muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Thursday, January 22, 2015

coretan hati

Dalam kita meniti kehidupan, Allah tak pernah menjanjikan kita untuk memenuhi segala keinginan kita. Allah ajar kita untuk mensyukuri nikmatNya. Justeru, apakah yang telah kita perbuatkan dengan nikmatNya? Mensyukuri atau mempersoalkan hakNya? Aku adalah hamba yang tidak pernah berhenti dari memperolehi nikmatNya. Alhamdulillah. Tapi apakah diri dhoif ini mensyukurinya? Mari sahabat, diri dhoif ini mengajar para sahabat untuk mensyukuri nikamatNya. Bagaimana? Ucaplah ALHAMDULILLAH! Mudah kan? Dan amalkan melakukan sujud syukur. Untuk memastikan kita tergolong dalam hamba yang mensyukuri nikmatNya.
masyaAllah tabarakallah! Banyak sahabat nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita. Antaranya oksigen! Tanpa oksigen bagaimana kita nak teruskan kehidupan? Mak, ayah, abang, kakak, adik, saudara, sahabat, guru, pasangan hidup, anak, dan semua yang hadir dalam hidup kita merupakan nikmat untuk kita. Jadi, hargai mereka yang datang kepada kita. Mereka juga manusia. Mereka juga sedang meniti titian cintaNya. Sedang mengkaji dunia fana, mencari hasil untuk akhirat, sedang diuji. Semua sama. Yang membezakan kita dan mereka iman dan taqwa. Jadi, sama-sama kita mendoakan antara satu dengan yang lain. 

Aku bukan lah ustazah untuk menyatakan hal agama, tapi aku adalah KHALIFAH! 

“DAKWAHKU JALAN HIDUPKU, JIHADKU NYAWAKU”. Selagi aku hidup, dakwah yang aku bawa, biar sepotong ayat sekalipun. Mohon ditegur jika ada kekurangan dari hamba. Dan jihad! Perjuangan ku, bagai nyawa buatku. Penting demi agamaku.
Tuhan,
Aku bukan bertapak di bumi Mu ini dengan mengenali erti islam sepenuhnya
Aku hidup di bumi ini bukan bersama para ulama’
Aku tidak dilahirkan dalam keluarga yang alim lagi wara’
Namun aku mohon,
Hadirkan insan yang datang kepadaku adalah insan yang mendekatkan aku kepadaMu,
Insan yang boleh membimbingku untuk mengenaliMu,
Insan yang aku boleh rujuk bila persoalan berlega dimindaku.
Kerna Aku jahil ya Ilahi,
Aku memerlukan seseorang sebagai perantara untuk dekat denganMu,
Aku memerlukan guru yang sentiasa menerangi jalan dan kembarku,
Semoga kami bersatu dalam cintaMu
Indahkan perjalanan kami dengan kemanisan cintaMu...

No comments: