muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Wednesday, January 4, 2012

part 6??

syukur alhamdulillah. sedar tak sedar, hampir 3 tahun diri ini menuntut di uitm,kampus khazanah alam ini. walau nun jauh dari pembangunan yang pesat, bandar yang mewah, hiburan yang menyeronokkan, ianya tetap indah pada pandanganku. dan inilah tempat yang terbaik untuk belajar. jauh dari kejauhan yang melalaikan.insyaAllah. syukur alhamdulillah, diri ini sudah ke peringkat ini. walau segalanya tidak mudah seperti yang di sangka kerna meniti kejayaan itu bukan mudah. perbagai yang harus kita harungi. bukan sekadar ujian di kampus, bahkan sahabat-sahabat dan insan-insan yang mendatangi dalam kehidupan ini, juga merupakan suatu cubaan dan pembelajaran. apa-apa pun, segalanya telah mematangkan diri ini. insyaAllah, moga segalanya ada hikmah yang tersembunyi.
"tidak semestinya yang baik itu adalah terbaik buat kita, dan tidak semestinya yang buruk itu buruk untuk kita. Dia Maha Mengetahui".
terimalah itu sebagai pembangkit semangat untuk terus meniti liku2 kehidupan yang mendatang.insyaAllah. andai Dia masih mengizinkan kita untuk bernafas.
sudah 3 tahun di sini. pelbagai pertanyaan yang telah diajukan. nak-nak bila pergi walimatus sahabat-sahabat dan saudara. masing-masing menanyakan soal jodoh. Allahuakbar!mungkin terlalu awal untuk memberikan jawapan. apa-apa pun, diri ini serahkan segalanya kepada Ilahi. Dia Yang Lebih Berhak menentukannya.
apa yang diri ini kongsikan tentang pemikiran segelintir "hamba Allah" yang mana menyatakan bahwah "TIDAK HOT BILA TIADA PASANGAN", "PART 6 SUDAH HARUS PUNYA PASANGAAN", "SIAPA MASIH  TIADA PASANGAN DI HUJUNG PENGAJIAN ITU KATAGORI TAK LAKU" dan macam-macam lagi "statement"yang diterima.
adakah itu ditujukan kepadaku??(termenung dna mendongak ke langit) huhuhu
terasakah??Allahuakbar. sungguh! tidak terasa. cuma kecewa dengan statement itu. adakah memiliki pasangan dengan cara "couple" itu wajib? rugikah bgi golongan seperti diri ini yang masih tidak punya "pasangan" sehingga di tahap ini?

ya Allah,
hamba rela dibenci manusia dari dibenci olehMu........

*hanya di sini yang dapat ditulis..ada kerja yang perlu diuruskan..moga bertemu di post yang lain

buta kerna menangis kepadaNya


Saleh Al-Muri bercerita, bahawa dia pernah melihat seorang perempuan tua memakai baju kasar di Mihrab Daud Alaihissalam. Perempuan yang telah buta matanya itu sedang mengerjakan solat sambil menangis terisak-isak. Setelah selesai solat dia mengangkat wajahnya ke langit dan berdoa:

“Wahai Tuhan Engkaulah tempatku memohon dan Pelindungku dalam hidup. Engkaulah penjamin dan pembimbingku dalam mati. Wahai Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahsia, serta setiap getaran batin tidak ada Raja bagiku selain Engkau yang kuharap dapat mengelak bencana yang dahsyat.”

Saleh Al-Muri memberi salam kepada perempuan tersebut dan bertanya: “Wahai puan! Apa yang 
menyebabkan hilangnya penglihatanmu?”

“Tangisku yang disebabkan sedihnya hatiku kerana terlalu banyaknya maksiatku kepada-Nya, dan terlalu sedikitnya ingatan dan pengabdianku kepada-Nya. Jika Dia mengampunkan aku dan menggantinya di akhirat nanti, adalah lebih baik dari kedua-dua mataku ini. Jika Dia tidak mengampunkan aku, buat apa mata di dunia tetapi akan dibakar di nereka nanti.” Kata perempuan tua itu.


Saleh pun ikut menangis kerana sangat terharu mendengar hujjah wanita yang menggerunkan itu.

“Wahai Saleh! Sudikah kiranya engkau membacakan sesuatu dari ayat Al-Quran untukku. Kerana aku sudah sangat rindu kepadanya.” Pinta perempuan itu.

Lalu Saleh membacakan ayat yang ertinya:
“Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya.”
(Al-An’am: 91)


“Wahai Saleh, siapakah yang berkhidmat kepada-Nya dengan sebenarnya?” Kata perempuan itu lalu menjerit 

kuat-kuat dengan jeritan yang boleh menggoncangkan hati orang yang mendengarnya. Dia jatuh ke bumi dan meninggal dunia seketika itu juga.

Pada suatu malam Saleh Al-Muri bermimpi berjumpa dengan perempuan tua itu dalam keadaan memakai baju yang sangat bagus.

Dalam mimpi tersebut Saleh bertanya: “Bagaimana keadaanmu sekarang?”

Perempuan itu menjawab: “Sebaik saja rohku dicabut, aku didudukkan di hadapan-Nya dan berkata: “Selamat datang wahai orang yang mati akibat terlalu sedih kerana merasa sedikitnya khidmatnya kepada-Ku.”
Sumber : AkuIslam.com



no title..


Assalamualaikum buat sahabat sekalian. Alhamdulillah, syukur kepadaNya, hari ini, bangkitnya hamba dari lena yang sementara, masih diberikan keluarga yang bersama hamba untuk terus menyusuri hari-hari di dunia ini. syukran ya Allah. Nikmat kebahagiaan, dan keakraban keluarga ini sangat hamba syukuri. Biarpun kehidupan ini hanya kami titinya dengan penuh keserdahanaan, namun yakinilah ya Rabb, itu lebih baik dan lebih kusyukuri nikmatMu ini. keserdahanaan itulah yang makin mengeratkan kami. Makin membahagiakan hamba. Ya Ilahi, terima kasih untuk segalanya.
Dalam melewati hari-hari dan saat yang memeritkan dalam hidupku, diri ini masih bisa kuat dan tabah dengan adanya keluargaku. Darah daging ku yang setia menemani hamba dalam melalui kesepian dan kesedihan atas perilaku manusia yang zalim terhadap diri ini. sesungguhnya keperitan ini tidak ku hebahkan kepada mereka, tapi oleh kerna gerak hati seorang ibu, bondaku bisa merasai kelukaan yang hamba sedang lalui. subhanAllah!! Mahu saja air mata ini menitis di hadapannya. Hamba tidak kuat ya Ilahi, namun untuk mengeluarkan air mata ini di hadapan bonda yang hamba sayang, itu tidak sama sekali. Cukup lah pelukkan hangat yang diberikan nya setelah melihat wajahku di hadapan matanya. Itu cukup indah!
Benarlah, ke mana pun kita pergi, harus kita sedari akan kekurangan diri dan status diri. Sekufu itu perlu! Bukan sekadar untuk mencari pasangan, tetapi dalam persahabatan juga perlukan “sekufu”.
Oleh kerna tidak sekufu, sahabat yang selama ini riang, ceria hilang entah ke mana. Segalanya berlaku secara cepat. Segala kata-kata yang ditaburkan selama ini hanya penyedap hati. Allahuakbar! Sekali lagi hamba melalui saat genting ini. berikan secebis kekuatan dan ketabahan. Lupakan dia dari hamba. Biarkan hamba jauh meninggalkannya. Relakan dia dengan kehidupaan mewah yang jauh dari kehidupan hamba. Moga dia bahagia bersama kehidupannya. Agar peristiwa dan pengalaman ini dapat menguatkan lagi buat untuk menilai erti kehidupan sebenar!
Apa-apa pun, terima kasih kerna Kau mendatanginya buatku walau seketika. Ilahi! Terbangkan hamba jauh dari bayangan dirinya. Jauhi hamba dari mengingati segala tentangnya. Lepaskan hamba dengan segala yang berkaitan dengannya.
Terbanglah wahai pipit! Pipit yang sudah tidak lagi berguna buat si enggang! Persahabatan yang tidak mampu dinilai oleh si enggang! Mahu apa lagi berada di takuk lama. Ayuh pipit! Kita terbang! Walau tidak setinggi enggang untuk terbang, walau tidak mudah melupakan enggang yang melupakan pipit, berusahalah! Berusaha untuk melepaskan diri dari melewatan hari-hari yang duka! Biarpun hanya mampu terbang rendah, namun bersyukurlah kerna anda masih mampu terbang. Dan..akan jauh jika ianya berterusan. Temui kehidupan baru. Di situ, binalah engkau suatu kehidupan yang jauh lebih indah.........

Peringkat Cinta


Cinta adalah perasaan jiwa & tarikan hati. Ia adalah fitrah. Islam mengiktiraf fitrah ini & menggariskan 3 peringkat Cinta, iaitu:


Cinta AGUNG, Cinta PERTENGAHAN & Cinta HINA

“Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang pkamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik” – (At-Taubah:24)

CINTA paling AGUNG sudah tentu Cinta kepada-Nya, Allah, Rasul & jihad di jalan-Nya. Tiada Cinta yang boleh menyamai kedudukan Cinta ini.


Seterusnya, CINTA PERTENGAHAN ialah Cinta yang terhasil daripada ikatan seseorang yang dikasihinya samada dengan ikatan akidah, ikatan keturunan, kekeluargaan, kaum kerabat, perkahwinan atau persaudaraan.


Manakala CINTA HINA pula ialah Cintakan taghut, syaitan musuh-musuh-Nya, hawa nafsu, syahwat & mengutamakan kasih terhadap ibubapa, anak-anak, isteri, keluarga, perniagaan & kasihkan negara melebihi kasih & cintakan Allah, Rasul & jihad di jalan-Nya.

Sebenarnya dalam Islam tidak ada langsung istilah Cinta bagi mereka yang masih belum ada ikatan perkahwinan. Lihatlah 3 peringkat Cinta yang digariskan, adakah Islam mengiktirafkan Cinta kepada teman lelaki. Hatta, Cinta kepada tunang pun tidak diiktiraf inikan pula kepada teman lelaki. Bagaimana kita boleh menganalisis ciri-ciri pasangan yang bercinta kerana-Nya jika istilahnya pun tidak diiktiraf? Ingat, hal ini berbeza dengan dua orang insan yang saling jatuh Cinta kerana-Nya & menahan diri daripada asyik bercinta sehinggalah syariat menghalalkannya. Cinta yang hakiki adalah mencintai-Nya, kemudian Rasul-Nya, kemudian barulah selain mereka.

Ini adalah karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan (Al-Islam wa Al-Hubb):

“Kadang-kadang manusia tersalah menganggap Cintanya kerana-Nya padahal percintaannya menyebabkan makhluk-Nya lebih diagungkan daripada pencipta makhluk-Nya itu sendiri. Allah Ta’ala diketepikan. Mungkin matlamat dah betul dan jelas, tapi jalannya tidak menepati syariat. Itulah yang menyedihkan. Dalam Islam ada beberapa perkara yang perlu disegerakan.
  • Apabila solat telah masuk waktunya.
  • Apabila jenazah untuk dikebumikan.
  • Apabila anak gadis telah bertemu calon suaminya. Kalau dilambatkan buruk padahnya.
Kita boleh buat satu kesimpulan iaitu Cinta kerana-Nya hanya akan hadir selepas kahwin. Sebelum kahwin, andai terbit rasa Cinta antara dua orang, mereka perlu segera dijodohkan. Bukan senang nak bermujahadah apabila hati sudah terpaut pada seseorang. Lagipun, cepat berkahwin akan mengurangkan maksiat hati yang dilakukan sepanjang percintaan. Maka, syariat tetap terpelihara. Barulah Cinta-Nya tidaks hilang dari hatinya”
Dalam satu hadis riwayat Hakim Khatib, Ibn Asakir, Dailami & lain-lain, Rasulullah (shalallahu ‘alaihi wasallam) bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang asyik kepada sesuatu lalu cuba menjauhkannya atau melupakannya, lalu menyembunyikan di dalam hatinya, kemudian dia mati maka matinya adalah mati syahid”
Jatuh Cinta itu tidak salah, asyik bercinta itu yang salah. Perasaan jatuh Cinta anugerah-Nya. Tapi kalau rasa ia boleh melalaikan tentu ada perbuatan-perbuatan yang salah, yang Allah Ta’ala tidak redhai. Muhasabah balik. Sentiasalah berdoa kepada-Nya agar memelihara perasaan Cinta itu sebagaimana yang Dia kehendaki, yang tidak menjauhkan seseorang dari-Nya. Allah Ta’ala Maha Penyayang.

Praktikalnya?
Tidak salah kalau seseorang itu tetap sayangkan orang yang dia minati. Diyakini, orang itu pun sudah tentu amat mengharapkannya. Cuma kikislah keaiban-keaiban Cinta seperti hari-hari bergayut di telefon & lain-lain. Perbuatan-perbuatan ini yang salah bukan perasaan jatuh Cinta itu. Mujahadalah secara perlahan-lahan & penuh kerelaan kerana takut dan cintakan-Nya. Orang beriman utamakan kebenaran-Nya dalam hidupnya.

“(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-kutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)” – (Al-Baqarah 2:165)


Justeru, seseorang itu perlukan masa untuk mengubah situasi sedia ada. Jangan mengubahnya secara mendadak bimbang nanti tidak istiqomah mengubahnya. Waktu sekarang ini, fikirkan peranan & tanggungjawab sebagai seorang hamba-Nya yang nak memenangi redha Ilahi, pelajar yang nak cemerlang dalam pelajarannya & anak yang mahukan restu ibubapanya. Tanggungjawab ini semua perlukan komitmen yang bukan sedikit. Jangan biarkan ia terabai kerana seungkap nama lelaki yang bukan bergelar suami.


“Lelaki penzina tidak layak berkahwin kecuali dengan perempuan yang penzina, atau perempuan yang musyrik dan perempuan yang penzina tidak layak dikahwini, kecuali oleh lelaki yang penzina atau lelaki yang musyrik dan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman” – (An-Nuur:3)



Tuesday, January 3, 2012

kehidupan suatu pembelajaran..

Alhamdulillah. hamba masih bisa menulis untuk hari ini. walau tidak sesihat mana, sekuat mana, apa yang dapat dikongsikan, akan cuba untuk disampaikan. memang sukar untuk memahami orang dan memuaskan hati semua orang. oleh kerna kelemahan yang dimiliki, mungkin kita terlepas pandang akan perasaan orang terhadap kita. perasaan sedih, kecewa, marah dan sebagainya. walau apa pun, kita sedaya upaya untuk menjaga hati semua orang namun masih tidak bisa memuaskan hati mereka. masing-masing punya pemikiran dan cara yang berbeza, tapi, matlamat yang sama. untuk buat yang terbaik!
ketidaksefahaman itu wujud bila mana masing cuba untuk melakukan terbaik, tapi lagi yang difahami. walau apa yang yang berlaku, berfikiran positiflah. tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. dan semua orang ingin melakukan yang terbaik buat insan disekelilingnya. merasai sesuatu yang dirasakan orang lain itu sulit, tapi cuba untuk memahami. hanya sedikit pemahaman.

"kehidupan itu adalah sebuah pembelajaran".. itulah kata2 seorang dari sahabat. oleh kerna itu, jalani kehidupan dengan sebaiknya. kutiplah segala pengalaman dan pelajari ia sebagai bekalan di masa hadapan. yang perit itu mungkin sakit tapi ianya adalah ubat untuk kita menjadi lebih tabah di masa akan datang.



Monday, January 2, 2012

kematian itu pasti..

hari ini hari ketiga dalam tahun 2012. Allahuakbar, sudah 3 pemergian orang yang dikenali yang menyambut panggilan dri Ilahi. adakah saat diri ini semakin hampir??ya Rab..hanya Engkau yang mengetahui.


Kematian  juga  dikemukakan  oleh  Al-Quran  dalam   konteks
menguraikan  nikmat-nikmat-Nya  kepada  manusia. Dalam surat
Al-Baqarah (2): 28 Allah mempertanyakan  kepada  orang-orang
kafir.

     "Bagaimana kamu mengingkari (Allah) sedang kamu
     tadinya mati, kemudian dihidupkan (oleh-Nya),
     kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya
     kembali, kemudian kamu dikembalikan kepada-Nya."


Nikmat yang diakibatkan  oleh  kematian,  bukan  saja  dalam
kehidupan   ukhrawi,  bahkan dalam  kehidupan
duniawi, kerna  tidak dapat  dibayangkan  bagaimana  keadaan
dunia kita yang terbatas arealnya ini, seandainya semua
manusia hidup terus-menerus tanpa mengalami kematian.

Muhammad Iqbal menegaskan bahwa mustahil  sama  sekali  bagi
makhluk  manusia  yang  mengalami perkembangan dalam jutaan tahun,
untuk  dilemparkan  begitu  saja  bagai  barang  yang  tidak
berharga.  Tetapi itu baru dapat terlaksana apabila ia mampu
menyucikan dirinya secara terus menerus. Penyucian jiwa  itu
dengan  jalan menjauhkan diri dari kekejian dan dosa, dengan
jalan amal saleh. Bukankah Al-Quran menegaskan bahwa,


  "Mahasuci Allah Yang di dalam genggaman
     kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Mahakuasa
     atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan
     hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu
     yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia
     Mahamulia lagi Maha Pengampun" (QS Al-Mulk [67]:
     1-2).1

Demikian  terlihat  di mana  kematian  dalam  pandangan  Islam
bukanlah  sesuatu  yang  buruk,  kerna di samping mendorong
manusia untuk  meningkatkan  pengabdiannya  pada Ilahi di  kehidupan
dunia  ini,  ia  juga merupakan pintu gerbang untuk memasuki
kebahagiaan abadi, serta mendapatkan keadilan sejati.



Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian mati; Allah menjelaskan dalam Quran tentang prilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut ini:

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)
                                                                                                                                                   





buat shbt yang ku sayangi...

sahabat,
jika kau membaca warkah ini,
percayalah hati ini sedang memikir perihalmu,
memikirkan perubahanmu,
apakah dosa diri ini sehingga kau menjauhkan diri padaku?
adakah tidak layak lagi untuk diri ini bersahabat denganmu?
adakah aku pernah melalaikanmu?
apakah diri ini sudah tidak diperlukan lagi dalam kehidupanmu?
adakah kau telah memiliki sahabat yang lebih baik darikku?
jika itu jawapannya,
pergilah......
kerna itu lebih baik darimu.
terima kasih untuk segalanya..
moga Allah merahmatimu..
insyaAllah,segala yang berlaku ada hikmahnya.
ukhwah ini tidak akan ku buang,
tapi akan ku pelihara sehingga ke hujung nyawa.
andai suatu hari diri ini pergi,
mohon doanya..
wasalam...


sahabatmu,