muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Wednesday, June 6, 2012

amalan2..

Mari kita lihat apa yang selalu saya praktikkan bermula dari waktu Solat Fardhu - Subuh :-

Sebelum matahari terbit (sekitar jam 5pg - 6.30pg) :

1. Berzikirlah 'Yaa Hayy' sebanyak 500 kali - bagi memperoleh kedamaian
    * Kesannya : alhamdulillah, sepanjang hari sy lebih byk tersenyum dan berfikiran positif.

2. Berzikir 'Yaa Rahman' sebanyak 100 kali - bagi menghilangkan sifat lalai dan pelupa
    * Kesannya : alhamdulillah, sy tidak lupa untuk membaca al-quran, melakukan perbuatan mengikut      tertib bila melakukan kerja dirumah dan di tempat kerja. Bila ditanya satu2 soalan, lebih mudah mengingat dari yg sebelumnya - membaca al-quran selalu juga blh menguatkan daya ingatan kita :)

Selepas menunaikan Solat Subuh :-

1. Berzikirlah 'Yaa Rahim' 100 kali - bagi memohon kepada Allah agar diri kita disukai oleh semua makhluk Allah.
    * Kesan : Bila sampai dipejabat, alhamdulillah rakan-rakan yang tidak pernah bertegur sapa, menyapa dan bertanya dari jabatan mana. Berbual mesra. Menambahkan hubungan ukhuwah antara rkn seperjabat. Org-org yang bertemu lebih mudah menawarkan senyuman terhadap kita, dan kita juga jd tertarik tersenyum sama. Dan sikap positif ini melahirkan rasa semangat bekerja dan ikhlas dalam beribadah krn Allah Ta'ala atas perkara-perkara positif yang sampai.

2. Berzikirlah 'Yaa Rahim' 100 kali - bagi memohon dihindari dari malapetaka dan bencana.

3. Berzikir 'Yaa Samad' 125 kali - setelah solat Subuh dan sebelum matahari terbit dalam keadaan sujud, bagi memohon ditunjukkan kebenaran. Insya'Allah akan tampaklah kebenaran dalam diri seseorang.

4. Dalam keadaan masih berwudhu' berzikir 'Yaa Ahad' 19 kali - Insya'Allah do'a kita akan dikabulkan.

Selepas melakukan solat Dhuha :-

1. Berzikir 'Yaa Samii' setiap hari khamis sebanyak 50 kali atau 500 kali - memohon agar dimakbulkan do'a oleh Allah swt.
    *Kesan : Alhamdulillah, banyak kerja yang ditugaskan banyak yg dilaksanakan.








“Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki”

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

“Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias pribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati juataan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dimubazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak.Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari ridha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah,kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa.Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya. Cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah.Di hadapan Allah.Di hadapan Allah.

“PELIHARALAH DIRI DAN JAGA KESUCIAN”

Imam Al-Ghazali

Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan. Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi yang bergelar "hujjatui Islam".
Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali itulah tokoh yang dilahirkan di Tus, Pars! pada tahun 450 Hijrah. Sejak kecil lagi, beliau telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan menguasai berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja produktif dari segi menghasilkan buku dan karya tetapi merupakan seorang ahli fikir Islam yang terulung.Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga mendorongnya menggembara dan merantau dari sebuah tempat ke tempat yang lain untuk berguru dengan ulama-ulama yang hidup pada zamannya. Sewaktu berada di Baghdad, Al-Ghazali telah dilantik sebagai Mahaguru Universiti Baghdad.Walaupun telah bergelar mahaguru tetapi beliau masih merasakan kekurangan pada ilmu pengetahuan yang dimiliki. Lantaran itu, beliau meninggalkan jawatannya dan beralih ke bidang tasawuf dengan merantau ke Makkah sambil berguru dengan ahli-ahli sufi yang terkenal disana
Selain belajar dan mengkaji,. Al-Ghazali juga banyak menulis. Dianggarkan beliau telah menulis 300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir, ulumul Quran, falsafah, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sebahagian besar hasil tulisannya telah hangus dibbakar oleh tentera Moghul yan menyerang kota Baghdad.Antara kitab yang musnah termasuk: 40 Jilid Tafsir, Sirrul Alamain (Rahsia Dua Dunia), dan al Madhnuuna bihi ala Qhairiha (Ilmu Yang Harus Disembunyikan Dari Orang'orang Yang Bukan Ahlinya,). Cuma 84 buah buku tulisan beliau yang berjaya diselamatkan seperti Al Munqiz Mm al Dhalal (Penyelamat Kesesatan), Tahafut al Falsafah (Penghancuran Falsafah), Mizanul Amal (Timbangan Amal), Ihya Ulumuddin (Penghidupan Pengetahuan), Mahkun Nazar fMengenai Ilmu Logik), Miyarul Ilmu, dan Maqsadil Falsafah (Tujuan Falsafah).Meskipun Al-Ghazali banyak menulis mengenai falsafah tetapi beliau tidak dianggap sebagai seorang ahli falsafah. Malah kebanyakan penulis menggolongkan Al-Ghazali sebagai seorang yang memerangi dan bersikap antifalsafah. Pandangan ini berdasarkan tulisan Al-Ghazali dalam buku Tahafut Falsafah yang banyak mengkritik dan mengecam falsafah. Bahkan dalam buku tersebut, Al-Ghazali menyatakan tujuan menyusun buku itu adalah untuk menghancurkan falsafah dan menggugat keyakinan orang terhadap falsafah. Namun begitu, pandangan bahawa Al-Ghazali seorang yang antifalsafah tidak dipersetujui oleh beberapa orang sarjana.Biarpun tidak ada seorang pun yang boleh menafikan kecaman Al-Ghazali terhadap falsafah seperti yang ditulis dalam buku Tahafut Falsafah itu tetapi perlu diingat- kan bahawa sikap skeptis (ragu) dan kritikannya terhadap falsafah merupakan sebahagian proses ilmu falsafah itu sendiri. Hal ini kerana tugas ahli falsafah bukan semata-mata untuk mencari kebenaran dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah tetapi juga mencabar serta membantah penyelesaian yang dikemukakan terhadap permasalahan tersebut.
Kalau menyelusuri perjalanan hidup Al-Ghazali maka akan didapati bahawa beliau merupakan ilmuwan Islam pertama yang mendalami falsafah dan kemudian mengambil sikap mengkritiknya. Walaupun Al-Ghazali kurang senang dengan falsafah dan ahli filsafat tetapi dalam buku Maqasid al Falasifah., beliau telah mengemukakan kaedah falsafah untuk menghuraikan persoalan yang berkaitan dengan logik, ketuhanan, dan fizikal. Menurut Al-Ghazali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu pengetahuan ialah matematik, logik, fizik, metafizik, politik, dan etika. Bidang-bidang ini kadangkala selari dengan , agama dan kadangkala pula sangat berlawanan dengan agama. Namun begitu, agama Islam tidak menghalang umatnya daripada mempelajari ilmu pengetahuan tersebut sekiranya mendatangkan kebaikan serta tidak menimbulkan kemudaratannya. Umpamanya agama tidak melarang ilmu matematik kerana ilmu itu merupakan hasil pembuktian fikiran yang tidak boleh dinafikan selepas ia difahami.
Terdapat tiga pemikiran falsafah metafizik yang menurut Al-Ghazali amat bertentangan dengan Islam iaitu qadimnya alam ini, tidak mengetahui Tuhan terhadap perkara dan peristiwa yang kecil, dan pengingkaran terhadap kebangkitan jasad atau jasmani.Al-Ghazali tidak menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan penghasilan ilmu pengetahuan yang lain. Sebaliknya beliau berpendapatan bahawa ilmu kalam dan penyelidikan menggunakan fikiran boleh menambahkan keyakinan dan menyalakan apt keimanan pada hati orang bukan Islam terhadap kebenaran ajaran Islam. Jadi, perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan sahaja bersandarkan kepuasan akal fikiran tetapi juga perlu mengambil kira aspek perasaan dan hati nurani. Al-Ghazali menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan menjadikan al-Quran sebagai sumber yang utama bukannya melalui proses pemikiran dan akal semata-mata. Jadi, apa yang cuba dilakukan oleh Al-Ghazali ialah memaparkan kesalahan dan kepalsuan bidang pengetahuan yang bercanggah dengan agama serta bertentangan dengan pendirian umat Islam. Sekali gus menunjukkan bahawa Al-Ghazali sebenarnya merupakan seorang ahli falssafah Islam yang mencari kebenaran dengan berpandukan al-Quran dan hadis tidak sebagaimana pemikiran serta permainan logik yang lazim digunakan ahli falsafah Yunani. Perkara yang ditentang oleh Al-Ghazali bukan ahli falsafah dan pemikiran yang dibawakan oleh mereka tetapi kesalahan, kesilapan, dan kesesatan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Pada Al-Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah al-Quran itu sendiri.


Saturday, June 2, 2012

im back!!!!!^^

assalamualaikum!!!!!!!!wahai blog ku sayang..Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!!
sudah lama tidak mengepost..dan itulah yg amat dirindui..perbagai perkara yang berlaku dalam kehidupan ini...namun..pada yang ku katakan pada diri ini..
wahai hati..kesakitan ini hanya untuk seketika..sakit dikau..kerna tarbiahNya..
luka dikau..sbg kifarah dosa kpdNya..
oleh itu..kuatlah dikau..dlm mendepani tarbiah ini..
moga redha Allah sentiasa bersama orang yang sabar...
aamiin..:)
dan...apa pun ynng berlaku...aku adalah pemilik nama NORAZURA ROZALI....:)
sesekali..hati ini berkata...'apakah pengakhiratan khidupanku akan berakhir dgn kebaikkan??Allahurabbi..:'(...'
dan tika itu pena pantas menulis ......
cinta padaNya yang lama terdampa sepi..hambar tanpa disedari..kini kembali meneruskan janji...Allahurabbi..tetepkan hati-hati kami untuk terus sujud dan tunduk padaMU..aamiin..:)
sesungguhnya.iman itu tdk tetap..dan akan berubah2..ingatlah..seandainya..iman itu lemah..jangan ditinggalkan terus sesuatu..tapi,buatlah apa yg termampu..agar..tidak terus layu....
sedarilah wahai diri dan shbt....ke mana pun kita,siapa pun kita..akhirnya..kpdNya kita kembali saat kita kesedihan,kesakitan,kesusahan..dan yang paling penting...saat AJAL menjemput kita...DIA....tiadak pernah jauh dari kita..
satu lagi keajaiban yang perlu kita sedar....."apa yang kita takut...segalanya..akan cuba kita jauhi..TAPI!!!!! ketakutan kita kepada Ilahi.....itu akan membawa kita semakin dekat dan erat kepadaNya!'
indah kan??itulah Dia...pemilik cinta sejati yang tidak pernah luntur..dan sntiasa wujud.!ALLAHUAKBAR!!!!!!!
sesungguhnya.. cinta untukMu mudah dijumpa namun sukar untuk dipelihara.. Allahurabbi....:'(
itulah realitinya. Terkadang bila kita berjumpa dengan cinta manusia,kita lupa yang selama ini, yang menghadirkan cinta itu...Allah..yang memerpyemukan kita dgnnya...Allah..yang membahagiakan kita dengn rasa cinta itu...Allah! jadi, kembalilah kpdNya..walau seindah mana pun cinta kita kpd sdi dia..namun, jangan dipudarkan cinta buat Allah! Kerna cinta itu yang mesti diutamakan..dan atas berladaskan cinta padaNya...kita mnyintai insan lain. Cintailah seseorang secara berkadar, kerna dikhuatiri,ianya akan melebihi cinta buat Ilahi...cintailah seseorang krna Ilahi..kerna Ilahi akan kekal dan tidak akan lenyap..
dalam melewati bakian hari-hari di bumi Allah, perbagai tarbiah yang mentangi kita, terkadang rasa ingin tersungkur..namun,kuatlah wahai hati..itulah tanda cinta Ilahi...
Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".
Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".
kita merancang Allah juga merancang tetapi perancangan Allah lebih baik..:')
♥♥♥
Wajah Kesayangan Hamba, Hapuslah air matamu. Tetapkanlah kedua tanganmu, memegang tali Allah dengan kukuh. Sebab Dia-lah tempat bersandar di saat tempat-tempat bersandar yang lain mengkhianatimu.

“…Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (Yusuf:86)
Alhamdulillah, sudah tamat pengajian DIA..diploma in accountancy....syukur..aku telah mengorak setapak lagi.dan ini merupakan hadiah buat bonda dan ayahanda..sayang kalian! Moga cinta buat kalian terus terpahat dlm hti nurani ini..sungguh! bahagia hidup ini memiliki kalian..<3<3<3
“sesungguhnya kita adalah ujian untuk mereka dan mereka adalah ujian untuk kita”
ya Allah kuatkan aku dalam mendepani karenah manusia....:’(
Kata-kata itulah yang menguatkan hati hamba dhoif ini.. dengan berkat kata2 ini..yang aku pegang..alhamdulillah..redha atas segala yg berlaku...:)
Kehidupan kita sentiasa perlu berdepan dengan manusia....terkadang,apa yang kita buat,menyinggung perasaan mereka....kerna kita juga insan dhoif,xmampu penuhi hati semua org....
"andai tiada kebaikkan yang ku hamparkan buatmu, wahai shbtku, carilah yang selayaknya buatmu... moga terisi rohanimu dengan kecintaan Ilahi..." :)
Selagi kita dianugerahkan dengan nikmat kehidupan,tarbiahNya...tidak pernah sunyi buat kita...maka,laluinya dengan redha...
Ya Allah,
disetiap kelukaan di hati ini..
Engkau menjadi saksi..
Disetiap tangisanku di mlm hari..
Engkau setia mnemani..
Andai ini yang telah tertulis buat diri ini..
Seikhlas hati ku terima dugaan ini..
Luruskan hati dan nawaitu ini..

Ya Allah,
Setiap sujudku pdMu..
Tnda ketaatanku padaMu..
Setiap tangisanku pdMu..
Tnda keinsafanku ats khilafku pdMu..
Setiap pujianku pdMu
Tanda mensyukuri keagungan Mu..
Kerna sesungguhnya segala yang dimiliki hanyalah dariMu dan milikMu..
Secara mutlaknya..

ALLAHUAKBAR!!!
Allahuakbar!nampakya,sampai sini dulu yang dapat dikongsikan..moga redha Allah akan sentiasa mengiringi kita...