanak-kanak itu, bila mendengar Rasulullah SAW yang mulia menjadi ayahnya. Baginda pun membawa pulang kanak-kanak tersebut ke rumahnya. Kanak-kanak itu dimandikan, dipakaikan dengan baju raya dan dijamu makan. Betapa gembiranya hati kanak-kanak itu, begitulah gembiranya hati Rasulullah SAW kerana dapat menggembirakannya.
14. Pada ketika yang lain, dalam perjalanan menuju ke pasar, Rasulullah SAW melihat seorang budak (hamba sahaya) sedang menangis di tepi jalan. Bila baginda tanyakan mengapa menangis, budak itu menjawab bahawa dia menangis kerana duit yang diberi oleh tuannya telah hilang. Rasulullah SAW terus mengganti duit yang hilang itu dengan duit baginda sendiri. Tetapi apabila baginda balik dari pasar, dilihatnya budak yang sama masih menangis. “Kenapa kamu masih menangis?” tanya Rasulullah SAW. “Kali ini saya menangis kerana takut dimarahi dan dipukul oleh tuan saya kerana saya sudah terlambat pulang dan pasar,” jawab budak itu.
Untuk mengelakkan budak itu daripada dimarahi, Rasulullah SAW sendiri menemaninya pulang. Rupanya rumah itu dihuni oleh sekumpulan wanita. Rasulullah SAW terus memberi salam. Setelah tiga kali memberi salam, barulah salam Rasulullah SAW itu dijawab. Rasulullah SAW bertanya, “Apakah kamu tidak dengar salam saya sebelumnya?” Wanita-wanita itu menjawab, “Kami dengar, tetapi sengaja kami tidak jawab supaya kami mendapat doa daripada Rasulullah SAW banyak kali…”
Rasulullah SAW terus menerangkan mengapa budak itu lambat. Baginda meminta supaya budak itu tidak dirotan, tetapi sekiranya mereka tidak puas hati, Rasulullah menawarkan dirinya sebagai ganti untuk dirotan. Lantas Rasulullah SAW menyingsing lengan bajunya. Mendengar kata Rasulullah SAW itu, kumpulan wanita itu lantas berkata, ” Tidak, ya Rasulullah. Mulai sekarang, kami merdekakanlah budak ini.” Itulah kesan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
16. Rasulullah SAW berjiran dengan seorang Yahudi. Baginda sangat menjaga hak-hak jiran. Baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang menyakiti hati jirannya malah baginda selalu menghadiahkan makanan dan lain-lain hadiah kepada jiran Yahudinya itu.
17. Rasulullah SAW juga sangat mengambil berat tentang hak-hak kafir zimmi. Baginda bersabda: “Siapa yang menzalimi kafir zimmi walaupun orang Islam sayalah pembelanya (penebusnya).”
18. Rasulullah SAW juga sangat mengasihi binatang. Baginda melarang kanak-kanak menyeksa binatang. Untuk menyembelih binatang, Rasulullah SAW berpesan supaya menggunakan pisau yang tajam, agar binatang tersebutcepat mati dan tidak lama dalam kesakitan. Rasulullah SAW sering mengingatkan supaya unta-unta dan himar tidak dibebani oleh muatan yang berlebihan daripada apa yang sanggup ditanggung. Pernah seekor kucing tidur atas serban Rasulullah SAW. Maka baginda menggunting bahagian tempat kucing itu tidur di atasnya kerana tidak mahu mengejutkan kucing tersebut. Ketika dalam perjalanan dan Madinah ke Makkah di tahun kemenangan, Rasulullah melihat seekor anjing di tepi jalan. Anjing itu mengeluarkan suara seakan-akan membujuk anaknya yang sedang mengerumuninya untuk menyusu. Maka Rasulullah meminta seorang Sahabat untuk menjaga jangan sampai ada dan kalangan anggota rombongan baginda yang mengganggu anjing itu dan anak-anaknya. Ketika Rasulullah melihat seekor himar yang telah diberi tanda dengan besi panas di mukanya, baginda menentangnya dan melarang haiwan diberi tanda dan dipukul di mukanya.
19. Ketika Rasulullah meninggalkan kabilah Saqif, ada seorang lelaki yang memohon kepada beliau, “Wahai Rasulullah, berdoalah untuk kebinasaan mereka.” Rasulullah berkata, “Ya ALLAH, berilah petunjuk kepada kabilah Saqif dan bawalah mereka (ke jalan yang benar).”
20. Satu ketika Abu Zar keluar bersama hamba sahayanya yang berpakaian seperti apa yang beliau pakai, lalu ada orang bertanya, “Mengapa kamu berbuat demikian?” Abu Zar menjawab, beliau mendengar Rasulullah berkata: “Hamba sahaya itu adalah saudaramu, mereka di jadikan oleh ALLAH di bawah kekuasaanmu. Maka barangsiapa saudaranya di bawah kekuasaannya (di bawah jagaannya), hendaklah dia memberi makan dengan apa yang dia makan dan memberi pakaian dengan pakaian yang is pakai, dan janganlah hamba itu disuruh melakukan pekerjaan di luar batas kemampuannya. Apabila mereka diperintahkan bekerja maka bantulah mereka.”
INILAH sebahagian daripada cerita-cerita sebagai bukti betapa pengasih dan pemaafnya Rasulullah SAW, model agung kecintaan yang paling unggul dan patut dicontohi oleh manusia sepanjang zaman. Cerita-cerita itu menunjukkan betapa kasih dan sayangnya Rasulullah SAW sama ada kepada manusia atau bintang, yang sepatutnya dicontohi oleh umat Islam.


cnp #kisahtauladan

Wednesday, February 19, 2014

Al-Habib Hasan bin Ja'afar Assegaf

Al-Habib Hasan Bin Ja'far Assegaf: "Sesungguhnya manusia yg di dalamnya itu selalu menyebut nama Nabi Muhammad saw itu adalah sebagian bukti bahwa ia cinta kpd Nabi Muhammad saw krn salah satu wujud seorang cinta kpd Nabi Muhammad saw adlh ia yg selalu menyebut nama beliau."

Monday, February 17, 2014

aku kecewa ya Allah

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Jika ditanya apa yang nak diperkatakan, AKU KECEWA YA ALLAH.. :'(
kecewa dengan sikap manusia, yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang dia miliki. tapi menagih apa yang dia tak perolehi.

KISAH SAIDINA UMAR

Orang beriman sentiasa risau dirinya..Saidina Umar ra ketika jadi khalifah pergi berjumpa dengan Huzaifah ra (penyimpan rahsia dan senarai nama orang munafiq yang diberi oleh Nabi saw).

Huzaifah tanya adakah kamu ingin senarai nama orang munafik. Jawab umar ra, bukan, tapi aku nak tanya ada tak nama aku dikalangan orang Munafiq.

Orang yang kuburnya sebelah Rasulullah saw masih risau imannya. Bagaimana kita?

Tanda iman kita risau iman kita diterima Allah atau tidak. Tapi tanda iman sudah lemah dan rosak kita langsung tidak fikir dan risau keadaan iman kita.. #UstazEbitLew

WAHAI IBU AYAH

Wahai ibu ayah dengarlah nasihat orang alim ini. Saya menangis dengar nasihatnya dan terasa takut kena tanya dengan Allah di akhirat nanti.

Perkataan pertama yang kita kena ajar pada anak kita ialah Allah...bila dia semakin baik dalam bercakap ialah kita ajarkan mengucap kalimah dengan sempurna...

Kenalkan mereka dengan Allah. Mereka kenal kuasa itu dan ini. Sehingga bila sebut Allah terasa kebesarannya..Sebut Allah tanpa merasai kebesarannya adalah satu kelalaian dan kezaliman...Marilah kita kenalkan Allah..

Ibubapalah yang menjadikan anaknya majusi, yahudi dan nasrani..hadis.

Madrasah pertama anak-anak ialah ribaan seorang ibu...

Ibubapa yang bersama isteri membaca doa ketika hendak bersama menjadikan anak dapat selamat godaan syaitan...atau sebaliknya...

Ajarkan dan bersama-sama amalkan sunnah Nabi saw, walaupun cara buang air cara Nabi saw, Nurnya menerangi hati kita...setiap sunnah ada cahaya nur..

Dengarkan kalam Allah dan Nabi saw...Nur 1400 tahun yang lampau tetap terus bercahaya sehingga hari ini..seperti orang dulu hatinya hidup, seperti itu hati kita akan hidup...Hidupkan bacaan Al-Quran dan Hadis Nabi saw...

Ya Allah selamatkanlah anak-anak kami semua dunia dan akhirat- 

RENUNGAN

hidup ini kalau hendak beri manfaat kepada ummah...

jangan dibuai perasaan dan emosi,
jangan berada dalam zon yang sangat selesa.

Betapa boleh runtuh kerajaan dan sesebuah tamadun;
hanya kerana leka,
hanya kerana merasa puas dengan yang ada,
hanya kerana tidak jelas dengan matlamat hidup.

Oh, anggap saja lalat itu singgah hinggap di bucu buku kerana mahu mengingatkan kita tentang firman ALLAH Ta'ala, dimana ALLAH Ta'ala membuat perbandingan antara manusia dengan nyamuk yang kecil.

Kita ini, antara makhluk yang dicipta oleh ALLAH Ta'ala dan dimuliakan olehNya. Tapi kita juga boleh menjadi makhluk yang paling hina!

~C&P~

AKU MINTA SEGALA DARI ALLAH

Cakapkan pada isteri dan anak-anak kita perkataan ini.....

Jangan sedih, kita ada Allah..Dulu kini selamanya...Allah segalanya.

Jangan takut selain Allah..Allah sayang kita...

Dunia ini sentiasa berubah. Tapi Allah maha kaya dan raja kepada segala raja.

Anak Abdullah ibnu Umar ra ketika sedang tawaf, seorang Raja ketika itu kata, kamu minta apa sahaja aku beri. Ibnu abdullah ibnu umar tidak pedulikannya.

Raja marah. Selepas keluar dari situ. Ibnu Abdullah Ibnu umar tanya, maaf saya malu masa tawsf masih pedulikan yang lain dan masih minta kepada selain dari dia.

Raja kata, mintalah apa sahaja kamu mahu.

Kata beliau pada raja, hajat dunia atau akhirat. Jawab raja sudah tentu dunia..akhirat mana boleh.

Jawab beliau, seluruh hajat dunia aku dipenuhkan oleh Allah. Aku tidak pernah minta selain Allah..

ALLAH maha kuasa atas segala sesuatu. Segala milik Allah...tiada langsung kita punya-

virus hati

Riyak, Hasad, Ujub adalah virus yang paling bahaya bagi hati dan jiwa seseorang. - Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Cucilah hati kita dengan mengingati Allah, ingat akan kematian dan selalulah lidah kita zikrullah. Moga kita dijauhkan penyakit-penyakit ini. Ameen Allahumma Ameen

Monday, February 10, 2014

hadis baginda


Bersabda Rasulullah SAW dalam satu hadis riwayat Ibnu Majah ,
"Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya) bahawa amal istighfar(nya) begitu banyak."

Istighfar bukan shj utk menghapus dosa .Ia zikrullah . Tanda tunduknya hati ,jiwa dan fikiran kepada Allah


...Astaghfirullahal'azim...

Saturday, February 8, 2014

kisah sekarang punya story

akhir-akhir ini.. banyak berita gembira yang diperolehi...
Alhamdulillah..bahgia untuk kalian.. ada yang mengerjakan umrah, ada juga yang melangsungkan pertunangan, dan ada juga yang melangsungkan pernikahan..
alhamdulillah.. bahgia! bahgia! semoga diri ini juga menjadi salah satu tetamu Mu ya Allah..
insyaAllah..

ingatlah, disaat kita bahgia,
siapa yang menta'dirkan semua itu??
Allah..
saat kita dalam kegemilangan,
siapa yang mengizinkan itu??
Allah...
saat kita dalam gelak tawa,
siapa yang mengizinkan itu??
Allah..
jadi..
secara logiknya..makin kita meraih bhgia, semakin tebal cinta buat Yang Esa kan??
jadi..sama2 kita perbaiki hubungan dengan cinta hati kita..
tidak lain..Dia lah..sang Khalid..

andai ini nafas akhirku

saat kalam aku tidak lagi ku catitkan di dinding muka buku,
saat kalam aku tidak lagi ku kongsikan di blog hatiku,
dan ketahuilah kalian,
saat itu roh aku telah diambil oleh malaikat Nya,
saat itu aku tidak lagi bisa berjuang di bumi ini,
saat itu segala yang aku perolehi hanya 3 perkara,
ilmuku,
sedekahku,
dan doa..
dan ketahuilah..aku tidak memerlukan apa dari kalian
semelainkan doa kalian,
dan perjuangan kalian..
ku titipkan segala buat shbt sekalian..
teruskan perjuangan,
biar rebah,
jangan berubah..
sesungguhnya dunia ini medan perjuangan..
dan berjuanglah kalian...

ketahuilah kalian

KETAHUILAH KALIAN....

bila aku menegur,
itu bukan kerna aku merasa kesempurnaan pada diri aku,
tapi kerna aku menjalankan tugasku sebagai khalifah,
kerna aku juga seorang pendosa,
tidak lepas dari melakukan khilaf..

bila aku marah,
itu bukan kerna kebencian yang melimpah-limpah,
tapi kerna sayang aku kepada kalian,
sayang yang tidak sanggup melihat saudaranya diazab di akhirat,
kerna kejahilan dan dosanya di dunia..

bila aku diam,
bukan bererti aku mahu menjauhi,
tapi kerna tiada kata kebaikan yang aku ingin beri,
lalu aku diam..
agar tiada yang disakiti akibat khilaf aku dlm bicaraku..


dunia??

salahkah seseorang itu bila bibirnya tidak berhenti zikrullah??
salahkah seseorang itu bila ditangannya memegang tasbih??
salahkah seseorang itu yang membaca al-QURAN??
salahkah seseorang itu untuk berqiamulail??
salahkah seseorang itu untuk bersendirian??
Allah...
mengapa mentoatiMu itu bisa menjadi fitnah di mata manusia ya????
dunia apa yang sedang aku huni ini??


Allah..
bilamana aku ingin sebuah kehidupan..
aku melihat kehidupan itu bila aku dekat denganMu..
yang mana dalam sujudku..
aku merasa dekat kepadaMu..
dalam zikirku..
Engkau semakin menjadi ingatanku..
Allah..Engkau berikan cahya dan kehidupan..
buat rohaniku ini..
agar terus tersemat Engkau di hati ini..

aku takut ya Tuhan..

ya Tuhan..
ingin aku khabarkan sesuatu..
sesungguhnya aku takut ya Tuhan..

dunia ini semakin berbeza
penghuninya semakin berbeza dengan fitrahnya
kebenaran seakan tenggelam
islam seakan terkubur
mereka malu ya Tuhan
mereka malu untuk menuruti fitrah sebenar

Tuhan..
apakah aku ini ganjil dari jalan yang telah Engkau ta'dirkan??
atau mereka berubah dari paksi yang telah Engkau tetapkan??
mengapa harus ada perbezaan pendapat
mengapa harus ada perbalahan
mengapa harus ada yang berbunuhan kerna kedudukan
mengapa harus ada yang berdusta kerna kekayaan

Tuhan..
di mana harus aku miliki ketenangan
jika dunia tidak lagi tenang
kerna manusia yang sering mewujudkan perbalahan

Tuhan..
di mana harus aku berselindung
bila mana aku merasa dunia ini semakin tidak selamat buatku
kerna musuh itu adalah manusia yang sama agama denganku

Tuhan..
siapa lagi yang harus aku percayaan
jika tiada lagi janji yang ditepati
yang ada hanya janji yang sudah dicapati

Tuhan..
pandulah aku..
jauhi aku dari kesesatan
jauhi aku dari kemunafikan
jauhi aku dari perbalahan

Tuhan..
bersamalah aku
aku takut ya Tuhan..
:'(

kehidupan

tika waktu semakin ligat berdetik. dari satu jarum ke jarum seterusnya, dari satu no kepada no seterusnya.. dari pagi beralih ke petang, dari sinaran mentari mulai bersinar sampai labuhnya mentari. tika itu, aku masih berada di tempat yang sama, tidak beralih walau seinci. namun hati ini sudah jauh ku bawanya.. tapi segalanya hanya mampu ku bawa dalam hati dan fikiranku.
segala majlis ilmu dan maulid tidak dapat untuk aku sertai. apakah kerna hinanya diri?? atau kerna Allah belum mengizini? namun hati ini ku bawa jauh menyelusuri segala yang ada dalam benak fikiranku. ingin ku luahkan, tapi pada siapa? jika diizinkan, segala majlis ilmu inginku hadirkan diri. bahkan mekah itu ingin sekali ku jejaki. tapi aku hanya hamba kerdil,tidak punya upaya untuk melakukan sesuatu tanpa izinNya.. cuti semesta kali ini hanya tarbiah dariNya yang aku perolehi. kesakitan, keperitan, penderitaan. semoga itu tanda kasihNya padaku.

ya Allah andai Engkau bertanya padaku apa yang ku mahukan saat ini?
Engkau jawapanku..
kerna Engkau memiliki segalanya.. bukan wang yang ku impikan, bukan juga kemewahan, tapi aku ingin menjadikan Engkau sebagai keutamaan dan cinta hatiku. aku mohon redhaMu ya Allah.
saat insan lain sedang sibuk mengisikan waktu mereka untuk percutian di pelbagai tempat. aku hanya Kau izinkan untuk menyendiri di kamar yang kecil ini. sejadah, kalamMu, tasbih.. itu menjadi temanku. apakah ini hidup seorang hamba yang Engkau redhoi? apakah ini yang Engkau mahukan dari seorang hamba??apakah ini jiwa seorang hamba??
tidak pernah satu kalam aku menyoalkan ta'dir ini. inginku keluhkan, tapi tidak mampu bertutur. jika insan lain merasa aku tiada kehidupan, itu hanyalah pada mata kasar. aku percaya ya Allah, bila mana aku semakin dekat denganMU, tika itu aku semakin dekat dgn KEHIDUPAN. sesungguhnya kematian itu bila hati jauh dan mati dari mencintai Ilahi.. dan kehidupan itu bila aku semakin dekat denganMu..
dan begitu juga menurut aku tentang RasulMu.. Muhammad saw tidak pernah wafat. bahkan semakin segar dan bhgia dengan kehidupan abadi baginda bersamaMu di sana. ya Allah, di saat malaikatMu mengambil rohku, maka tempatkan ia dikalangan hamba yang Engkau kasihi..sesungguhnya aku hanya bersama dengan perkara yang ku cintai.. dan aku harap itulah yang akan aku perolehi di sana kelak.. itulah kehidupan abadi bagiku bersama baginda dan para mujahidah dan mujahid yang soleh


Friday, February 7, 2014

hamba pendosa

aku malu dengan tasbihnya langit luas
aku juga malu dengan zikirnya laut
aku malu dengan ketoatan fajar

KERANA...............
TASBIHKU..DZIKIRKU..TA'ATKU
HANYA SETITIK AIR YANG PENUH DOSA..
Dilubuk hati ini adalah kunci jawapannya...
Berharap dr sesuatu yg lemah...
Bergantung kpd yg rapuh
Bersandar kpd yg meragukan...
Berlindung kpd yg tak berdaya
Allah yang mmberikan rasa resah krn
kita menyia nyiakan dan meremehkan janji-janji-NYA...
JaminanNYA.......????
Bila hati ini tetap teguh
Berharap, bersandar, bergantung, berlindung
HANYA kpd ALLaH semata
Niscaya
Allah Yg Maha tau isi hati kita,
akan mnghujamkan rasa TENTRAM, NYAMAN,
bathin yg teduh serta MANTAP dlm mngarungi hidup ini
Dalam situasi dan kondisi apapun.
Insyaalloh.. Inilah kbhgiaan yg sesungguhnya,
Karunia yg tak ternilai.
Mustahil orang dikatakan berdzikir kepada Allah
yang sangat dekat secara lisan...
ternyata hatinya masih resah dan takut,
berbohong, tidak patuh terhadap perintah-Nya dll.
Kuatnya berdzikir kepada Allah adalah merasakan keberadaan Allah itu sangat dekat, sehingga mustahil kita berlaku tidak elok dihadapanNya, berbuat curang, dan tidak mengindahkan perintah-Nya.

duhai teman..

Apabila kamu teringat akan seseorang,banyakkanlah olehmu ISTIGHFAR..

Apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari,banyakkanlah SELAWAT..

Apabila kamu mahukan wajah berseri dan sejuk mata memandang,banyakkanlah SOLAT DHUHA..

Apabila kamu mahukan perlindungan dan kekuatan hati,banyakkanlah TAHJUD

Dan apabila kamu mahukan malaikat mendampingimu dan mengelak dari pandangan nafsu atau syaitan,hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan berwudhu'."