muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Saturday, February 28, 2015

Rabiatul Adawiyah - lahirnya seorang wali Allah (Part 1)



Bismillahirahmanirrahim...

Sesungguhnya dunia itu diciptakan sebagai tempat seorang hamba bercucuk tanam dan hasilnya diraikan di akhirat kelak. Setiap perbuatan, keputusan dan segala yang kita buat menjadi penentu destinasi kita di akhirat kelak. Justeru, hamba ingin muslimat di luar sana lebih cakna akan kehidupan di yang abadi. Usah rungsing memikirkan siapa bakal imam yang menjadi pendamping diri. Kerna Allah tidak menjanjikan jodoh di dunia, tetapi menjadikan setiap makhlukNya berpasang-pasangan. Mungkin dunia atau akhirat, kita akan dipertemukan dengan jodoh kita. Namun, harus diingatkan, sejak Dia menganugerahkan kehidupan di dunia, ketahuilah duhai mujahidah, tika tu kita telah diikatkan dengan kematian. Seharusnya fokus kita lebih kepada persiapan menghadap Ilahi, bukan impian menjadi pendamping lelaki. Justeru, mari kita bangkit dan contohi wali Allah ini. Tauladani sirahnya. Moga pencerahan ini dapat membakar semangat kita untuk terus menuju cintaNya. Aamiin Allahumma Aamiin.
  


Kita hanya tahu Allah itu Maha Melihat. Tapi kita tak mempercayainya dengan sebenar-benar kepercayaan. Kerna itu kita bebas dari dibelenggu perasaan takut dan risau akan pandangan Allah pada kita. Itulah mutiara yang kita perlu cari dan gali. ADAB DENGAN ILAHI. Bukan sekadar di atas hamparan sejadah, bahkan di mana kita berada, kita perlu menjaga adab dengan Ilahi. Percakapan, tingkah laku dan segalanya kita perlu menjaga. Bukan kerna takut akan dosa semata, tapi kerna sifat malu seorang hamba yang telah banyak menggunakan nikmat Ilahi, namun masih tidak mensyukuri nikmatNya bahkan mengkufuri nikmatNya. Itu yang perlu kita tanam ke dalam hati dan sanubari kita. Jangan hanya fikir malu kepada manusia, tapi malulah pada Tuhan yang menciptakan kita. Segala yang kita miliki, bahkan nafas yang kita perolehi ini hanya lah dari belas ehsanNya. Pencerahan tentang hidup seorang sufi banyak lagi yang belum kita rungkaikan.
  
 
Sesungguhnya kemewahan tidak mampu menjadi kebanggaan buat Ilahi, kerna kemewahan itu sendiri milikiNya. Namun, ketaqwaan seorang hamba pada Sang Rabb itulah menjadi kebanggaan untuk Ilahi. Itulah kemewahan jiwa dan rohani seorang hamba. Bukan terlihat dari paras rupa, mahupun kekayaan dunia, tidak pula dari darjat keturunan, tapi hati. Di mana dan bagaimana seorang hamba itu memelihara anugerah Ilahi. Pekerti seseorang akan terukir di benak hati. Corak atau warna bagaimana yang hendak di ukir pada segumpal darah yang bernama hati. Itulah ujian seorang hamba fakir dalam menggunakan dan mengimbangi iman dan nafsunya. Apa iman itu menjadi tunjang kesetiaan hamba atau nafsu yang menjadi penghancur kesetiaan.
Begitulah kehidupan seorang mujahidah yang bakal kita tauladani sirahnya. Kelahirannya bukan dari keturunan bangsawan, bahkan dari sebuah keluarga yang tidak punya kemewahan. Ketaqwaan menjadi benteng keteguhan iman seorang hamba buat Sang Ilahi. Insan suci ini dilahirkan di sebuah kota Basrah. Berada di dalam rahim seorang wanita yang setia pada zaujnya, Ismail al-Adawiy. Hasil pernikahan Ismail dan isterinya, kini mereka sudah memiliki tiga orang puteri. Sungguh, keperibadian ibu bapa itu mencorak keperibadian anak-anak. Ketiga-tiga puteri Ismail merupakan anak yang mudah di didik walau tidak punya kemewahan yang menggunung tinggi.
Setelah sembilan bulan wali Allah ini berada di dalam rahim bondanya, kini Allah telah membawanya ke sebuah alam yang mencabar. Keteguhan iman dan cinta seorang hamba buat Sang Pencinta Abadi diuji bertubi-tubi. Kelahiran seorang bayi yang mampu mengangkat darjatnya di sisi Allah bukanlah suatu kelahiran yang disambut dengan meriah dan persiapan yang rapi seperti kehadiran bayi lain. Di atas kedhoifan keluarga Ismail, wali Allah ini hanya dilahirkan di pondok usang. Ismail, bapanya menjadi bidan yang tidak diiktiraf. Tapi dengan keteguhan dan keyakinan seorang hamba atas bantuan Allah, kesemua puteri mereka disambut oleh Ismail sebagai bidan. Walau tidak punya kelengkapan dan kondusif suasana yang baik, namun kesemua puteri mereka lahir dengan sihat dan baik.
Tidak seperti bayi lain, Wali Allah ini lahir tanpa memiliki baju mahupun pakaian yang baru, bahkan sekujur tubuh kecil yang masih merah itu hanya di baluti dengan kain kotor yang telah usang. Menitis mutiara jernih dari mata seorang ibu tatkala melihat kedhoifan dan tarbiah Allah buat keluarganya. Namun tidak setitik pun hati mereka ternoda dengan kesusahan yang Allah hamparkan buat keluarga mereka. Dengan kuasa Allah, disebalik kefakiran dan kenaifan harta, terselit kekayaan dan kemewahan kasih sayang, iman serta ketaqwaan di dalam keluarga ini. Ismail bertuah kerna memiliki seorang isteri yang setia dengan zaujnya yang miskin dan puteri-puteri yang memahami akan fitrah duniawi.
Dalam kehidupan yang penuh dengan kekurangan, Ismail tidak pernah mengabaikan hak puteri kecil itu dengan memberikan nama. Setelah disoal oleh isterinya, Allah telah mengilhamkan Ismail untuk menamakan anakknya dengan Rabiah. Rabiah yang mambawa maksud hanya yang keempat. Namun, ketoaatan dan kesetiaan isterinya melebihi dari segalanya. Isterinya akur dengan keputusan yang dibuat oleh suami tercinta. Begitu juga buat puteri-puterinya yang lain. Walau mereka risau akan diri adik mereka yang bakal dipanggil dengan nama ganjil itu, namun mereka yakin nama itu adalah ilham dari Allah buat ayah mereka. Keyakinan kepada ta’dir Allah itu membuatkan keluarga mereka lebih akrab dan saling bersangka baik.
Kelahiran wali Allah yang mulia di sambut dengan penuh kesyukuran. Hadirnya dinanti. Kemunculannya mengubah nasib keluarga syurgawi. Ismail begitu yakin puteri bongsunya ini akan menjadi hamba yang solehah dan toat kepada perintah Tuhan. Bahkan keyakinan itu semakin menebal tatkala Ismail bermimpi bertemu dengan Muhamad S.A.W.. Kisahnya bermula apabila Ismail mendapatkan kerehatan seusai dirinya bertadarus dipertengahan malam. Tika malam itu, Ismail bermimpi bertemu dengan seorang yang indah wajahnya bak rembulan purnama. Pakaian yang sangat bersih sehingga dengan melihat insan itu, hatinya menjadi sejuk dan tenteram sekali. Insan mulia itu telah mengkhabarkan dua perkara kepadanya. Perkara pertama, Rasulullah mengkhabarkan sesungguhnya kehadiran Rabiah itu merupakan rahmat besar dari Allah. Suatu hari kelak, Rabiah akan menjadi wanita terhormat dan memiliki darjat yang tinggi di sisi Allah. Bahkan seramai 70 ribu umat Muhamad S.A.W. memerlukan syafaat Rabiah di akhirat nanti.


......................................BERSAMBUNG...........................................

Thursday, January 29, 2015

terima kasih sahabat


Bicara yang indah, tidak bisa dilawan dengan kehebatan anggota yang bertindak. Bicara kosong tanpa diikuti dengan tindakan, itu ibarat solat tanpa wuduk. Tiada hasil, tiada manfaat. Maka kerna itu Allah menta’dirkan UJIAN. Menguji setiap apa yang kita perkatakan. Apakah bicara yang dilontarkan seiring dengan tindakan kita? Mudah berbicara, namun sukar melunaskan apa yang telah dituturkan. Namun, didiklah hati untuk kuat serta tabah menjalani fitrah insani. Carilah sahabat yang bisa membimbing kita ke arah yang diredhai. Hamba akui, terkadang bila sesuatu yang menimpa diri kita, terkadang keterbatasan diri dalam pengawalan emosi agak merumitkan. Terkadang diluar kawalan. Namun, kehadiran sahabat yang kukuh imannya ibarat mawar yang wangi mengharum. Sangat mendamaikan dan menengkan jiwa. Itulah Rahmat dan pemberian Allah disebalik derita yang hamba lalui. Ketahuilah, disebalik kesulitan ada kemudahan. Carilah wahai hamba-hamba Allah sekalian. Gali lah hikmah bagi mewujudkan kesyukuran di hati. Bukan mudah mengikut arus ta’dir yang berbeza dengan keinginan kita. Namun dari situ kita belajar banyak perkara. Kerna itu ramai orang mengatakan masalah itu membawa kematangan kepada diri kita. BENAR! Hamba tidak menyangkal “statement” itu. Bila hidup sentiasa dalam kebahgiaan, di mana fitrah kehambaan? Hamba hidupnya sentiasa berbahgiakah?? Tidak bukan? Fitrah hamba itu penuh dengan kekuargan. Justeru, berbahagialah dengan kekurangan yang kita miliki kerna jika kemewahan yang kita miliki, adakah iman kita berada di sisi yang tinggi? Atau kemungkaran yang bermaharajalela dalam diri? Ciptakan keperibadian yang indah. Bukan untuk manusia, tetapi Allah juga RasulNya.












Sunday, January 25, 2015

doakanku teman.. :'(



Ujian Allah tak pernah terhenti selagi kita bernafas kan? Tapi betapa beratnya ujian itu yang harus kita lalui sampai kita hilang pertimbangan. Sampai kita merasa rebah, tersungkur dan jatuh. Allah je tahu, selama mana kita cuba bersabar dengan apa yang kita da lalui. Melaluinya memang perit. Tapi ramai yang mengingatkan ujian itu hanya sesuai dengan kemampuan kita. Namun apa yang ku lalui kini, ku merasakan tidak mampu lagi untuk bertahan. Ya Allah, Engkau yang tahu apa yang berlaku. Pulihkan keadaan sebaiknaya. Aku perit sangat melalui semua ni. Ya Tuhan, jika aku lah manusia yang telah Engkau janjikan syurga, sungguh! sudah lama aku minta untuk kembali ke syurgaMu. Kerna tidak sanggup aku untuk meniti fitrah duniaMu. Namun Engkau menciptakan aku sebagai hamba dhoif, kerdil dan hina. Aku hanya mampu mengikut arus ta’dirMu. Bantulah aku ya Allah. Tunjuki aku jalan. Jauhi aku dari bisikan syaitan. Pimpinlah aku.lalui jalanMu yang lurus.
Wahai sahabat, jika kalian baca coretan naif ini, doakan buat hamba dhoif ini. Moga dirku tabah melalui tarbiah dan hadiah ini.

Thursday, January 22, 2015

coretan hati

Dalam kita meniti kehidupan, Allah tak pernah menjanjikan kita untuk memenuhi segala keinginan kita. Allah ajar kita untuk mensyukuri nikmatNya. Justeru, apakah yang telah kita perbuatkan dengan nikmatNya? Mensyukuri atau mempersoalkan hakNya? Aku adalah hamba yang tidak pernah berhenti dari memperolehi nikmatNya. Alhamdulillah. Tapi apakah diri dhoif ini mensyukurinya? Mari sahabat, diri dhoif ini mengajar para sahabat untuk mensyukuri nikamatNya. Bagaimana? Ucaplah ALHAMDULILLAH! Mudah kan? Dan amalkan melakukan sujud syukur. Untuk memastikan kita tergolong dalam hamba yang mensyukuri nikmatNya.
masyaAllah tabarakallah! Banyak sahabat nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita. Antaranya oksigen! Tanpa oksigen bagaimana kita nak teruskan kehidupan? Mak, ayah, abang, kakak, adik, saudara, sahabat, guru, pasangan hidup, anak, dan semua yang hadir dalam hidup kita merupakan nikmat untuk kita. Jadi, hargai mereka yang datang kepada kita. Mereka juga manusia. Mereka juga sedang meniti titian cintaNya. Sedang mengkaji dunia fana, mencari hasil untuk akhirat, sedang diuji. Semua sama. Yang membezakan kita dan mereka iman dan taqwa. Jadi, sama-sama kita mendoakan antara satu dengan yang lain. 

Aku bukan lah ustazah untuk menyatakan hal agama, tapi aku adalah KHALIFAH! 

“DAKWAHKU JALAN HIDUPKU, JIHADKU NYAWAKU”. Selagi aku hidup, dakwah yang aku bawa, biar sepotong ayat sekalipun. Mohon ditegur jika ada kekurangan dari hamba. Dan jihad! Perjuangan ku, bagai nyawa buatku. Penting demi agamaku.
Tuhan,
Aku bukan bertapak di bumi Mu ini dengan mengenali erti islam sepenuhnya
Aku hidup di bumi ini bukan bersama para ulama’
Aku tidak dilahirkan dalam keluarga yang alim lagi wara’
Namun aku mohon,
Hadirkan insan yang datang kepadaku adalah insan yang mendekatkan aku kepadaMu,
Insan yang boleh membimbingku untuk mengenaliMu,
Insan yang aku boleh rujuk bila persoalan berlega dimindaku.
Kerna Aku jahil ya Ilahi,
Aku memerlukan seseorang sebagai perantara untuk dekat denganMu,
Aku memerlukan guru yang sentiasa menerangi jalan dan kembarku,
Semoga kami bersatu dalam cintaMu
Indahkan perjalanan kami dengan kemanisan cintaMu...