muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Sunday, January 8, 2012

NO TITLE


Sedang yang lain sibuk mencari cinta manusia, izinkan hamba mencari cintaMu. Cinta yang selama ini hamba abaikan. Cinta yang sudah kehausan nikmat kasih dan sayang. Cinta yang selama ini dibiarkan dek pesona dunia yang memperdaya. Cinta yang terlalu bernilai sehingga tak ternilai harganya. Cinta yang begitu suci dan agong! Tapi sayangnya, cinta itu hanya keseorangan. Cinta Kau, ya Rabb.. yang terlalu besar dan agong! Cinta Engkau buat diri yang hina lagi kerdil ini terlalu mendalam dan tidak bisa digantikan dengan yang lain. dariMu hamba datang dan kepadaMu juga hamba kembali.
Ya Rabb, ampunkan hamba andai selama ini Engkau menantikan kata cinta dari hamba yang selama ini terlalu leka dengan dunia. Ampuni hamba. Sesungguhnya hamba begitu kehausan dalam menyintaiMu. Cinta yang selama ini yang di cari, akhirnya Engkau tunjuki jalan buat diri ini. ampuniku atas segala khilaf dan kekuranganku.
Ilahi, andai ada lagi cintaMu buat hamba ini, pancarkan lah cahaya cintaMu kepadaku. Agar kilauan cinta itu bisa melupakan aku pada cinta yang melalaikan. Sesungguhnya rugi bagi sesiapa yang tidak melihat cintaMu itu. Ruginya hidup ini kerna tidak menghargai cinta Mu.

Saturday, January 7, 2012

life is test


Manusia dicipta oleh Allah SWT untuk menerima ujian-Nya. Allah SWT akan menguji manusia dari semasa ke semasa tanpa diketahui masa dan bagaimana bentuknya. Ujian adalah latihan, pendidikan dan tarbiyah daripada Allah SWT yang tidak diperolehi dari mana-mana Universiti terhebat di dunia. Sama ada suka atau tidak setiap individu perlu bersiap sedia untuk menerima ujian daripada Allah SWT ini.

Firman Allah SWT ,

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?(2)
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta”.( Surah al-‘Ankabut : 3)

Ibarat mereka yang menduduki peperiksaan akademik, tentu ada yang lulus dan gagal dalam peperiksaannya. Demikian juga ujian Allah SWT, ada yang berjaya melulusinya dan ada yang gagal melepasinya.
Bagi mereka yang lulus peperiksaan akademik, mereka akan ditawarkan ke universiti untuk belajar bersama orang-orang yang bijak dan pandai. Sama juga jika seseorang itu berjaya dalam menghadapi ujian Allah SWT, mereka akan diganjari syurga tempat golongan yang baik-baik di akhirat kelak.

Ujian yang Allah SWT turunkan kepada manusia wujud dalam pelbagai keadaan. Ada yang berbentuk ketakutan terhadap musuh (dalam peperangan), kelaparan, kemiskinan, kekurangan harta dan kehilangan jiwa orang-orang yang tersayang.

Firman Allah SWT,

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar”. (Surah al-Baqarah : 155)

Allah SWT juga menguji manusia bukan untuk menganiayai manusia. Dia menguji manusia untuk melihat sejauh mana kesabaran manusia. Kesabaran adalah penting untuk mencapai kejayaan. Tanpa kesabaran hidup manusia akan huru hara dengan segala kepincangan. Tanpa kesabaran segala-galanya mahu dilakukan dengan segera, cepat, gelojoh, rakus sehingga menimbulkan bencana dalam kehidupan. Hanya mereka yang memiliki kesabaran pasti akan beroleh kejayaan, kesejahteraan, kebahagiaan dan menghasilkan kerja-kerja yang berkualiti.

Allah SWT menguji manusia supaya mereka sedar bahawa dunia dan segala kekayaannya adalah milik Allah SWT yang mutlak. Jika Dia mengurniakan harta kekayaan, ia bukanlah sesuatu yang kekal untuk dimiliki oleh manusia selama-lamanya. Sebaliknya ia adalah milik Allah SWT yang dipinjamkan kepada manusia hanya sementara dan boleh diambil oleh-Nya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Ia juga menyedarkan manusia bahawa mereka adalah makhluk yang lemah, dhaif, serba kekurangan dan amat memerlukan pertolongan daripada Tuhan yang Maha Perkasa.

Perlu disedari bahawa setiap ujian yang Allah SWT beri adalah sesuai dengan batas kemampuan manusia itu sendiri. Allah SWT yang Maha Mengetahui sifat kekurangan manusia sama sekali tidak menurunkan ujian yang manusia tidak boleh menghadapinya.

Firman Allah SWT,

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..”(Surah al-Baqarah : 286)

Oleh itu apa sahaja ujian sama ada kemiskinan, kesusahan, kesakitan dan kematian adalah sesuatu yang boleh ditanggung dan dihadapi oleh manusia. Bagi mereka yang beriman ujian-ujian seperti ini memberi motivasi kepada mereka untuk meningkatkan amal, memantapkan iman, menguatkan akidah, tidak berputus asa serta sentiasa mengharapkan pertolongan dan bantuan Allah SWT.

Orang yang beriman hendaklah bersangka baik dengan setiap ujian yang mereka perolehi kerana ia sebenarnya telah ditentukan oleh-Nya sejak azali lagi. Mereka hendaklah redha dan berlapang dada dengan ketetapan itu. Mungkin ada ujian itu tidak gemari oleh mereka tetapi itulah yang terbaik di sisi Allah SWT.

Firman-Nya,

“....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan soleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( Surah al-Baqarah:216)

Sabda Rasulullah SAW,

“Tidak ada seorang muslim pun yang mengalami penderitaan, kepenatan, kesakitan, kesulitan, kesedihan dan kebimbangan yang merunsingkannya melainkan dihapuskan sebahagian daripada kejahatannya”. (Hadis riwayat Muslim)

fitrah insani..

Assalamualaikum.apa khabar semua sahabat? semoga Ilahi sentiasa merahmati kalian.Ameen, insyaAllah.. untuk post kali ini, ana ingin berkongsi sedikit pendangan dan pendapat. kerna ramai dikalangan sahabat yang asyik mengeluh dengan masalah hati dan perasaan. maaf! post kali ini bukan nak mengaitkan sesiapa, tapi sebagai peringatan buat diri ini dan juga sahabat-sahabat.


"sesungguhnya aku menasihatimu bukanlah bererti aku lah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan jua yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak ada pendakwah. Maka jadi sikitlah orang yang memberi peringatan" Imam Hasan Al-Basri 

cinta! kasih dan sayang! semua miliki keinginan yang itu! begitu juga dengan diri yang kerdil ini. tapi, itu tak bermaksud kita bisa menyintai seseorang melebihi cinta kita pada Ilahi. sedarkah kita, selama ini kita hanya bergantung dengan Sang Ilahi. kita bernafas dengan bantuan Ilahi, kita hidup dengan belas kasihan Ilahi. mengapa mesti cinta kita tidak disandarkan padaNya? kenapa cinta kita pada makhlukNya melebihi cinta kita padaNya? apakah perasaan kita andai segala pengorbanan dan pemberian kita pada seseorang itu tidak dihargai? begitu juga dengan Sang Ilahi. adakah hanya bila kita susah, kita akan kembali padaNya? tidak zalimkah prilaku itu? subhanAllah, sesungguhnya kita telah menzalimi diri kita sendiri. mengapa kita mesti menjadi seperti kacang lupakan kulit? padahal kita bergantung padaNya.
wahai sahabatku sekalian,
berbaloikah sandaran cinta kalian pada seseorang itu? sudah hebatkah diri kita sehingga kita ingin mengatur kehidupan dan jodoh kita?? hebatkah kita mengambil tugas Ilahi? mampukah kita bertahan dengan pilihan sendiri? apakah sandaran cinta kita pada si dia? apakah hanya luaran yang utama? apakah cinta yang sementara itu membahgiakan jiwa? berbaloikan cinta itu?
wahai sahabat, Ilahi telah mengatur dan menyusun indah dan tersusun setiap kehidupan kita. dari lahir sehingga nyawa berakhir?

sahabat,
diri ini tidak snaggup melihat dirmu terus jauh dari landasan Ilahi. ber couple itu bukan la suatu yang indah dna baik. janganlah dirimu mulakan yang halal dengan perkara haram. biarkan Ilahi dengan rencanaNya yang jauh lebih hebat dari perencanaan kita yang kerdil ini.
sahabat, dri ini jua merupakan insan biasa,miliki naluri ingin disayangi. namun,ku cuba untuk bertahan kernaNya. sungguh! bukan senang menghadapi keadaan persekitaran yang kita lalui sekarang. dunia semakin mencabar dengan sikap manusia yang semakin jauh tersasar. islam dipandang pelik dan kemungkaran dipandang biasa.

subhanAllah..duhai sahabat,
kita di sini bukan sekadar untuk bercinta. tapi, untuk menjadi khalifah. bukan untuk menyia-yiakan waktu dan peluang, tapi menggunakan itu untuk berjuang.bukan membazirkan air matamu untuk si dia, tapi tangislah kamu dalam tangisan keinsafan kepadaNya.bukan menjadikan kamu lalai kepadaNya,tapi memberikan peluang untuk kita mengenali driNya.

semoga pilihan Dia itu menjadi yang terbaik buat kita. yakini janjiNya. cinta itu perlu tapi biarlah buat yang satu,,sebelum akad itu berlaku, sayangilah dia sekadar saja. suatu hari, rahsia pasti terjawab..percayalah..Dia lebih Mengetahui segalanya.....

Friday, January 6, 2012

Rahsia perkahwinan


Hubungan suci antara lelaki dan perempuan melalui ikatan perkahwinan mennggambarkan corak kehidupan yang diredai Allah SWT dan dianjurakan oleh Rasulullah SAW. Hidup berkeluarga ini pada dasarnya lebih berkat, tenteram dan teratur berbanding hidup berseorangan atau menyendiri.
Firman Allah SWT :
 
Hubungan suci antara lelaki dan perempuan melalui ikatan perkahwinan mennggambarkan corak kehidupan yang diredai Allah SWT dan dianjurakan oleh Rasulullah SAW. Hidup berkeluarga ini pada dasarnya lebih berkat, tenteram dan teratur berbanding hidup berseorangan atau menyendiri.
Firman Allah SWT :
http://www.kisahwanita.com/wp-content/uploads/2011/12/surah-al-rum.jpg
Maksudnya : Dan antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan berasa tenang dan tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya antara kamu perasaan kasih dan sayang. (Surah al-Rum: 21)
Antara rahsia-rahsia perkahwinan ialah:

1. Sunah para nabi dan rasul
-Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunah para nabi dan rasul sebagaiman Firman Allah dalam surah al-Ra’d ayat 38

Maksudnya: Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan.

2. Zuriat Keturunan
- Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hamba-Nya agar menerusi perkahwinan akan lahir zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT

3. Ibadah
- Perkahwinan juga dianggap sebagai satu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredai. Al-Baihaqi r.a meriwayatkan hadis daripada 

Rasulullah SAW bermaksud:
“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi”

4. Bertanggungjawab
-Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk mereke yang miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka.
Ini diperkuatkan lagi oleh hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku”

5. Memelihara maruah
- Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan. Rasulullah SAW bersabda:

“Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian dapat menundukan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (nafsu syahwat)”

6. Memupuk perasaan keibu bapaan
- Perkahwinan dapat menyuburkan perasaan keibu bapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.

7. Disiplin
- Melalui perkahwinan akan wujud disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ibu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga.
Rujukan: Buku Indahnya Hidup Bermasyarakat