Siapa tidak mahu pemimpin yang adil & soleh?
Hampir kesemua rakyat mahukan pemimpin yang seperti itu kerana pemimpin
itu tidak akan menyusahkan mereka bahkan membantu mereka. Yang tidak
mahu pemimpin yang baik hanya mereka yang tidak normal sahaja .
Sekarang saya mahu mengajak anda semua menilik pemimpin masing-masing
pula. Asyik sibuk mahukan pemimpin yang adil & soleh, baik kita
teliti pemimpin kita sendiri. Apakah ia dalam keadaan adil & soleh juga? .
Siapa pemimpin itu?
>>> HATI ANDA itulah PEMIMPIN yang saya maksudkan.
Tanya bagaimana kondisinya; apakah ia baik-baik aje, atau sakit atau mati?
- Jika ia baik, alhamdulillah. Mohon terusan Allah kekalkannya dalam
kondisi yang baik. Penting hati baik sampai ke akhir hayat kerana hati
yang selamat sejahtera sahaja yang akan datang bertemu Allah dalam
keadaan tenang.
- Jika sakit, rawatinya. Bawa ia jumpa pakar
(orang-orang soleh) & ke hospital (tempat-tempat barakah seperti
majlis ilmu, majlis zikir & salawat).
- Jika ia mati, usaha
hidupkannya semula dengan kembali bertaut pada Al-Quran &
As-Sunnah. Hidup cara Nabi صلى الله عليه وسلم maka hati kita pasti
hidup.
Sahabat, semua kita pasti mati. Tiada yang berkecuali. Tidak mahu mati pun akan dipaksa untuk mati, Allahu Robbi .
Tapi once seseorang itu mati dalam keadaan beriman, dia takkan mahu
kembali ke dunia lagi & dia akan sangat gembira dengan ni'mat-ni'mat
yang Allah bagi. Bahkan dia akan berasa beruntungnya dia telah mati.
Allahu akbar.
Bagaimana cara MATI yang anda mahukan?
MUHASABAH...
CNP
No comments:
Post a Comment