muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Friday, June 24, 2011

erti kehidupan..inilah realiti..

Dalam meniti kehidupan yang serba mencabar ini, kekuatan fizikal dan mental amatlah diperlukan. Terutama bagi insan sepertiku. Setiap yang berlaku ke atas diri ini, tidaklah aku mempersoalkannya,namun terdetik di hati ini, pada siapa harus aku kongsikan. Terkadang, dunia ini ku rasakan penuh tipu daya. Yang boleh ku katakan,99% yg ada di dunia ini segalanya palsu. terdetik di benak hati dna fikiran ini,apakah tujuan seseorang itu untuk bersahabat dengan ku? Terkadang diri ini terasa dipergunakan semata-mata. walau itu yang ku rasai selama ini, aku cuba untuk menepisnya. hati ini bergitu ikhlas utk bershbt dgn mereka,namun mngapa ad hati yang sanggup menganggap persabahatan itu suatu yang tidak bernilai? adakah tika diperlukan,dia hadir ke dlm khidupan ini? dan bila kejayaan serta kebahagiaan yg menyapa dirinya,insan sepertiku tidak diendahkan.ramai insan yang kutemui,adalah seperti yang kuceritakan itu. dan banyak ku lihat,insan yang berada di atas,yang dikurniakan kepandaian,kemewahan,mereka lupa dan alpa akan nikmat itu. sedang itu hanyalah pinjaman dari mereka. tidak diri ini mencemburui mereka..kerna ku tahu,itu ujian buat mereka..bg menilai sejauh mana kesyukuran mereka padaNy. namun tersentap diri ini tika dipergunakan oleh mereka yg mementingkan diri.
ya Allah,kuatkan aku tika berhadapan dgn insan2 seperti itu. Engkau telah mempertemukan kami..dan aku akan cuba mnjaga hubungan dan ukhuwah ini. dan jika benar dia tidak ikhlas bershbt dgn ku,aku terima itu. kerna aku tidak lah sesiapa..yg tidak punya kuasa utk menukarkan hati seseorg utk mnyukaiku dan bershbt dgnku..yang ku pohon,secebih kekuatan buat aku untuk terus bersabar dengan mereka..
kesabaran yang bakal mempertahankan ukhuwah ini..walaupun hati ini yg merasai kesakitannya..
semoga segala keperitan ini akan mematangkan ku dan mendekatkan daku dgnMu..

No comments: