muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Wednesday, September 14, 2011

mutiara kata

Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat

Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu

Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya

Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik

Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan

Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…

Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejna

Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu

 Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian

Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera

Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali

Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya

Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati
1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan

Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan

Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi…wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia 

Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian

Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil

Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat

Yang Abadi..

Tuhan, ku harapkan
Kepada-Mu, keampunan
Keredhaan, kasih sayang
Kehidupan terpelihara

Hati yang dahaga

Mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati                                                              
Bahagia kekal abadi                                                         
 
Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu
Engkau ciptakan pagar rintangan
Harga cinta-Mu jiwa ku korban

Tuntun langkahku ini

Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia

Selamatkan dengan rahmat-Mu

Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan yang abadi

auni huwaina penyejuk hati pengubat sepi,,

syukur alhamdulillah...alhmdulillah..alhamdulillah..kerinduaan membawa ku ke rumah..tenang dan damai nya hati ini bersama dgn si kecik kesayanganku..ya Allah..terima kasih kerna memberikan peluang ini utk bersama keluargaku..kesempatan ini akan ku gunakan sebaik mungkin..insyaAllah..ya Ilahi...eratkanlah ukhuwah kami sekeluarga..moga kami bersma2 mencapai redhaMu..dan berada di landasan syariatMu..
kepulanganku di sambut baik oleh along sekeluarga. karenah si kecik ku tempuhi dengan kesabaran..kerinduaan ku pdnya membuatku nekad utk pulang.alhamdulillah..smpai juga hajat ini untuk berjumpanya..dari uitm sehingga ke rumah..auni berada di pelukkanku..subanaAllah..damainya hati ini bersama si kecil...bahagia yang ku rasakan..pertama kali aku melihat wajahnya..cukup membuatkan aku jatuh cinta padanya..kehadirannya dalam keluarga kami cukup membahagiakan kami sekeluarga..alhamdulillah..bahagiany!!!!!!!!!!! seperti tidak ingin berjauhan dengannya..
saat ini ku tunggu2..kini ku dapat merasai nikmat bersama si kecil....seronoknya!!!!!semoga kasih sayang yang di curahkan akan menjadikannya seorang insan yang berguna dan menjadi anak yg berbakti kpd orang tua dan agama..InsyaAllah..:) moga sinar cahaya pd dirinya akan terus bersinar..insyaAllah..mnjdi penyejuk dlm keluarga..:)
buat auni,,,,anak kecil yg disayangi,,,,,cik su syg!!!!!auni...moga menjdi anak yg solehah dan muslimah  sejati..Amin ya Rabb..:)

Monday, September 12, 2011

semesta 5 hampir menutup tirai..

Syukur alhamdulillah.. Berakhir sudah kelas pada semesta ini. segala ilmu yang dicurahkan kpd ku mohon diberkati dan dihalalkan.. Moga perjalanan juang ku dipermudahkanNya dan diterangkan hati ini untuk mengingati segala ilmu yang telah dicurahkan kpdku. tugas pensyarah sudah hampir selesai. segala ilmu telah diajarkan kpd ku. dan sekarang giliran ku sbg pelajar dan anak untuk berusaha di medan perang. moga Allah berikan kemudahan buat diri ini terus semangat dan kuat dlm prjuangan ku..
semesta 5 sudah hampir ke penghujungnya...masih berbaki satu semesta lagi. ya Ilahi, kuatkan diri ini dan persiapkan ku dgn kekuatan dlm pnghadapi msa hadapi. insyaAllah.. pengajian ini sudah hampir kpd penamat. bukan penamat segalanya.tp utk pringkat ini. insyaAllah..jika Dia mengizinkan diri ini untuk melanjutkan pelajaran, akan ku gunakan peluang itu sebaiknya. sedar atau tidak..umur ku telah meningkat dan semkin dewasa rasanya..pelbagai kenangan di uitm ini. segala suka dan duka ku telan dan mnghadapinya walau jauh di sudut hati ini merasa kperitaan itu sangta menyeksakan ku. helaan nafas ini seperti tersekat dek ujian yg mendatangiku...nmun, kesyukuran ku pnjatkan pdNy kerna tdk prnah leka dr panggilan ini pdNya..sentiasa membantuku dan bersamaku...melindungiku dr perkara yg merosakkan ku.
20 tahun aku sebagai pengembara di sini. pelbagai peristiwa,kenangan,pengalaman yang ku timba. dan berdepan dgn pelbagai karenah manusia yang terkadangnya menjengkelkan.. apa2 pun segala yang berlaku ada hikmahnya..tdk dpt aku untuk melarikan dri dr ketentuanNya..ketetapan yg telah Dia tentukan.. moga diri ini terus kuat untuk menghadapi ujian2 di masa akan datang. dan setelah menamatkan pengajian ke pringkat dgree...mungkin diri ini akan memasuki alam pekerjaan. suatu lg persekitaran yang akan ku temuhi.. namun, walau apa pun yang mendatangiku,,ku mohon ya Allah..tetapkan iman ini,,pandu ku ke jalan yg Engkau redhai..dan moga ak sntiasa dlm rahmatMu..Amin...
buat bonda dan ayahanda..penantian ini amat menyeksakan..ampuni anakanda kerna membuat kalian tertunggu2 akan kejayaan ini..yakinilah..sesungguhnya Dia Maha Besar..doakan lah ank mu ini untuk terus berjaya..dan sbrlah dlm penantian ini..moga diri ini dipermudahkan jalan mnuju kejayaan..Amin ya Rabb..

khilaf yg tiada penamat



subhanAllah...tiap hari melakukan khilaf..bagaimana diri ini untuk mmastikan hari2 setrusnya mnjdi hari2 terbaik berbanding hari2 dulu?? dan setelah melakukan khilaf, bru diri ini sedar..dan cuba untuk berubah..seterusnya..ada lagi khilaf yg dilakukan.sesungguhnya kmi ini tdk prnah smpurna..ya Allah, kesempurnaan itu sesungguhnya bukan milik kami...dan hanya layak buatMu. hari2 demi hari datang berkunjung dan trus berlalu...dan trus brgerak dgn pantasnya sehingga terkadang diri ini tdk mampu utk mengejarnya dan melaluinya. tapi ak sedar, sesungguhnya aku dihadirkan di sini adalah utk mngabdikan dri utkMu dan bukan buat nafsuku.. ya Ilahi..sedarkan aku dr lena dan mmpi indah yang sesungguhnya hanya ditempatkan buat seketika dlm khidupanku.. fokuskan diri ini dlm mncri redhaMu...terkadang diri ini ingin menyendiri..menjauhi dari manusia sekeliling kerana bimbang akan khilaf itu akan trus brpanjanggan. namun ats lumrahku sbg insan yg lemah lagi hina...sukar utk dri ini bergerak sndri tnpa bntuan teman2 dan dariMu yg sntiasa di sisi ini walau ap pun keadaan yg aku hadapi.
keinsafan itu sering bertamu di hati..dan penyesalan sering ku rasai...namun apa yg diri ini mampu lakukan selain mohon keampunan drMu..benar! Engkau Maha Pengampun..namun, trkadang diri ini malu utk meminta2 kpdMu..keterlanjuran aku dlm lngkahku..prbuatan ku..mmbuatkan diri ini malu mnghadapMu..
dalam sujudku..tangisan yg sering mengirigi...dalam doaku..tangisan mnjdi saksi..saksi ats segala kekesalan yg aku lakukan kpdMu... lemah diri ini,longlai langkah kaki ini...tika memikirkan balasanMu ats sgala prbuatanku..ampuni ya Rabb..(",)

Sunday, September 11, 2011

gumbiranya..:)

assalamualaikum duhai pembaca2 setia..hehe..ramai je yg dtg membaca??haha..alhmdulillah..msih lagi kita brjmpa di slot kali ini..brsyukur pdNya kerana mengerakkan hati ini untuk meng'update blog ini..maaf la ya..atas segala kekurangan blog ini..(",)
untuk slot kali ini tak ada apa unsur2 ilmiah yg diri ini nak share kan.cuma berkongsi rasa gembira di hati..gembira dipertemukan dgn shbt2 seperti kalian...syukur alhamdulillah..
dalam meniti kehidupan yg serba mencabar ini..terkadang diri ini terleka..dan adanya shbt2 yg menyuluhkan chya buat diri ini..alhmdulillah..moga diri ini trus d landasan agmaNy yg benar..insyaAllah... kehidupan di sini hanya buat seketika..dan apabila sampinya masa.kita juga akan pergi menghadapNya.. dan diri ini mohon ampun maaf andai ada khilaf yg di lakukan..segala keterlanjuran harap di maafi ya (mood raya) hehe..
dalam kita brgembira..jgn dilupa pd yang lain..(",) sedar atau tak..telah 11 hari sepupuku kembali ke rahmatullah..ya Ilahi..sampaikan salam kerinduaan ini buatnya.tempatakan dia di tempat yang selayaknya untuknya...tempat di mana Engkau letakkan buat orang2 yg Engkau sayangi...moga dirinya bergembira di sana..kurniakan kebahagiaan buatnya di sana..setelah sekian lama dirinya menghadapi bunga2 cinta dariMu..kurniakanlah dia dgn kebahagiaan di sana..Amin ya Rabb:)