muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Wednesday, June 6, 2012

MUSLIMAH...3BHGIAN



Alhamdulillah, baru-baru ini saya berkesempatan memberikan sedikit pengisian betajuk MUSLIMAT SAYAP KIRI PERJUANGAN. Allah, segan rasanya bila membentangkan tajuk ini dihadapan muslimat-muslimat yang lebih hebat dari diri ini. Atas amanah yang diberikan, saya cuba berikan yang terbaik. Dan insyaAllah pengisian itu ingin saya kongsikan bersama semua MUSLIMAT yang berjuang di luar sana.

membahagikan pembentangan kepada 3 bahagian. Pertamanya melihat muslimat di zaman Rasulullah. Keduanya muslimat di era awal2 kejatuhan daulah Khilafiah. Dan terakhirnya melihat muslimat di zaman sekarang.


"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,sebahagian mereka adalah menjadi penolong sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang maaruf, mencegah yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan rasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana."
(At- Taubat : 71)

MUSLIMAT DI ZAMAN RASULULLAH
Di zaman Rasulullah S.A.W., banyak sumbangan yang diberikan oleh kaum muslimat. Contoh terbaik yang boleh kita ambil adalah dari kalangan UMMAHATUL MUKMININ sendiri. Antara sumbangan yang dapat kita lihat dan kaji:

PUSAT RUJUKAN @ GEDUNG ILMU

Rasanya semua pasti mengenali Saidatina Aisyah bukan? Isteri Rasululllah dan jugak puteri kepada Saidina Abu Bakar As-Sidiq. Saidatina Aisyah cukup terkenal dengan ketinggian ilmunya. Berkat berdampingan dengan Rasulullah, ilmunya sangat luas.

Pernah diterangkan oleh Abu Burdah Bin Musa dari ayahnya:


“…setiap sahabat yang menemukan kesulitan dan bertanya kepada Aisyah r. a pastilah mereka mendapat jawapan yang mantap dan ilmiah…”

Selain Saidatina Aisyah,Saidatina Saudah r.a , Saidatina Hafsah r.a , Saidatina Raihanah r.a, Saidatina Syafiyah r.a, Ummu Habibah r.a dan Ummu Salamah r.a juga cukup terkenal dengan ilmu mereka.

MEMBANTU DI MEDAN PERANG

Mari kita melihat kisah Ummi Sulaim, ibu kepada Anas r.a yang menyertai peperangan Hunain dalam keadaan mengandung dan di tangannya ada sebilah pisau. Ummi Sulaim turut membantu di perang Uhud dengan merawat tentera-tentera yang luka serta menyediakan air buat mereka.

Ketika peperangan Khandak, Safiyyah dapat menghidu pergerakkan Yahudi yang mengintip tentera Islam. Lalu Safiyyah keluar dan membunuh Yahudi tersebut.

Melalui 2 kisah ini, dapat kita rungkaikan bahawa muslimat turut diberi kebenaran untuk membantu tentera Muslimin di medan perang. Banyak pengorbanan yang diberikan dari sudut mengangkat senjata, membantu merawat tentera yang luka dan banyak lagi.
 MEMBANTU DARI SUDUT EKONOMI @ DANA PERJUANGAN

Seperti yang kita semua tahu, Sidatina Khadijah merupakan seorang yang sangat hartawan. Beliau dari keluarga yang ternama. Hartanya sangat banyak dan melimpah ruah. Namun, apabila beliau memeluk Islam, segala hartanya diinfakkan untuk Islam. Perkembangan Islam di awal penyebaran di bumi Mekkah banyak dibantu oleh Sidatina Khadijah. Walaupun sudah biasa hidup dalam keadaan mewah namun demi cintanya terhadap Islam, sanggup dikorbankan segalanya.

KEMAHIRAN PSIKOLOGI YANG TINGGI

Di saat Rasulullah didatangi Jibril untuk disampaikan wahyu yang pertama dan menyatakan kerasulan baginda, hati baginda takut dan tubuh baginda bergetar. Saat sampai rumah, baginda minta diselimutkan. Saat itulah Sidatina Khadijah memainkan peranan, menenangkan suami tercinta yang baru sahaja menerima amanah dari Tuhan. Tidak ditanya kenapa? mengapa? dan bagaimana?. Lantas dirinya terus ke rumah bapa saudaranya untuk bertanyakan apa yang berlaku.

Inilah peranan yang Saidatina Khadijah ajarkan kepada kita duhai muslimat. Tatkala si suami berhadapan dengan masalah, kita perlu menenangkan, bukan mengkusutkan lagi.

MUSLIMAT BERSAMA IKHWANUL MUSLIMIN

Zainab Al Ghazali, seorang muslimat yang bergerak aktif di mesir dalam Harakah Islamiah. Semasa ingin berkahwin, antara syarat yang beliau letakkan pada bakal suaminya adalah membenarkan beliau bergerak dalam Harakah Islamiah. Dan sekiranya berlaku pertembungan,antara perkahwinan dan dakwah, dakwah akan kekal dan perkahwinan akan berakhir. Bertapa kuatnya beliau dalam bergerak di Medan Dakwah.

Zainab Al Ghazali mengasaskan "Jamaah Saidatina Muslimah" yang mana methodnya sama dengan gerakan Ikhwanul Muslimin pada ketika itu. Beliau juga sudah berbaiah dengan Mursyidul Ikhwanul Muslimin, Hassan Al Banna. Beliau banyak membangkitkan kembali semangat muslimat pasa era itu untuk bergerak bersama-sama muslimin bagi menegakkan Islam semula. Beliau banyak meneragkan kembali peranan muslimat di dalam Islam yang cukup besar.

Ketika dalam keasyikan beliau berdakwah, beliau ditangkap dan dipenjarakan. Seksaan demi seksaan yang cukup berat terpaksa beliau lalui sepanjang berada di penjara. Namun begitu, sehingga kini, semangat beliau sentiasa mengalir di jiwa semua muslimat. Semangat juang yang ditunjukkan cukup membangkitkan kembali semangat muslimat untuk sama-sama bergerak bersama muslimin bagi mengembalikan Khilafah Islamiah di muka bumi Allah ini. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan solehah..AL FATIHAH..


MUSLIMAT DI ZAMAN MODEN

Cukup jauh jika nak kita bandingkan diri kita dengan mereka. Jika dahulu, mereka bersemangat untuk berjuang demi Islam. Tapi sekarang, kita leka dan alpa dengan dunia. Dahulu, mereka menjaga maruah mereka di setiap sudut, tapi sekarang dengan sesuka hati kita pamerkannya. Dahulu mereka mahir dengan tugas mereka dan paham dengan tanggungjawab mereka, namun sekarang kita mintak tanggungjawab yang tak sepatutnya.

Mungkinkah wujud lagi muslimat seperti Zainab Al Ghazali di era ini? Adakah lagi muslimat yang mengerti besarnya tanggungjawab mereka untuk Islam? Masih adakah Muslimat yang bermati-matian mempertahankan keimananya?

Sekarang bukan masa untuk menunding jari. Sekarang masa untuk kita membaiki diri. Jika suatu ketika dulu Sultan Muhammad Al Fateh yakin beliau adalah raja yang akan menawan semula Kota Kostantinopel, kenapa tidak kita yakin bahawa kita adalah salah seorang yang akan membantu membangkitkan semula Islam di bumi Allah ini. Jika dahulu Sumayyah dengan penuh tekad mempertahankan keimanannya, kenapa tidak kita penuh keyakinan mempertahankan maruah kita. Jika dahulu Ummahatul Mukminin bersama-sama bergerak ke medan jihad, kenapa tidak kita menyambung semangat dan perjuangan mereka?

DUHAI MUSLIMAT..
MARI TANAMKAN AZAM..
MOGA MENJADI MUSLIMAT YANG SOLEHAH,
MOGA MENJADI MUJAHIDAH AGAMA ALLAH,
MOGA MENJADI PENGGERAK DAKWAH,
MOGA THABAT DALAM HARAKAH
MOGA BERJAYA MENDIDIK BAKAL-BAKAL PENGGERAK DAKWAH
DAN MOGA MENJADI BIDADARI DI JANNAH..

amalan2..

Mari kita lihat apa yang selalu saya praktikkan bermula dari waktu Solat Fardhu - Subuh :-

Sebelum matahari terbit (sekitar jam 5pg - 6.30pg) :

1. Berzikirlah 'Yaa Hayy' sebanyak 500 kali - bagi memperoleh kedamaian
    * Kesannya : alhamdulillah, sepanjang hari sy lebih byk tersenyum dan berfikiran positif.

2. Berzikir 'Yaa Rahman' sebanyak 100 kali - bagi menghilangkan sifat lalai dan pelupa
    * Kesannya : alhamdulillah, sy tidak lupa untuk membaca al-quran, melakukan perbuatan mengikut      tertib bila melakukan kerja dirumah dan di tempat kerja. Bila ditanya satu2 soalan, lebih mudah mengingat dari yg sebelumnya - membaca al-quran selalu juga blh menguatkan daya ingatan kita :)

Selepas menunaikan Solat Subuh :-

1. Berzikirlah 'Yaa Rahim' 100 kali - bagi memohon kepada Allah agar diri kita disukai oleh semua makhluk Allah.
    * Kesan : Bila sampai dipejabat, alhamdulillah rakan-rakan yang tidak pernah bertegur sapa, menyapa dan bertanya dari jabatan mana. Berbual mesra. Menambahkan hubungan ukhuwah antara rkn seperjabat. Org-org yang bertemu lebih mudah menawarkan senyuman terhadap kita, dan kita juga jd tertarik tersenyum sama. Dan sikap positif ini melahirkan rasa semangat bekerja dan ikhlas dalam beribadah krn Allah Ta'ala atas perkara-perkara positif yang sampai.

2. Berzikirlah 'Yaa Rahim' 100 kali - bagi memohon dihindari dari malapetaka dan bencana.

3. Berzikir 'Yaa Samad' 125 kali - setelah solat Subuh dan sebelum matahari terbit dalam keadaan sujud, bagi memohon ditunjukkan kebenaran. Insya'Allah akan tampaklah kebenaran dalam diri seseorang.

4. Dalam keadaan masih berwudhu' berzikir 'Yaa Ahad' 19 kali - Insya'Allah do'a kita akan dikabulkan.

Selepas melakukan solat Dhuha :-

1. Berzikir 'Yaa Samii' setiap hari khamis sebanyak 50 kali atau 500 kali - memohon agar dimakbulkan do'a oleh Allah swt.
    *Kesan : Alhamdulillah, banyak kerja yang ditugaskan banyak yg dilaksanakan.








“Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki”

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

“Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias pribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati juataan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dimubazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak.Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari ridha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah,kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa.Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya. Cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah.Di hadapan Allah.Di hadapan Allah.

“PELIHARALAH DIRI DAN JAGA KESUCIAN”

Imam Al-Ghazali

Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan. Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi yang bergelar "hujjatui Islam".
Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali itulah tokoh yang dilahirkan di Tus, Pars! pada tahun 450 Hijrah. Sejak kecil lagi, beliau telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan menguasai berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja produktif dari segi menghasilkan buku dan karya tetapi merupakan seorang ahli fikir Islam yang terulung.Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga mendorongnya menggembara dan merantau dari sebuah tempat ke tempat yang lain untuk berguru dengan ulama-ulama yang hidup pada zamannya. Sewaktu berada di Baghdad, Al-Ghazali telah dilantik sebagai Mahaguru Universiti Baghdad.Walaupun telah bergelar mahaguru tetapi beliau masih merasakan kekurangan pada ilmu pengetahuan yang dimiliki. Lantaran itu, beliau meninggalkan jawatannya dan beralih ke bidang tasawuf dengan merantau ke Makkah sambil berguru dengan ahli-ahli sufi yang terkenal disana
Selain belajar dan mengkaji,. Al-Ghazali juga banyak menulis. Dianggarkan beliau telah menulis 300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir, ulumul Quran, falsafah, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sebahagian besar hasil tulisannya telah hangus dibbakar oleh tentera Moghul yan menyerang kota Baghdad.Antara kitab yang musnah termasuk: 40 Jilid Tafsir, Sirrul Alamain (Rahsia Dua Dunia), dan al Madhnuuna bihi ala Qhairiha (Ilmu Yang Harus Disembunyikan Dari Orang'orang Yang Bukan Ahlinya,). Cuma 84 buah buku tulisan beliau yang berjaya diselamatkan seperti Al Munqiz Mm al Dhalal (Penyelamat Kesesatan), Tahafut al Falsafah (Penghancuran Falsafah), Mizanul Amal (Timbangan Amal), Ihya Ulumuddin (Penghidupan Pengetahuan), Mahkun Nazar fMengenai Ilmu Logik), Miyarul Ilmu, dan Maqsadil Falsafah (Tujuan Falsafah).Meskipun Al-Ghazali banyak menulis mengenai falsafah tetapi beliau tidak dianggap sebagai seorang ahli falsafah. Malah kebanyakan penulis menggolongkan Al-Ghazali sebagai seorang yang memerangi dan bersikap antifalsafah. Pandangan ini berdasarkan tulisan Al-Ghazali dalam buku Tahafut Falsafah yang banyak mengkritik dan mengecam falsafah. Bahkan dalam buku tersebut, Al-Ghazali menyatakan tujuan menyusun buku itu adalah untuk menghancurkan falsafah dan menggugat keyakinan orang terhadap falsafah. Namun begitu, pandangan bahawa Al-Ghazali seorang yang antifalsafah tidak dipersetujui oleh beberapa orang sarjana.Biarpun tidak ada seorang pun yang boleh menafikan kecaman Al-Ghazali terhadap falsafah seperti yang ditulis dalam buku Tahafut Falsafah itu tetapi perlu diingat- kan bahawa sikap skeptis (ragu) dan kritikannya terhadap falsafah merupakan sebahagian proses ilmu falsafah itu sendiri. Hal ini kerana tugas ahli falsafah bukan semata-mata untuk mencari kebenaran dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah tetapi juga mencabar serta membantah penyelesaian yang dikemukakan terhadap permasalahan tersebut.
Kalau menyelusuri perjalanan hidup Al-Ghazali maka akan didapati bahawa beliau merupakan ilmuwan Islam pertama yang mendalami falsafah dan kemudian mengambil sikap mengkritiknya. Walaupun Al-Ghazali kurang senang dengan falsafah dan ahli filsafat tetapi dalam buku Maqasid al Falasifah., beliau telah mengemukakan kaedah falsafah untuk menghuraikan persoalan yang berkaitan dengan logik, ketuhanan, dan fizikal. Menurut Al-Ghazali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu pengetahuan ialah matematik, logik, fizik, metafizik, politik, dan etika. Bidang-bidang ini kadangkala selari dengan , agama dan kadangkala pula sangat berlawanan dengan agama. Namun begitu, agama Islam tidak menghalang umatnya daripada mempelajari ilmu pengetahuan tersebut sekiranya mendatangkan kebaikan serta tidak menimbulkan kemudaratannya. Umpamanya agama tidak melarang ilmu matematik kerana ilmu itu merupakan hasil pembuktian fikiran yang tidak boleh dinafikan selepas ia difahami.
Terdapat tiga pemikiran falsafah metafizik yang menurut Al-Ghazali amat bertentangan dengan Islam iaitu qadimnya alam ini, tidak mengetahui Tuhan terhadap perkara dan peristiwa yang kecil, dan pengingkaran terhadap kebangkitan jasad atau jasmani.Al-Ghazali tidak menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan penghasilan ilmu pengetahuan yang lain. Sebaliknya beliau berpendapatan bahawa ilmu kalam dan penyelidikan menggunakan fikiran boleh menambahkan keyakinan dan menyalakan apt keimanan pada hati orang bukan Islam terhadap kebenaran ajaran Islam. Jadi, perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan sahaja bersandarkan kepuasan akal fikiran tetapi juga perlu mengambil kira aspek perasaan dan hati nurani. Al-Ghazali menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan menjadikan al-Quran sebagai sumber yang utama bukannya melalui proses pemikiran dan akal semata-mata. Jadi, apa yang cuba dilakukan oleh Al-Ghazali ialah memaparkan kesalahan dan kepalsuan bidang pengetahuan yang bercanggah dengan agama serta bertentangan dengan pendirian umat Islam. Sekali gus menunjukkan bahawa Al-Ghazali sebenarnya merupakan seorang ahli falssafah Islam yang mencari kebenaran dengan berpandukan al-Quran dan hadis tidak sebagaimana pemikiran serta permainan logik yang lazim digunakan ahli falsafah Yunani. Perkara yang ditentang oleh Al-Ghazali bukan ahli falsafah dan pemikiran yang dibawakan oleh mereka tetapi kesalahan, kesilapan, dan kesesatan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Pada Al-Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah al-Quran itu sendiri.