muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Wednesday, October 5, 2011

pejuang hebat

pejuang yang hebat dilihat dari kehebatannya dlm memperjuangkan agama yg dianutinya,
pejuang yang hebat bila mana dia menggunakan masanya dgn berjuang di jalanNya,
pejuang yang hebat tidak pernah gentar dlm perjuangannya,
pejuang yang hebat tidak memikirkan balasan ats perjuangannya,
pejuang yang hebat tidak mengggunakan nafsu dlm tindakkannya,
pejuang yang hebat tidak lemah tika diberikan ujian kpdnya,
pejuang yang hebat tidak pernah takut dalam menegakkan kebenaran yang diketahuinya,
pejuang yang hebat tidak pernah mencari jalan mudah utk perjuangannya,
pejuang yang hebat tidak mengunakan cara kotor dalam perjuangannya,
pejuang yang hebat sentiasa mengagumi Nabi-Nabi nya,
pejuang yang hebat menjadikan Rasulullah sbg idolanya,
pejuang yang hebat sentiasa menjaga tutur katanya,
pejuang yang hebat sentiasa berhati2 dengan perilakunya,
pejuang yang hebat tahu siapa musuhnya,
pejuang yang hebat bijak dalam menghadapi musuhnya,
pejuang yang hebat cekap dalam membina strategik perjuangannya,
pejuang yang hebat tidak pernah meringankan sesuatu yang ditegaskan Allah kpdnya
pejuang yang hebat tidak takut untuk mati di jalan juangnya,

ya Allah, titipkan ke dalam hati kami dengan semangat juang yang tinggi..

bangkitkan semangat kami untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran..



dan kuatkan hati kami untuk membela saudara2 kami yang memerlukan bantuan kami..


satukan hati2 kami untuk terus memperjuangkan hak2 saudara2 kami....

lalaikah aku kpdNya??

setiap hari kita diberikan hadiah olehNya,
namun tidak juga kita hargaiNya,
kehidupan memberikan 1001 makna,
yang mana Dia memberikan kita peluang untuk bertaubat kpdNya,
memberikan kita peluang untuk menikmati pemberianNya,
memberikan kita peluang untuk mencari bekalan di dunia,
namun adakah kita menghargaiNya??
apakah subuh menjadi ibadah wajib kita kpdNya??
atau sekadar ibadah sampingan buatNya??
adakah dhuha menjadi pertemuan tambahan kita denganNya??
atau waktu itu berlalu tanpa dipedulikannya?
apakah tika zohor memanggil kita menyahut panggilannya??
atau melupakan waktu itu dgn dunia semata?

ya Allah..bukankan hati2 kami yang sering terleka dgn nikmatMu...


Tuesday, October 4, 2011

coretan ringkas

kehidupan ini terkadang membuatkan kita seperti tidak ingin melepaskannya..seperti ingin terus kekal di bumi ini..namun segalanya pasti berakhir. tiap permulaan ada pengakhiratan...dengan itu menyedarkan ku dri impian yang lena.realiti itu harus membawaku untuk keluar dari mimpi yang indah. tidak semua yang kita inginkan akan diberikan olehNya..namun ingtlah..tiap yang diberikannya kpd kita itu yang terbaik buat kita..sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.
di tengah malam yang sunyi ini..hati ini terpanggil untuk post sesuatu.. yang mana..insyaAllah.akan mmbwa kpd kbaikkan buat shbt2
seperti yang kita ketahui,sekarang ramai insan2 yang mulai berubah...alhamdulillah..hidayah Allah smpi juga buat hmba2Nya..yang mana...jika kita melihat..artis ramai mulai berubah..alhamdulillah..moga perubahan ini merupakan satu permualaan buat islam untuk terus bangkit!truskan istiqamah ya..dalam apaa jua yg kita lakukana..insyaAllah..jika didatangkan dri hati yang ikhlas..pasti Dia memberikan kekuatan..begitu juga dgn shbt2 terdekat ana..yang mulai terniat,tergerak hati untuk berubah..alhamdulillah..terusik hati ini bila mana melihat perubahan shbt2 ke arah kebaikkan..insyaAllah..sma2 kita muhasabah diri ini..ana juga manusia.yang sering aja melakukan khilaf..moga sma2 kita mengingati..mengingati ke arah kebaikan..
ya Ilahi..bukankan hati2 hambaMu yang lain untuk berubah..dan tetapkan kami dgn perubahan kami..istiqamah setiap ibadah kami...
sesungguhnya kita di bumi ini hanya sementara....jadi,kutiplah bekalan buat akhirat..moga2 kita dipertemukan di syurga...insyaAllah.
"ya Ilahi...terlalu tinggi untuk ku mngapai syurgaMu..namun untuk memasuki neraka...subhanAllah..tidak tertanggung diri ini menghadapi azab seksaanMu...mohon agar diri ini diperlihara dr perkara kemungkaran..tentukan yang terbaik buat hamba.."
jika di fikirkan masa yang berlalu dengan pantas...gusar hati ini..kerana..tiap saat yang brgerak bakal memendekkan masa kita di bumi ini..ya Ilahi..mampukah aku untuk terus bersama agamaMu??moga Engkau memandu aku ke jalan yang Engkau redhai...

Monday, October 3, 2011

BIDADARI UNTUK UMAR R.A.

Umar r.a. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah SAW. Semenjak ia memeluk islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani solat dan tawaf di Kaabah secara terang-terangan. Umar r.a. adalah seorang yang warak, ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. 


Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqarah selama 10 tahun, ia kemudian melapur kepada Rasulullah SAW, "wahai Rasulullah SAW apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al- Baqarah, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya". Rasulullah SAW menjawab, "sudah..."!. Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah SWT. kerana kesungguhannya inilah maka banyak ayat di Al-Quran yang diturunkan Allah SWT berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Quran lainnya.


Rasulullah SAW seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalanannya mikraj menghadap Allah SWT. Beliau SAW sering pula menceritakan bagaimana keadaan syurga yang dijanjikan Allah SWT kepada sahabat-sahabatnya. 


Suatu hari ketika Rasulullah SAW dimi'rajkan menghadap Allah SWT malaikat Jibril AS memperlihatkan kepada Beliau SAW taman-taman syurga. Rasulullah SAW melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkrama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeza dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu. Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril AS, "wahai Jibril AS bidadari siapakah itu"?. Malaikat Jibril AS menjawab, "Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.".


Pernah suatu hari ia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeza dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bagian atas matanya berwarna merah, dan bagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. kerana sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak Allah SWT maka saat itu juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya".

berkat membaca bismillahirrahmanirrahim

"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. 

Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.


 
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." 

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."



ayat suci..:)

seperti yang kita ketahui, banyak kelebihan dari ayat2 suci al-Quran..yang mana sangat berguna kepada kita dalam menempuhi kehidupan dan dugaan yang telah Dia sediakan buat kita..
sama2 kita mengamalkan dan menzalimi ayat2 suci ini sebagai santapan rohani..dan moga ayat2 suci ini dapat menjadi pendinding diri ini..:)


10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


tanda kiamat

 tiap saat yang berdetik,
tiap jam berganti,
tiap hari yang berlalu,
segalanya akan mengurangkan waktu kita di bumi.. dan bila tiba saatnya,,kita akan kembali ke tanah tika itu bermula kehidupan baru..
untuk kali ini, ana ingin berkongsi tentang tanda2 hari kiamat..yang kebanyakkan nya sudah mengetahui..tetapi ini sebagai peringtan dri ana dan shbt2..:)
dengan post ini,.dapat kita muhasabah diri dan mengingatkan kita akan kematian yang bakal menyusul..dan moga dengan ini akan meningkatkan ibadah kita buat bekalan di akhirat..
"demi masa..sesungguhnya manusia berada dalam kerugian"
moga kita tidak tergolong dlm golongan yang rugi..


22 tanda hari kiamat semakin hampir :
1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.