muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Saturday, June 28, 2014

marhaban ya ramadhan

1 ramadhan 1435

Allahu Allah! Rindunya nak balik..(>,<) tapi apa kan daya ada tanggungjawab dan jihad yang perlu diutamakan dulu. semoga Allah redha jalan ini. aamiin.
sedar atau tidak, inilah ramadhan terakhir sebagai "pelajar" uitm. insyaAllah, mungkin selepas ini beralih mencari ilmu akhirat pula. aamiin! moga Engkau memakbulkannya ya Ilahi...
Seperti biasa, meraikan Ramadhan yang hadir dengan niat, sunnat terawih, melazimi bacaan ayat suci bersama sahabat. Kini Allah menghadirkan insan yang baru dalam lembaran hidupku. Namun kehadiran "adik-adik" ini buat diri kerdil ini lebih merasakan kerdil. teringat suatu kalam:

"jika engkau melihat orang tua darimu, maka beringatlah sesungguhnya mereka tua dengan amalan yang banyak darimu, dan jika engkau melihat mereka yang muda darimu, maka beringatlah akan dosamu yang menggunung tinggi dari mereka"..

 kalam ini mendidik hati kecilku untuk teruskan beramal padaNya dan menjauhi laranganNya.. yoop! hayati dan semai dalam sanubari kita untuk istiqomah dlm mengapai redhoNya..

bukan mudah mengapai syurga Ilahi. Mahal hargainya. Ramai pecintaNya. Ayuhlah rebut cintaNya, semoga dari cintaNya akan berputik cinta sesama hamba. dari cintaNya, akan berputik kasih dan cinta kepada sekalian alam.
mengapa perlu menagih cinta dan kasih manusia, jika cintaNya ada dan setia bersama kita. Mengapa menagih cinta yang belum pasti keikhlasannya jika cintaNya diberikan seikhlas buat hambaNya. mengapa cinta kepada yang lemah dan kerdil jika ada yang Teragung memberikan cintaNya??

hargailah apa yang diberikan. semaikan cinta kita untukNya. buat apa yang kita mampu untuk agamaNya. dia tidak meminta nyawa kita untuk bertarung di medan jihad, tidak minta untuk kita memegang pedang, tapi cukuplah tasbih di jari dan zikir di bibir. 

wallahua'lam

No comments: