muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Sunday, January 25, 2015

doakanku teman.. :'(



Ujian Allah tak pernah terhenti selagi kita bernafas kan? Tapi betapa beratnya ujian itu yang harus kita lalui sampai kita hilang pertimbangan. Sampai kita merasa rebah, tersungkur dan jatuh. Allah je tahu, selama mana kita cuba bersabar dengan apa yang kita da lalui. Melaluinya memang perit. Tapi ramai yang mengingatkan ujian itu hanya sesuai dengan kemampuan kita. Namun apa yang ku lalui kini, ku merasakan tidak mampu lagi untuk bertahan. Ya Allah, Engkau yang tahu apa yang berlaku. Pulihkan keadaan sebaiknaya. Aku perit sangat melalui semua ni. Ya Tuhan, jika aku lah manusia yang telah Engkau janjikan syurga, sungguh! sudah lama aku minta untuk kembali ke syurgaMu. Kerna tidak sanggup aku untuk meniti fitrah duniaMu. Namun Engkau menciptakan aku sebagai hamba dhoif, kerdil dan hina. Aku hanya mampu mengikut arus ta’dirMu. Bantulah aku ya Allah. Tunjuki aku jalan. Jauhi aku dari bisikan syaitan. Pimpinlah aku.lalui jalanMu yang lurus.
Wahai sahabat, jika kalian baca coretan naif ini, doakan buat hamba dhoif ini. Moga dirku tabah melalui tarbiah dan hadiah ini.

No comments: