muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Monday, August 6, 2012

dari hati pena menaip..


bahagia itu ma'nawi..
juga bersifat rohaniah..
rasa senang bukan bhgia..
sekalipun ia berharta..
kerna smua itu bersifat lahiriah..
ia bukan hakikat bahagia..

subhanAllah!! Dalam ertinya... ramai antara kita merasa bahgia dengan harta,kemewahan,kekayaan,wanita,kereta mewah dan sebagainya. Tapi,sejauh mana kemewahan itu mampu memberikan kebahgiaan kepada mereka jika mereka melupakan Ilahi?? Menjauhi Ilahi?? Bahgia bagi setiap hamba itu sejujurnya bilamana dia berada dalam dakapan kasih Ilahi. Sentiasa di jalan Ilahi dan dalam keberkahan Ilahi. Itulah bahgia yang akan kekal.. InsyaAllah! Hanya kembali kepada Ilahi dan Islam, kita akan temui bahgia sebenar. Benar atau tidak, bila kita ada masalah, kita pasti sujud padaNya. Dan tika itu bebanan yang ditanggung merasa kurang dan bahgia dating dengan sendiri. Tapi berbeza bila kita ada masalah, tapi kita mendekati kekayaan. Kerna ianya hanya sementara. Dan kekayaan itu pasti merosot. Tidak macam kasih sayang Ilahi. Semakin kita mendekati,semakin kita tagih.. semakin banyak dan dalam cintaNya buat kita.

Ya Allah,berkat bulan ini,kami mohon padaMu Ya Allah,agar Engkau mengampunkan dosa-dosa kami yang dahulu dan yang akan datang..aamiin...

Ramadhan! subhanAllah! Hampir menutup tirainya. Esok bermulalah 10 malam terakhir ramadhan.. sekajap masa berlalu. Tanpa seminit berhenti. Allahuakbar! Bagaimanakah kita mengatur waktu kita? Apakah kita termasuk dalam golongan yang rugi?? Ya Allah, jauhi kami dari golongan yang rugi.. dan jadikan tiap waktu kami, waktu yang diberkati.. usia yang diberkahi..aamin..

Duhai hati, janganlah terkorban dengan DUNIA. Hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna.

Bila dalam hati itu hanya DUNIA bersemi.. bila dalam fikiran itu hanya DUNIA yang diingati.. bila dalam cinta itu hanya DUNIA dicintai.. maka tika itu jauhlah kita dari Ilahi.. dunia ini penuh dengan pesonanya.. yang lalai,alpa..pasti tersesat.. ya Allah,jauhi kami dari kelalaian,kealpaan,dan kepapaan iman..aamiin..

Life is too short to waste time HATING anyone.

Dalam kembara dunia, pasti aja kita berjumpa dengan pelbagai karenah manusia! Ketahuilah, sesungguhnya kita adalah ujian buat mereka dan mereka merupakan ujian buat kita. Hadapilah dengan ketenangan,bukan keegooan.. manusia ini punya pelbagai sifat, tapi yakini, sesungguhnya manusia itu baik awalnya. Cuma kerna bisikan syaitan durjana, kelemahan iman dan kuanya nafsu, fitrah manusia yang baik itu menjadi suram dan hampa. Maafkan khilaf manusia, insyaAllah, manusia lain akan memaafkan khilaf kita.. bukan waktunya kita menyemai kebencian dalam diri kita. Kerna kita tdk punya waktu untuk itu. Kematian kita memerlukan kemaafan dari manusia, keredhoaan dari manusia, begitu juga dengan manusia lain. Jadi,mengapa harus menyakitkan diri, merosakkan hati?? Maafkan tiap khilaf mereka, dan diri kita akan sentiasa dirahmati! insyaAllah!


When you wake up in the morning, do not expect to live until evening...

Kata orang “ ajal, maut, jodoh dna pertemuan di tangan Allah” itulah yang dimaksudkan untuk sebaris ayat di atas. Kita tidak ketahui bila kematian datang menjemput kita. Benar, kita bangun tidur, kita dah mendapat satu nikmat dari Ilahi. Iaitu kehidupan. Tapi apakah kita yakin kehidupan hari ini akan tamat sehingga malam? Atau berhenti di pertengahan perjalanan kita?? Wallahua’lam. Semua tidak mengetahui bila dia akan mati. Cuma yang kita tahu hanyalah waktu kelahiran kita. Benarlah yang berkata “ kita hanya tau berapa lama kita hidup, tapi tidak kita ketahui berapa lama lagi jangka masa untuk kita menikmati hidup!” Allahuakbar! Tapi berapa ramai ya yang mempunyai fikiran dan pandangan sejauh ini? Ramai yang mengejar apa yang mereka nampak. Tapi tak ramai persiapkan sesuatu yang tidak mereka nampak, tapi perkara itu sebenarnya  yang semakin hampir kepada mereka! subhanAllah!

KEIMANAN menghapuskan keresahan, dan melenyapkan kebimbangan. keimanan adalah kesenangan yang diburu oleh orang-orang yang bertauhid dan hiburan bagi ahli ibadah.

Iman! Nikmat yang paling berharga buat kita sebagai hamba. Bila iman kita baik, insyaAllah, ketoatan kita pada Ilahi, ibadah kita, sentiasa terjaga. Tapi bila rosak iman kita,kehidupan kita ibarat bangunan yang menunggu waktu untuk runtuh. Jadi, binalah bangunan dengan sebaiknya agar tidak runtuh dan hancur dim amah dunia..

Siapakah kita telah jadi hari ini, dan siapakah kita akan jadi pada hari esok.? Muhasabah diri....

Semulia mana kita dipandang sekarang, belum tentu kematian kita dalam kemuliaan. Kerna iman kita tidak tetap. Jadi, janganlah kita memandang rendah terhadap orang jahil yang melakukan khilaf. Tapi peringatkan kepada diri yang punya ilmu di dada agar tidak terjatuh ke kancah kemaksiatan.kerna manusia yang punya ilmu, bila dia melakukan maksiat walau SEKALI, lebih terlihat hina berbanding manusia yang berbuat maksiat 1000 tahun dengan kekosongan ilmu di dada..fikirkanlah.. hanya Allah yang mampu menilai manusia. Bukan manusia itu! Kerna manusia itu hanyalah sebagai HAMBA..

Allah adalah KEKUATAN. Untuk mencari kekuatan, carilah Allah...(*.*)

Kita hamba.. dan seorang hamba itu memang tercipta dengan pelbagai kelemahan. Dari situ, manusia akan mencari tempat bergantung. Kepada siapa mereka harus mencari kebergantungan itu?? Hanyalah pada ILAHI. Kerna Dia punya segalanya.. dan DIA mengetahui segalanya...:)


No comments: