muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Thursday, January 22, 2015

coretan hati

Dalam kita meniti kehidupan, Allah tak pernah menjanjikan kita untuk memenuhi segala keinginan kita. Allah ajar kita untuk mensyukuri nikmatNya. Justeru, apakah yang telah kita perbuatkan dengan nikmatNya? Mensyukuri atau mempersoalkan hakNya? Aku adalah hamba yang tidak pernah berhenti dari memperolehi nikmatNya. Alhamdulillah. Tapi apakah diri dhoif ini mensyukurinya? Mari sahabat, diri dhoif ini mengajar para sahabat untuk mensyukuri nikamatNya. Bagaimana? Ucaplah ALHAMDULILLAH! Mudah kan? Dan amalkan melakukan sujud syukur. Untuk memastikan kita tergolong dalam hamba yang mensyukuri nikmatNya.
masyaAllah tabarakallah! Banyak sahabat nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita. Antaranya oksigen! Tanpa oksigen bagaimana kita nak teruskan kehidupan? Mak, ayah, abang, kakak, adik, saudara, sahabat, guru, pasangan hidup, anak, dan semua yang hadir dalam hidup kita merupakan nikmat untuk kita. Jadi, hargai mereka yang datang kepada kita. Mereka juga manusia. Mereka juga sedang meniti titian cintaNya. Sedang mengkaji dunia fana, mencari hasil untuk akhirat, sedang diuji. Semua sama. Yang membezakan kita dan mereka iman dan taqwa. Jadi, sama-sama kita mendoakan antara satu dengan yang lain. 

Aku bukan lah ustazah untuk menyatakan hal agama, tapi aku adalah KHALIFAH! 

“DAKWAHKU JALAN HIDUPKU, JIHADKU NYAWAKU”. Selagi aku hidup, dakwah yang aku bawa, biar sepotong ayat sekalipun. Mohon ditegur jika ada kekurangan dari hamba. Dan jihad! Perjuangan ku, bagai nyawa buatku. Penting demi agamaku.
Tuhan,
Aku bukan bertapak di bumi Mu ini dengan mengenali erti islam sepenuhnya
Aku hidup di bumi ini bukan bersama para ulama’
Aku tidak dilahirkan dalam keluarga yang alim lagi wara’
Namun aku mohon,
Hadirkan insan yang datang kepadaku adalah insan yang mendekatkan aku kepadaMu,
Insan yang boleh membimbingku untuk mengenaliMu,
Insan yang aku boleh rujuk bila persoalan berlega dimindaku.
Kerna Aku jahil ya Ilahi,
Aku memerlukan seseorang sebagai perantara untuk dekat denganMu,
Aku memerlukan guru yang sentiasa menerangi jalan dan kembarku,
Semoga kami bersatu dalam cintaMu
Indahkan perjalanan kami dengan kemanisan cintaMu...

Sunday, January 18, 2015

dia yang ku rindui...



disetiap pertemuan, Allah terlebih dahulu menciptakan perpisahan. setiap insan yang kita kenal, pasti ada perpisahan yang menanti. namun, perpisahan dengan insan ini membuatkan aku kehilangan diriku. dia bagai insan terpenting buatku. dia bagai idola buatku. keteguhan hatinya memikat hatiku. tutur katanya, ketegasannya, keserdahanaan yang dia miliki membuatkan aku terpegun dan sukar melupakannya. Ilahi, Islam, muslimah, al-Quran, semuanya dia ajarkan padaku. erti kasih sayang, jua dia ajarkan untuku.

ya Tuhan, Engkau jagalah dia.. sesungguhnya dia telah kembali kepadaMu, dan itulah kebahgiaan yang Dia cari.. tanggungjawab dan sirah hidupnya di dunia ini telah lama berlalu. jagailah dia dan tempatkan dia bersama dengan orang yang Engkau cinta..



Saturday, January 17, 2015

dunia fana

assalamualaikum...moga Allah redha atas setiap yang tercatat ini. baik dariNya dan buruk khilaf dr hamba yang hina..

hari ini banyak input yang ku pelajari. terpegun dengan suatu bait kata dari seorang mujahidah sejati. katanya

" dunia ini kita perlu penat! jika kita tak penat, it means that ada something wrong with our life. manakala kerehatan yang nikmat itu hanya di jannah "




masyaAllah! terbit satu keinsafan di hati ini. orang lain semua inginkan masa yang berlebih. dan jika ianya boleh dibeli, semua nak tangguhkan kematian. namun masa itu milikNya, Dia tidak pernah menjual dan tidak sesiapa yang boleh membelinya. jadi kita harus menggunakan setiap saat itu sebaiknya. jika difikirkan dunia ini penuh dengan kesakitan, maka laluilah! derita yang menyakitkan itu akan memberikan kebahgiaan hakiki di akhirat kelak.

Allah bukan nak mendera, tapi derita di dunia hanya dari kaca mata kita sebagai hamba Dhoif, tapi Allah melihat ia suatu kebaikan. Dia memberikan peluang untuk kita bertaubat, bersedih dan kembali toat kepadaNya. suatu hikmah yang kita tidak mampu berfikir. kerna Dia yakin, sakit kita di sini, Dia sentiasa memberikan ganjaran di akhirat! dengan syarat kita perlu sabar, kuat dan tabah. yang penting, kita kena BERSANGKA BAIK PADANYA.

tiada suatu pun di dunia ini milik kita. semua milik Dia. dan mengapa kita perlu persoalankan ssuatu yang kita sendiri tak mampu nak kawal. ta'dir itu dalam genggaman Dia. Dia Maha Mengetahui. lalui apa adanya. kembali padaNya.. siapa kita dan apa yang berlaku, kita hanya melihat itu dari kaca mata kita, tapi Dia lebih mengetahui.

duhai hati, berbahagialah dengan apa yang hadir.. tabahlah engkau dan utuhlah bersama jalanNYA..

Wednesday, January 14, 2015

tarbiah ilahi

ramai yang bila susah mengingati Allah dan ramai yang senang melupakan Allah. 2 perkara ini merupakan ujian untuk kita tapi Allah datangkan dari bentuk yang berbeza. lalu dari mana yang kita pilih?
kehidupan yang mewah??? atau kehidupan susah?? kemewahan membawa kita pada kelalaian JIKA KITA ALPA...manakala kesusahan menjadikan kita taat KERNA KEBERGANTUNGAN KITA PADA YANG MAHA ESA...
sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui kemampuan hambaNya dan mengetahui cara untuk mentarbiah hambaNya..

tiket ke syurga


Redhakan segala derita dan kesulitan kita di dunia. Moga dengan keredhaan itu, ianya menjadi tiket untuk kita mendapat syurga Ilahi..



wallahua'lam

pentas ujian



hidup ini bagai satu presentation d kelas. 
dalam kelas kita membuat presentation by group. dan setiap ahli perlu memainkan peranan masing2. pensyarah akan mencatat markah by individual. 
it same like our life! dunia sebagai tempat permentasan. 
tiap dari kita ada peranan dan tangungjwb. 
malaikat Allah akan mencatat segala yang kita persembahkan. baik buruk tiada yg tertinggal.
dan keputusan yg kita perolehi hanya d pdng masyar kelak.
dan tindakan kita menentukan destinasi kita di sana kelak.  


jadi, walau siapa kita, walau di mana kita, jg amanah Allah. 
siapa yg dtg kpd kita, siapa yg menyakiti kita, serahkan pdNya. 
Dia lebih arif tentang membalasan. 
kerna bukan kita yg memiliki kuasa..hanya Dia..
wallahua'lam..

Monday, January 5, 2015

sahabat

sahabat,
usah melihatku dengan penuh kebaikan,
tapi lihatlah aku dengan penuh kekurangan,
yang mana bila engkau melihat aku dengan kebaikan,
aku hanya perolehi pujian darimu,
lalu, dari mana aku ingin perbaiki kejahilanku??
kerna itu lihat la aku dengan penuh kekurangan,
agar lidahmu basah dengan menasihatiku..
agar tanganmu pantas perbaiki khilafku..
dan tika itu, engkau terus bersamaku,
dan memanduku,
menuju jalanNya...
moga kita bersatu
dijannnahNya..
aamiin..Allahumma aamiin..