muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Sunday, November 9, 2014

titik titik noda

bismillahirohmannirohim..
semoga Allah pelihara setiap apa yang aku cuba tulis ini...

Ya Allah,
Engkau yang mengatur perjalanan hidup aku,
Engkau aturkan hidupku satu demi satu,
dan kini Engkau letakkan aku jauh dari keluargaku..

Engkau ajarkan aku untuk tidak meletakkan kebergantungan pada keluarga,
tapi kebergantungan harus disandarkan kepadaMu..
Engkau bawa jasad dan roh ini pergi jauh beribu langkah meneruskan kembara aku..
Engkau tarbiah aku dengan perbagai perkara
Allah...
aku berbisik dalam hati ini...
aku tidak mampu,
namun Engkau menyakinkan aku untuk berdiri sendiri,
Engkau biarkan aku meniti langkah demi langkah...
Engkau biarkan satu-satu mutiara yang jatuh ke bumi ini..
Engkau lihat aku kian lemah...
tapi ya Allah..
Engkau masih menguji aku...
Engkau terus mendidik aku untuk tabah..
Aku cuba untuk tabah..
dan kini aku sedar..
Engkau mahu aku perlihatkan banyak perkara..

Di sini aku belajar banyak benda..
kelalaian yang sekelip mata mampu membawa aku jauh dari Engkau beribu depa..
kepercayaan pada manusia itu tidak menjamin kebahagiaan kerna mereka juga hamba, penuh kekurangan dan selalu alpa...

Allah..................
HANYA ENGKAU DAN AKU MENGETAHUI RAHSIA PERJALANAN AKU...
TETAPAKAN AKU BERSAMAMU....


No comments: