muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Saturday, January 17, 2015

dunia fana

assalamualaikum...moga Allah redha atas setiap yang tercatat ini. baik dariNya dan buruk khilaf dr hamba yang hina..

hari ini banyak input yang ku pelajari. terpegun dengan suatu bait kata dari seorang mujahidah sejati. katanya

" dunia ini kita perlu penat! jika kita tak penat, it means that ada something wrong with our life. manakala kerehatan yang nikmat itu hanya di jannah "




masyaAllah! terbit satu keinsafan di hati ini. orang lain semua inginkan masa yang berlebih. dan jika ianya boleh dibeli, semua nak tangguhkan kematian. namun masa itu milikNya, Dia tidak pernah menjual dan tidak sesiapa yang boleh membelinya. jadi kita harus menggunakan setiap saat itu sebaiknya. jika difikirkan dunia ini penuh dengan kesakitan, maka laluilah! derita yang menyakitkan itu akan memberikan kebahgiaan hakiki di akhirat kelak.

Allah bukan nak mendera, tapi derita di dunia hanya dari kaca mata kita sebagai hamba Dhoif, tapi Allah melihat ia suatu kebaikan. Dia memberikan peluang untuk kita bertaubat, bersedih dan kembali toat kepadaNya. suatu hikmah yang kita tidak mampu berfikir. kerna Dia yakin, sakit kita di sini, Dia sentiasa memberikan ganjaran di akhirat! dengan syarat kita perlu sabar, kuat dan tabah. yang penting, kita kena BERSANGKA BAIK PADANYA.

tiada suatu pun di dunia ini milik kita. semua milik Dia. dan mengapa kita perlu persoalankan ssuatu yang kita sendiri tak mampu nak kawal. ta'dir itu dalam genggaman Dia. Dia Maha Mengetahui. lalui apa adanya. kembali padaNya.. siapa kita dan apa yang berlaku, kita hanya melihat itu dari kaca mata kita, tapi Dia lebih mengetahui.

duhai hati, berbahagialah dengan apa yang hadir.. tabahlah engkau dan utuhlah bersama jalanNYA..

Wednesday, January 14, 2015

tarbiah ilahi

ramai yang bila susah mengingati Allah dan ramai yang senang melupakan Allah. 2 perkara ini merupakan ujian untuk kita tapi Allah datangkan dari bentuk yang berbeza. lalu dari mana yang kita pilih?
kehidupan yang mewah??? atau kehidupan susah?? kemewahan membawa kita pada kelalaian JIKA KITA ALPA...manakala kesusahan menjadikan kita taat KERNA KEBERGANTUNGAN KITA PADA YANG MAHA ESA...
sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui kemampuan hambaNya dan mengetahui cara untuk mentarbiah hambaNya..

tiket ke syurga


Redhakan segala derita dan kesulitan kita di dunia. Moga dengan keredhaan itu, ianya menjadi tiket untuk kita mendapat syurga Ilahi..



wallahua'lam

pentas ujian



hidup ini bagai satu presentation d kelas. 
dalam kelas kita membuat presentation by group. dan setiap ahli perlu memainkan peranan masing2. pensyarah akan mencatat markah by individual. 
it same like our life! dunia sebagai tempat permentasan. 
tiap dari kita ada peranan dan tangungjwb. 
malaikat Allah akan mencatat segala yang kita persembahkan. baik buruk tiada yg tertinggal.
dan keputusan yg kita perolehi hanya d pdng masyar kelak.
dan tindakan kita menentukan destinasi kita di sana kelak.  


jadi, walau siapa kita, walau di mana kita, jg amanah Allah. 
siapa yg dtg kpd kita, siapa yg menyakiti kita, serahkan pdNya. 
Dia lebih arif tentang membalasan. 
kerna bukan kita yg memiliki kuasa..hanya Dia..
wallahua'lam..

Monday, January 5, 2015

sahabat

sahabat,
usah melihatku dengan penuh kebaikan,
tapi lihatlah aku dengan penuh kekurangan,
yang mana bila engkau melihat aku dengan kebaikan,
aku hanya perolehi pujian darimu,
lalu, dari mana aku ingin perbaiki kejahilanku??
kerna itu lihat la aku dengan penuh kekurangan,
agar lidahmu basah dengan menasihatiku..
agar tanganmu pantas perbaiki khilafku..
dan tika itu, engkau terus bersamaku,
dan memanduku,
menuju jalanNya...
moga kita bersatu
dijannnahNya..
aamiin..Allahumma aamiin.. 

Thursday, December 11, 2014

nokhtah hidup

Hari semakin suntuk untuk aku terus lalai. Waktu yang Allah pinjamkan semakin singkat dan kematian itu semakin hampir. Nokhtah sebuah kehidupan dunia akan bertitik pada suatu saat yang dijanji. Tika itu, apakah pengakhiratan hidup aku ya Tuhan? Baik atau tidak?? Aku mohon padaMu.. Aku mengharapkan segalanya baik dan Engkau rahmatilah sekujur tubuhku ini.. Tempatkan aku rohku, dan jasadku dalam keadaan yang Engkau redhoi, terbaik, dan berikan aku kebahgiaan yang Engkau janjikan Ya Allah...

KEMBARA YANG LELAH

ya tuhan..
Aku sang pengembara..
Menjelajah seisi alam duniamu ini..

Jauh aku mengembara..
Mencari erti hidup dunia ini..

Aku musafir..
Memerhatikan gelagat mnusia
Ku melihat ada yg gmbira..
Juga kulihat ada yg berduka...
Dan aku juga antara hambaMu yang sedang berduka...

Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri..
Kadang sesat tanpa haluan..
Sehingga punca hilang dimata
Namun aku kuturuti jua hati yang buta.

Ku pasrahkan kepadaMu, Tuhan..
Segalanya yang kan berlaku
Kerna Engkau penentu segalanya

Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki ku melangkah..
Pimpinlah langkah ku Tuhan
Agar tidak sesat dalam melangkah..