Kembara Rabiah di dunia fana
ini diteruskan. Redha Ilahi tujuan hidupnya. Kesufiaannya tidak sedikit pun
tercela. Tawaduknya, zuhudnya masih utuh di dalam sanubari Wali Allah ini.
Tanpa punya arah tuju, Rabiah hanya mengikut langkah kakinya. Kerna sudah
10tahun dia terkurung dalam rumah tuannya itu. Hanya keluar seketika untuk
membeli barang. Selebih waktunya hanya di rumah itu. Kini dia perlu mencari
tempat untuk berteduh. Kebergantungan hanya pada Ilahi. Mana kaki di bawa di
situ tujuan dan tempatnya.
Dalam perjalanannya, dia
teringatkan kampung halamannya. Basrah! Dia segera ke pondok usang yang dibina
arwah ayahnya. Kelihatan kakak-kakaknya tiada lagi di pondok usang itu. Ada
penduduk menyatakan kakak-kakaknya mencari Rabiah dan sehingga detik ini tidak
pulang ke pondok itu. Hiba hatinya. Sudah lama dia tidak menemui
kakak-kakaknya. Hanya tadahan doa yang mengiringi kakak-kakaknya. Rabiah
mengharapkan Allah melindungi kakak-kakaknya.
Pondok usang itu dikemasnya.
Kini itulah menjadi kediamannya. Tempatnya bermadu kasih dengan Sang Pencipta.
Kerinduaanya kini dapat diubati. Dia gembira walau sedikit rasa sedih terpancar
dalam hatinya. Namun diri bernekad untuk segala perasaan di hatinya hanya
bertujuaankan Ilahi. Rasa cinta, sedih, gembira hanya untuk Ilahi. Kediaman
telah dia miliki semula. Kini dia harus mencari pekerjaan. Rasulullah idolanya.
Dan bagi Rabiah, sedang Muhammad S.A.W. itu seorang Rasul pun masih bekerja,
ini kan dia. Dirinya juga manusia biasa. Ada tanggungjawab untuk mencari rezeki
untuk kembara yang dia lalui. Justeru, dia cuba mencari pendapatan.
Oleh kerna Rabiah tidak lagi
ingin menjadi hamba kepada manusia, dirinya kini telah bernekad untuk menjadi hamba
Ilahi Yang Esa. Dia ingin bekerja sendiri. Hadirnya kini ke Basrah, memberikan
pandangan baru kepadanya. Dulu pemergiaannya dengan keadaan darurat oleh kerna
kemarau yang melanda penempatan itu. Kini segalanya berubah. Basrah menjadi
tempat pengarah dengan aliran sufi. Ulama’ yang menjadi rujukan penduduk ketika
itu Syeikh Hasan bin Abi Hasan. Keadaan betul-betul berubah. Pemakaian penduduk
situ melambangkan orang zuhud. Pengikut tarekat sufi begitu meluas dan
berpengaruh.
Dalam ekspedisinya mencari
pekerjaan, Rabiah bertemu dengan seorang muslimat. Dia mendapat banyak maklumat
tentang golongan sufi dan muslimat itu memberikan pandangan untuk Rabiah
menyertai kumpulan itu. Kumpulan itu di bawah pengaruh Syeikh Hasan bin Abi
Hasan. Rabiah senang hati untuk mengikuti kumpulan itu. Waktunya untuk bersama
Ilahi terisi dan dia juga boleh menjalankan tanggungjawabnya untuk berdakwah.
Membawa sekalian ummah untuk bersama menyintai Ilahi.
Namun, disebalik usaha untuk
seorang hamba, Allah merancang suatu tarbiah. Rabiah berbelah bagi untuk
mengikuti kumpulan itu. Walau dia miliki bakal untuk bersyair, bernasyid, dan
brmain ala muzik, namun keterbatasannya sebagai seorang muslimah itu menjadi
kekangan buatnya. Berhari-hari Rabiah memikirkan hal tersebut. Sungguh, hatinya
berbahagia sekiranya Rabiah dapat mengikuti kumpulan itu di majlis zikir. Tapi
keterbatasannya menjadikan dia serba salah.
Sesungguhnya wanita itu
pembawa fitnah yang besar jika golongan ini tidak menjaga batasan yang
digariskan syara’. Justeru, itulah yang menjadi ketakutan buat Rabiah. Dia
khuatir kekasihnya akan kecewa dengannya. Rabiah juga apa yang dilakukan akan
membawa murka Ilahi. Hatinya pasti sayup tatkala dimurka sang kekasih Agung.
Kerna itulah cinta sejatinya. Pasti Rabiah menjaga sebaik-baiknya cinta itu.
Cinta yang disemai dari kecil, kini sudah matang cinta yang dibajai dengan
kesetiaan walau derita datang menerjah.
Untuk mendapatkan pencerahan
di atas situasi yang melandanya, Rabiah mengambil pendekatan untuk merujuk
dengan ulama’ yang mana lebih arif tentang bab ini. Pada zaman itu, Syeikh
Hasan bin Abi Hasan merupakan ulama’ yang mahsyur. Berpandukan kitab suci, sesungguhnya
Allah melihat hati seseorang, dan jika hati itu ikhlas kerna Allah, maka
dilaksanakan saja hajatnya.
Pelbagai pendapat yang
diperolehinya. Ada yang menyebelahinya, ada juga yang membangkang hajatnya.
Rabiah dalam kebuntuan. Namun teringat akan satu kisah dari seorang ulama’ yang
menceritakan tentang kisah Saidatina Aisyah. Yang mana pernah pada hari raya,
Saidatina Aisyah menjemput 2 orang penyanyi untuk menyanyi pada hari itu di
rumahnya. Lalu bapanya Saidina Abu Bakar memarahinya akan perbuatan itu lalu
ditegah oleh baginda S.A.W. dengan bersabda hari ini adalah hari raya, dan
dibiarkan saja mereka. Ujar baginda S.A.W. lalu meninggalkan tempat itu.
Rabiah masih gusar. Walau dia
telah berjumpa ulama’, namun hatinya tetap menginginkan jawapan dari Sang
Kekasih. Seperti pasangan kekasih. Ingin meminta kebenaran orang yang dicintai,
begitu juga Rabiah. Dia ingin meminta kebenaran dan keizinan dari Ilahi. Selagi
Allah tidak menjawab persoalan yang membelenggu benak fikirannya, Rabiah tidak
tenang. Walau macam mana pun petunjuk Allah, Rabiah inginkan jawapan atau
petunjuk dari Allah.
Petang itu, Rabiah merenung
jauh ke awan biru. Matanya memerhati luasnya alam ini. Dilihat sekelilingnya.
Tanpa dirinya sedar dia terdengar akan bunyi yang indah. Bunyi-bunyian kincauan
burung, bunyi angin sepoi-sepoi bahasa, sungguh menakjubkan! Sang Ilahi bagai ingin
memujuk hati Rabiah untuk tidak bersedih lagi. Pujukkan itu jugalah menjadi
petunjuk akan jawapan yang dinantikan oleh Rabiah. Bunyian alam itu bagai lafaz
tasbih, tahmid dan ta’bir buat Ilahi. Menakjubkan! Setiap alam semesta punya
cara dan lenggok bahasa untuk berzikir kepadaNya.
Begitu menakjubkan zikirmu
kepada Ilahi wahai alam. Berterusan tanpa henti. Andai dicincang nescaya tidak
akan pernah putus ikatan dan penghambaan alam buat Ilahi. Kehadiran bunyi itu
sangat merdu dan memberikan ketenangan bagi yang mendengarnya. Sungguh, setiap
kejadiannya itu berhikmah. Seisi alam menjadi saksi kebesaran dan keagungan
Ilahi. Sayup hati kerna tidak mampu menjadi seperti alam yang toat akan Ilahi.
Memberikan ketenagan dalam hati dan jiwa insan bernama KHALIFAH BUMI yakni
manusia. Sedang manusia sebagai khalifah bumi, dibuai dengan keasyikan dunia.
Lalu tanggungjawab kepadaNya digalas lewa.
Dari
kalam Allah dalam Surah al-Israk ayat ke-44 “ Langit yang ketujuh dan bumi
serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasanya mengucapkan tasbih bagi
Allah dan taida sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya tetapi kamu
tidak faham tasbih mereka. Sesungguhnya ia maha penyabar, lagi maha pengampun”
Mengamati bunyian alam
semesta membawa ilham buatnya. Ilham untuk terus memuji cinta hatinya. Sesungguhnya
alam ini juga sebenarnya sedang berzikir mengingati Ilahi dan memuji Ilahi
dalam gerak bahasa dan dialek mereka sendiri. Hanya kerna kekurangan kita
menjadikan kita terbatas untuk memahami alunan zikir alam buat Sang Rabb.
Sungguh! Keteguhan hati
seorang hamba pada Ilahi. Tidak pernah goyah walau sesaat. Hatinya sentiasa
bersandar kepada Ilahi. Perit rasanya apabila Sang Kekasih tidak menjawab
segala kegusaran di hati. Bagai tidak mampu ditelan segala isi makanan. Kaki
bagai tidak mampu berdiri. Rabiah nekad untuk menantikan jawapan yang dicari.
Istikharah memanggilnya. Bermalam-malam Rabiah beristikharah menghadap Ilahi. Mencari
jawapan dan menggali hikmah yang diaturNya.
Setelah berperang dengan
perasaan, kini Rabiah nekad mengikuti majlis zikir di Basrah. Gempak
perkhabaran tentang kemerduaan dan kelunakkan Rabiah bermain seruling. Benar,
jika suatu pemberian itu hadir dari hati yang jernih dan ikhlas kerna Ilahi,
ianya juga sampai ke hati yang menerimanya dengan baik. Begitulah dengan kisah
Rabiah. Dari hati yang tulus ikhlas kerna Ilahi, gemersikan alunan seruling itu
sampai ke hati yang mendengar sehingga menitiskan air mata para penonton. Para
pendengar seakan terpukar dengan alunan seruling itu. Alunan yang mengajak
hadirin yang hadir untuk menyintai Allah. Membawa hadirin untuk bersama terbuai
dengan kelazatan cinta Ilahi. Oleh kerna alunan itu datang dari hati yang suci
tanpa noda, maka ramai yang insaf. Dari yang jahat berubah baik. Dari baik
berubah menjadi lebih baik. Wahab, dahulunya sangat menyintai dunia kini insan
dan mendekati majlis zikir.
Dalam alunan yang mengasyikkan
itu, masih ada lah yang ingin berbahas tentang kewujudan Rabiah. Namun masih
ada juga hamba Allah yang menegakkan Rabiah. Ada yang menyatakan ianya majlis
maksiat dengan kehadiran Rabiah di majlis itu. Segalanya berakhir bila ada yang
kehadapan mengatur bicara menyatakan ianya bukan maksiat kerna Rabiah sudah
menjaga kehormatan dirinya dengan menutupi aurat termasuklah wajahnya yang
disembunyikan di sebalik hijab yang tidak membenarkan sesiapapun yang bisa
merantah wajah ayunya. Hanya suara yang diperdengarkan. Dan ianya hadir dari
hati yang tulus ikhlas kerna Allah. Bukan untuk memiliki dunia. Tidak juga
untuk menjadi pemikat ajnabi. Buktinya, alunan itu mampu dihayati dengan penuh
rasa kenikmatan bahkan membawa hadirin kepada Allah dengan sangat erat.
Mustahil wujud sekiranya ia dari hati yang terpesong dari keikhlasan.
Kini kehidupan Rabiah semakin
baik. Tercapai hajatnya untuk sentiasa bersama kekasih Agung. Bahkan dia
membawa sekalian penduduk untuk bersama-sama merasai kenikmatan serta kelazatan
dalam cinta Ilahi. Semakin hari semakin
bertambah bilangan hadirin yang hadir ke majlis zikir. Bukan sekadar
orang biasa, bahkan para ulama’ besar juga hadir bagi mendapatkan keberkatan di
dalam majlis itu. Rabiah kini bukan hanya meluangkan masa untuk majlis zikir,
bahka dia turut menuntut ilmu dalam bidang fikah, tauhid dan sebagainya.
Kehidupan yang penuh dengan pengabdian diri pada Ilahi.
Selain mengikuti kuliah,
Rabiah juga ada membuat usrah untuk wanita Basrah. Ramai pengikutnya.
Menjadikan Rabiah sebagai rujukan dan menggunakan manfaat yang Allah berikan
ini. Bagi mereka Rabiah adalah Rahmat Allah. Rahmat yang mereka boleh
manfaatkan untuk mendekatkan diri mereka kepada Allah. Mereka berlumba dan
bersaing secara sihat dalam memperhambakan diri kepada Allah. Tidak setitik pun
hati mereka ternoda untuk menjatuhkan sesama sendiri. Begitulah kukuh dan
teguhnya iman mereka. Saling membantu dalam memperbaiki diri untuk menjadi
lebih baik.