muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Friday, October 17, 2014

seminit bermuhasabah

dalam suatu keadaan, aku melihat ramai manusia yang sedang berbahagia. bergelak ketawa. namun apakah ketawa dan kebahagiaan itu bersama redha Ilahi?? atau bahgia itu di atas kemurkaan Ilahi? Allahu..

dalam gelak tawa, aku bimbang ada keterlebihan. kerana dunia ini penuh dengan tipu daya, apakah aku sedang berbahagia ditipu oleh dunia fana ini?
apakah punya hak aku untuk berbahgia?

kerna aku melihat Islam masih ditindas, kerna Islam masih kecil di mata dunia, kerna Islam masih lemah dengan kuasa besar yang jauh dari syariatNya..

bisakah aku bergelak ketawa sedang saudara ditindas dan hidup menderita di negeranya??

bisakah aku bergelak tawa bersama musuh agama??

barat mengajar kita untuk ketawa,
katanya itu terapi otak..

tapi aku terkesan dengan kata2 orang alim,

"sesiapa yang mengetahui bagaimana keadaan alam barzah, nescaya tiada wktu untuknya berbahgia"
kekasih Allah juga ada bersabda, "nangis kerna menyesali khilaf dulu lebih baik dan mmbwa ketenangan dlm jiwa"

dimana kebenaran yang kita percaya?? tepuk dada tanya iman