muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Monday, November 7, 2011

Adam... Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.

Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini. Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku. Dimana perginya keadilanmu?

Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini?
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.

Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.

Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.

Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.

Maafkan aku sekali lagi Adam...
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu. Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.

Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu...andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.

Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari...bukan berlian yang kupinta... tetapi...hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...

Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...
by zuedean asclane

fikir sejenak...

mulut sentiasa berbicara tentang cintakan ILLAHI,
namun hati sibuk mencari cinta pujaan hati.
suara lantang menegakkan kebenaran,namun
jiwa ingin merasai nikmat percintaan yang tidak diabaikan.
munajat mengalir di ruang lidah,namun jasad tak kuat nak bermujahadah.
kita bilang sayangkan DIA,tapi hakikatnya,
si dia tetap pertama di sanubari kita.kita janji dalam solat yang
hidup dan mati kita hanya untukNYA tapi usaha kita lebih ke arah
mengejar cinta si dia.
kita impikan Syurga namun jalan ke Neraka yang memenuhi langkah kita.
adakah kita letakkan DIA hanya di bibir tanpa membuktikannya??
kerana dia,kita pinggirkan DIA.
Adakah DIA berpuas hati??tepuk dada, tanya iman kita yang masih berbisa..
Allahuakbar..:'(




Saturday, November 5, 2011

nurkilan-wahai muslimah

Bismillah.

Wahai muslimah,
janganlah kalian menjadi penyabab datangnya kerusakan dan fitnah di muka bumi, yakni dengan kalian mendedahkan aurat.

Wahai muslimah,
janganlah kalian halalkan aurat kalian untuk dilihat lelaki yang tidak dihalalkan untuk kalian.

Wahai muslimah,
hiasilah diri kalian dengan akhlaqul karimah (akhlaq mulia),
jangan kalian lakukan perbuatan yang mana perbuatan tersebut bisa menjatuhkan diri kalian kepada kehinaan seperti berkhalwat iaitu berduaan dengan lelaki  yang bukan mahram, berboncengan satu motor atau satu kereta dengan lelaki yang bukan mahram. Itu semua bisa menjatuhkan harga diri dan kehormatanmu.

Wahai muslimah,
sibukkanlah diri kalian dengan menuntut ilmu agama kerna ilmu agama adalah pelita yang akan menerangi jalan hidupmu.

Wahai muslimah,
bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah, serta ingatlah apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. bahwa kebanyakan penghuni neraka adalah dari kaum wanita. Maka janganlah kalian menjerumuskan diri kalian kedalam neraka. Semoga nurkilan ini bermanfaat bagi kita semua. Ameen...

Friday, November 4, 2011

kisah 2 wali..

suatu kisah yang diceritakan buat diri ini. dan kini, perkongsiannya akan diri ini kongsikan bersama sahabat yang lain..ksah ni brlaku di negeri zabid,yaman..n ksah ini diantara syeikh ibrohim chaparthi dgn syeikh mukri(salah stu qodhi yg hnyalah mmegang hukum syariat sahaja di ngri zabid)dn kdua-duanya wali..
Pada suatu hari,safi syeikh ibrohim dicuri oleh sorg pncuri di ngri itu,dn syeikh ibrhm tlah mengetahui pncuri itu,lalu syeik ibrohim mmbawa pncuri brjumpa dgn qodhi(syeikh mukri),lalu syeikh ibrohim berkata kpda qodhi.."wahai qodhi,safi sya dicuri dn ini pncurinya"syeikh mukri brkata"mana saksinya"lalu syeikh ibrohim brkata kpda safi yg dicuri pncuri td"wahai safi,katakanlah kpda qodhi bhwasanya akulah tuanmu"lalu safi itu pun brkata"dialah tuanku"lalu syeikh mukri pun brkata"aku hnya menerima saksi manusia sahaja"syeikh ibrohim brkata"wahai tuhanku tenggelamkanlah qodhi ini ke dlm tanah,krna dia tdak mau mmpercayai satu keajaiban yg kau berikan kpda safi tdi"lalu tanah pun menelan qodhi tdi,syeikh ibrohim pon brtanya kpda qodhi"kamu mau percaya atau tidak?"syeikh mukri pun brkata"tidak"syeikh ibrohim brkta"wahai tanah,kau tenggelamkn lgi qodhi ini"lalu tnah pun menenggelamkn qodhi itu,hggalah ke paras leher,lalu syeikh mukri berkata"syari'atak Ya Rasulullah" ertinya:syariat engkau wahai Rasulullah,lalu tanah pun menyembur kembali qodhi ke muka bumi,..sampai dsni shja certa tntg k2 wali tdi,lalu pncuri tdi lari sewaktu prgaduhan diantara 2 wali tdi,dn tidak ada hukuman atasnya,krna hukuman tidak boleh dibuat melainkan ketua2 di tempat itu..kesimpulan disni ialah..Haruslah pintar dlam membuat satu hukum"...

Thursday, November 3, 2011

sulit perjalanan ini..

masa berjalan dengan pantas, bila kenangkan masa lalu, berderai air mata. segala kesakitan, keperitan, kesusahan yang dihadapi, kini aku di sini. walau lemah, tiada tenaga untuk menapak, namun, wajah bonda dan ayahanda menguatkan kekuatan aku terus berjuang. segala kesengsaraan ku pendam. sebaris keluhan kata tidak tegar untuk aku ungkapkan kepada mereka. aku tahu, mereka 1000 kali perit, lelah untuk membesarkan aku. tiap masa, tiap saat, aku mengingatkan mereka. jatuh dan bangun aku, pasti mereka yang lebih risau terdahulu. jatuh aku, tangisan yang mereka sembunyikan. namun, sejauh mana mereka sembunyikan tangisan itu, walau dalam hati sekalipun, diri ini masih bisa menghidu tangisan ini, mendengar esakkan itu. tika aku bangun, senyuman yang terukir di wajah mereka membuatkan hati ini tenang dan bahagia. segala kepenatan,keperitan hilang dengan sekelip mata. kerna itu yang ingin ku lihat. senyuman, gelak tawa mereka..yang menjadi penawar dan ubat ats segala kesengsaraan yang aku rasakan selama ini.
duhai bonda dan ayahanda, lahirnya diri ini, terciptanya diri ini untuk kalian, bermula saat itu,detik itu, bermulalah tanggungjawabku kepada kalian dan tanggungjawab kalian kepadaku.. sungguh! segala pertanggungjawaban yang kalian perlu laksanakan telah pun kalian laksanakan. dengan baiknya! dengan jayanya.!kini, aku di sini, mengambil tugas dan tanggungjawabku untuk terus berbakti terhadap kalian. namun mampukah aku melaksanakan sebaik yg kalian lakukan terhadapku??Allahuakbar! maafkan anakanda..tiada jawapan yang bisa ku jawab. doa dari kalian menjadi alat bantuan buat diri ini berjaya.
wahai bonda dan ayahanda,
cinta dan kasih sayangku terhadap kalian akan membawaku seperti yang kalian impikan. cuma diri ini mohon untuk kalian menantikan sedikit lagi waktu buatku membuktikannya..
sepiku,senyapku, bukan untuk menjauhkan diri dari kalian, tapi tidak tegar untuk aku berdepan dengan kalian, sakit peningku, bukan niatku untuk membelakangi kalian dengan mendiamkannya, tapi, kerisauan kalian buat diri ini semakin bersalah..terasa dihukum..ampuniku andai perilaku ku tidak seperti yang kalian impikan. walau siapa diri ini, aku tetap aku..anakmu...


Wednesday, November 2, 2011

its me!!


Alhamdulillah. Selama 20 tahun sudah Allah memberikan kesempatan untuk diri ini hidup. Kehidupan yang sempurna! Miliki keluarga, sahabat dan agama! Sedar atau tak, ke mana kita pergi, pasti kita disediakan dengan undang-undang. Segalanya bertujuan untuk menjaga keharmonian. Dan islam juga ada undang-undangnya, iaitu syariat. Hidup, jika tiada rules, tiada gunanya. Peraturan yang mendisplinkan kita, dan membezakan kita dengan binatang. Dengan peraturan kita lebih teratur dan kehidupan lebih baik. Peraturan mendidik kita menjadi seorang yanag berguna. Hidup ini mudah. Kita hanya perlu megikut ketetapan yang diberikan kepada kita. “jangan menjadi musuh bagi undang2 kerna kita akan berhadapan dgn undang2” . itulah kenyataan nya. Jika kita melanggar undang2, kita akan didakwa dengan berpandukan undang2 yang telah ditetapkan. Oleh itu, “jadi sahabat kpd undang2, dengan itu, kita akan ditakuti dan dihormati”.
Pengalaman mendewasakan ku. Dan pengalaman juga perubahan guru terbaik ku. Setiap yang berlaku ke atas ku pasti memberikan kesan kepadaku. Walau sepahit mana pun pengalaman yang ku timba, segalanya tidak bisa berlaku tanpa izinNya. Oleh itu, hati ini dibuka untuk menerima segala dugaanNya. Kerna “tidak Dia uji ku tanpa sebab” dan “Dia tidak akan uji sesuatu yang tidak mampu aku tanggung”. Kehidupan itu terkadang menakjubkan! Kerana apa yang kita fikirkan, itu yang akan berlaku. Sebagai contoh, jika kita merupakan seorang yang suka berfikir positif, hanya perkara positif yang akan berlaku kepada kita. Manakala bila kita hanya memikirkan negatif, ianya akan menjadi realiti. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Mulai sekarang, cuba menjadi seorang yang positif, kerana ianya akan memberikan kesan kepada kita. Tiada yang mustahil. Cuba lihat segala hal dan yang berlaku itu dari sudut positif, hati kita akan lebih tenang dan damai. Perkara postif akan lebih banyak berlaku dalam kehidupan kita. Jadi, pupuk dan bentuk diri untuk menjadi seorang yang positif. insyaAllah, kita akan berhadapan dengan perkara positif.
Apa-apa pun, percayakan diri dan Ilahi.... dengan itu, kita akan menjadi lebih yakin...

A.N.A.K

Hari semakin hari, manusia semakin buruk perilakunya. Dan yang paling mengecewakan, 2 orang anak bawah umur yang berusia 7 dan 8 tahun terlibat dengan kes pecah rumah. Sebanyak 24 buah rumah yang menjadi mangsa kedua kanak-kanak itu. Selain itu, seorang gadis yang berusia 14 tahun sanggup mengadaikan maruahnya dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya dalam waktu 3 jam. Kelakuan itu amat memalukan. Ini kerna pasangan yang terlibat beragama islam dan berbangsa melayu. Allahuakbar! Terlalu lemah iman umat-umat akhir zaman. Ya Allah, lindungi aku dan kaum kerabat aku dari kealpaan duniawi.
Oleh kerana terlalu banyak lambakkan kisah yang memalukan ini, WHI mengambil kesempatan untuk membincangkan tentang perkara ini. Selama 30 minit perbincangan isu berkaitan kaedah mendidik anak. Adakah secara tegas atau lembut. Secara peribadi, diri ini ingin berkongsi pendapat.
Pertamanya, walau apa yang kita ingin lakukan, hendaklah kembali kepada agama yang kita pegang. Sebagai seorang islaml, Allah memberikan al-Quran dan hadis sebagai rujukan buat kita. Apa-apa pun, kita harus merujuk kedua kita ini. kerana segalanya telah lengkap. Sempurna. Islam itu syumul dan universal. Jadi jangan kita membelakangkan kedua kitab ini yang sememangnya berguna kepada kita.
Bagi pihak ibu bapa. Umum ketahui, anak itu diibaratkan seperti kain putih yang tiada kotor. Miliki hati yang bersih. Dan mudah terpengaruh dengan persekitaran. Ibu bapa mengambil tempat untuk mencorak anak itu. Menunjukkan jalan yang baik buat mereka untuk mengikutnya. Jika dari kecil, ibu bapa menunjukkan perkara negative, maka anak itu akan terdedah dengan perkara negative. Waktu kecil, ibu bapa merupakan cermin anak-anak. Jadi, ambil kesempatan itu untuk mendidik mereka dan membentuk mereka sebaik mungkin. Bahkan, dari mereka dalam perut lagi, ibu bapa harus menjaga perilaku. Kerna secara tak langsung, sikap orang tua akan diwarisi oleh anak mereka. Jadi, mereka tidak bisa melepaskan kesalahan pada anak kerna apa yang berlaku pada anak, itu sebenarnya datang dari orang tua mereka.
Rasulullah telah mengajar umatnya. Yang mana “mendidik anak, hendaklah mengikut waktu di mana anak itu membesar”. Di sini, kita perlu tekankan, jangan mendidik anak-anak seperti mana kita di didik dahulu kala. Ini akan mengakibatkan masalah yang lebih parah. Anak-anak didedahkan dengan teknologi, tapi orang tua menghalang untuk mereka membesar dengan dunia hari ini. jadi selama mana anak-anak ini mampu tahan? Adakah setelah orang tua meninggal, mereka akan lebih mudah untuk hidup? Jika dari kecil mereka tidak di dedahkan dengan dunia sebenar, bagaimana mereka harus mulakan kehidupan setelah pemergian orang tua mereka? Adakah mereka harus menapak untuk hidup seperti waktu mula-mula mereka lahir ke bumi?
Mendidik anak itu perlu kreativiti. Perlu bijak. Yang mana, kita mendidik biarlah bersesuai dengan dunia semasa. Yang penting, ilmu agama itu perlu diberikan sebanyak mungkin agar, di mana mereka pergi, mereka dapat menjaga diri dan iman mereka. Agar, dunia luar yang begitu membahayakan dapat mereka hadapi dengan sebaiknya. Pokok pangkal, kembali pada agama. Allah sendiri ada berfirman “ jika kita menjaga agama kita, Allah akan menjaga kita”. Oleh kerana itu, ibu bapa harus memberikan ilmu agama yang sebaiknya buat anak-anak.
Bagi kaedah atau cara didikan. Islam telah mengariskan atau menunjukkan cara didikan yang terbaik untuk anak-anak. Di mana, bila mereka masih kecil, kita hendaklah menjadi contoh terbaik. Seperti yang saya katakana di atas tadi, waktu kecil, ibu bapa menjadi cermin bagi anak-anak. Apa yang dibu bapa tonjolkan, itu yang mereka akan ikut. Dan jangan pernah salahkan mereka andai waktu kecil mereka bersikap buruk kerana semuanya datang dari persekitaran mereka. Siapa yang bertanggungjawab menyediakan persekitaran yang baik buat anak-anak? Ibu bapa jawapannya! Jadi, sedarlah, lihat dan cermin diri kita sebelum kita ingin anak kita menjadikan kita sebagai cermin mereka.
Waktu kecil, waktu yang sesuai untuk mendidik anak. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Begitu jua dengan mendidik anak. Waktu yang ada perlu digunakan sebaik mungkin. Luangkan masa dengan anak-anak. Bermain dengan mereka. Agar mereka selesa dengan kita dan dari situ, kita boleh mewujudkan hubungan kekeluargaan yang erat.  Dan bila mereka sudah mula meningkat dewasa, kita perlu didik mereka untuk berdisplin. Di mana, setiap kesilapan mereka, kita perlu menegur dengan sebaiknya. Dan memberitahu apa kesilapan mereka dan apa hukuman yang mereka akan terima. Anak-anak rasional. Mereka akan tanya apa kesilapan mereka sehingga mereka dihukum. Ibu bapa harus bijak berkomunikasi dengan mereka. Agar mereka tidak salah faham. Didik mereka. Tunjukkan apa harus mereka buat dan apa harus mereka jauhi. Dan bila mereka sudah meningkat remaja. Kali ini, rakan menjadi cermin buat mereka. Tetapi, bagi ibu bapa yang telah mendidik dan memberikan didikan agama sebaiknya, insyaAllah, anak-anak akan selamat dengan masalah ini. mereka akan bijak menilai. Kerana dari kecil mereka sudah di dedahkan dengan agama. Yang mana agama itu punya syariat yang perlu dipatuhi. Dan jika mereka silap langkah, mereka akan terima padahnya. Tapi malangnya, jika dari kecil mereka tidak didedahkan dengan ilmu agama, mereka akan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Di tambah pula hubungan kekeluargaan terlalu renggang, terlambat buat ibu bapa untuk mengubah kesilapan lampau. Kerana hubungan keluarga begitu jurang, mereka akan memilih rakan sebaya yang mereka rasakan lebih memahami diri mereka. Oleh itu, ibu bapa harus mengambil langkah dari awal. Agar tidak menyesal di masa akan datang. Zaman remaja, anak-anak harus ibu bapa dekati. Menjadi sahabat kepada anak-anak. Di mana waktu ini terlalu banyak benda baru yang didedahkan kepada mereka. Yang penting, ingatkan mereka pada agama, syariat islam. Dekati dan salami hati mereka. Dari situ, lebih mudah untuk ibu bapa melembutkan mereka. Satu lagi kebaikkan. Di mana waktu kecil, ibu bapa sudah mula mengeratkan hubunagn kekeluargaan, bila meningkat dewasa, mereka tidak akan melupakan keluarga sepenuhnya. Masih ada ruang untuk ibu bapa ini mendekati mereka. Mereka akan fikir di mana mereka punya keluarga yang faham mereka. Dan ibu bapa lebih banyak mengetahui hati budi anak mereka. Mereka gunakan kebaikkan itu dengan melembutkan hati anak mereka bersesuaian dengan perwatakkan anak mereka. Waktu ini, buka waktu yang sesuai untuk mengkasari anak-anak. Kerna itu hanya akan menyebabkan mereka menjadi seorang pemberontak. Tapi, dekati mereka. Kenali hati budi mereka. Denga itu, ibu bapa akan tahu, kelemahan dan kebaikkan anak mereka.
Sebagai remaja. Diri ini juga tidak lari dari keinginan untuk mencuba suatu yang baru. Namun bila kita punya pegangan dan ilmu agama yang baik, kita secara tak langsung akan menjadi seorang remaja yang bijak. Bijak dalam membuat tiap tindakan. Di mana, kita akan mengaji baik buruk suatu perkara. Jadi, untuk menjadi remaja yang bijak, kita perlu miliki ilmu. Persekitaran banyak memberikan pengaruh dan kesan kepada diri kita. Sebagai manusia pula, kita diberikan akal. Jadi, fikirlah sebaiknya sebelum melakukan sesuatu. Jadilah manusia yang benar-benar manusia. Yang mana tiap tindakannnya berpandukan iman dan bukan nafsu. Pemilihan kawan itu penting. Jika kita seorang yang mudah terpengaruh, kita perlu bijak untuk mencari kawan yang bisa menjadi petunjuk untuk kita. Membawa kita kebaikkan. Kita lebih kenal diri kita.
Secara peribadinya. Diri ini ingin berkongsi tentang pemilihan sahabat. Sejujurnya, diri ini lebih berminat untuk bersahabat dengan sahabat-sahabat yang lebih berusia dari diri ini. yang sudah berumah tangga. Kerna dengan mereka, banyak perkongsian yang dapat kita kongsi dan terima dengan mereka. Dalam usia mereka, mereka bukan saja menjadi sahabat kita, tapi sebagai kakak buat kita. Yang sentiasa memberikan peringatan buat kita. Itulah yang ana pilih. Lebih berminat mendekati orang-orang sedemikian. Mereka banyak mengajar kita tentang erti sebuah kehidupan. Kehidupan ini bukan perlu dipandang sebagai ilmu dan pengalaman, bukan sebagai keseronokkan semata. Jika kita memandangnya sebagai ilmu, kita akan berusaha untuk mencari seberapa banyak ilmu. Dan jika kita memandangnya sebagai pengalaman, kita akan mencipta pelbagai perkara baru untuk mendapatkan pengalaman. Dan mendekati orang-orang yang miliki lebih banyak pengalaman berbanding kita. Namun, jika kita memandangnya sebagai keseronokkan semata. Kita hanya akan melalaikan diri kita dan masa kita, kita biarkan terbuang dengan perkara yang melaghakan.
Buka mata buka hati. Apa yang berlaku pada kita adalah apa yang kita pilih. Jika kita memilih keseronokkan, maka kita akan mendapatkan keseronokkan. Tapi, sedarlah sahabat, keseronokkan di awal akan membawa kesengsaraan di akhirnya. Oleh itu, fikir sebaiknya untuk masa hadapan. jangan biarkan kita menjadi raksasa belaan ibu dan ayah kita. Yang mana raksasa, semakin besar, semakin tak berguna. Hanya mampu berdiam tanpa mampu berbuat apa-apa. Yang mana hidup kita hanya dengan bantuan orang tua dan belas kasihan Allah semata. Allah memberikan peluang dan ruang untuk kita menimba ilmu, mencari pengalaman dan bekalan buat akhirat. Sedarlah akan matlamat utama kita. Jangan menjadikan diri ini sebagai masalah untuk keluarga, agama dan negara...jadikan diri ini sebagai penguat dalam keluarga, agama dan negara. Jadi seorang yang berguna sesuai dengan penciptaan kita sebagai seorang pemimpin...