muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Saturday, January 28, 2012

yang abadi.....mestica~

Tuhan, ku harapkan
Kepada-Mu, keampunan
Keredhaan, kasih sayang
Kehidupan terpelihara

Hati yang dahaga
Mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati
Bahagia kekal abadi

Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu
Engkau ciptakan pagar rintangan
Harga cinta-Mu jiwa ku korban

Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia

Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan yang abadi 



Monday, January 23, 2012

cerpen~


“Alhamdulillah! Syukur pada Ilahi, kerna Dia kita berjaya menamatkan diploma kita. Dan kini telah berada di degree pula” keringan terpancar di wajah Wardah. Kini Wardah melanjutkan pelajarannya dalam perakaunan di Universiti Malaysia Pahang.
“ Tahniah Wardah! Abang bangga dengan sayang abang” tanpa Wardah sedari, Zahid, suaminya berada di belakangnya. Sahabatnya yang lain tersenyum melihat pengantin baru itu. Keluarga Wardah turun pancarkan senyuman. Setelah hamper 2 jam di perkarangan dewan utama di UITM Shah Alam, kini mereka mulai beredar ke Pahang.
“ Mak cik Wardah, cantiknya mak cik!” puji Azlin yang kini sudah 3 tahun. Zahid mengenyitkan matanya ke arah Wardah. Tika itu wajah Wardah mulai merah. Kereta myvi  yang di hadiahkan oleh pak andak Daud itu telah menjadi miliki Wardah kerna berjaya melanjutkan ijazah dan hadiah perkahwinannya. Walaupun Wardah dna Zahid berkahwin muda, rezeki mereka melimpah ruah. Zahid yang kini tidak berhenti menjadi pendakwah bebas di university dan masjid-masjid sekitar pantai timur. Telah 2 tahun juga Zahid kembali ke Malaysia. Setelah berkahwin dengan Wardah, dia membatalkan hajatnya untuk melanjutkan pengajiannya dan cita-cita menjadi ulama. Dia hanya menjadi penceramah dan pendakwah bebas di Malaysia. Itu sudah cukup baginya. Kerna Dia telah berjanji untuk membawa zaujahnya ke jalan yang di impikan. Bertuahnya Wardah memiliki suami sebaik Zahid yang sanggup berkorban apa saja untuk dirinya.
Setahun sudah mereka bergelar suami isteri, dan ini kali pertama Zahid dan Wardah dapat berkumpul bersama keluarga Zahid untuk acara Maulud. Bukan sengaja mereka tidak menghadirkan diri, tetapi masing-masing sibuk. “ Assalamualaikum walid, umi” Wardah mulakan perbualan lalu disalami kedua mertuanya. Umi balas dengan senyum kelat dan walid dengan muka yang masam mencuka. Namun tidak sedikit senyuman di wajah Wardah berkurang. Zahid mula merasakan hati zaujahnya mulai terluka. Dia benar-benar malu, namun dia kuatkan juga untuk berdepan dengan keluarganya. “ Wardah!!!! Rindunya dengan kamu!” kak Nur mula menegur Wardah yang amat dirinduinya. Walid terus berlalu ke sahabatnya dan begitu juga dengan umi.
Di suatu sudut kecil, Wardah dan kak Nur berbual. “ Wardaah semakin comel la. Manis je muka. Berbadan dua ke?” usik kak Nur. “ Tidak lah akak. Saya kan masih belajar. Abang Zahid tak nak lagi. Dia tak nak saya susah” ujarnya.
Setelah setengah jam mereka berbual, kak Nur mulai memancing Wardah untuk berkongsi kesedihan Wardah yang tersinggung dengan mertuanya. “ Wardah okay? Tak nak share apa-apa dengan akak?” kak Nur mulakan pertanyaan. Wardah hanya tersenyum. Dia tidak pernah ingin berkongsi kesedihannya mahupun menceritakan kesedihannya dengan perilaku mertuanya pada sesiapa, mahupun pada suaminya. Dia tak nak memburukkan orang tuanya. Walhal, hanya Ilahi yang mengetahui apa yang tersirat di hatinya. Hatinya berdarah dan menangis oleh kerna perilaku mertuanya.
“Tidak apa lah akak. Abang Zahid dapat melembutkan hati ayah Wardah, mengapa tidak Wardah kan? Wardah tidak punya rasa dendam pun dengan walid dan ummi. Mereka seperti mak ayah Wardah. insyaAllah, suatu hari nanti, mereka akan terima Wardah. Itu Wardah yakin. Sesungguhnya, untuk mendapatkan cinta mereka itu begitu sulit ya akak? Bagaimana lah Wardah mendapatkan cinta Ilahi? Kerdilnya diri ini” tiba-tiba air mata Wardah menitis dengan lajunya. Akak Nur menyekat helaan titisan mata itu lalu kepada Wardah dilentokkan ke bahunya dan tubuh kecil Wardah itu dipeluknya erat.
Dalam perjalanan ke rumah mereka, Wardah hanya diam. Zahid sudah dapat meneka apa yang terbuku di hati bidadari dunia dia itu. Dia benar-benar merasa berdosa dan sedih akan apa yang dah berlaku. Sepatutnya dia tidak perlu membawa Wardah ke majlis itu. Kerna itu hanya akan menambahkan luka di hati Wardah.
Usai solat isyak, Zahid memegang erat tangan Wardah. Tika itu matanya berada tepat dan pandangannya tepat mengena wajah manis Wardah. Wardah hanya mampu menunduk. “ Sayang, lihatlah mataku ini”lembut Zahid menyatakannya. Perlahan-perlahan Wardah menaikkan wajahnya. Tika itu, tangan Zahid mula mengusap wajah kecil Wardah lalu berkata “ saying sedih dengan peristiwa siang tadi?
“ Wardah tak pernah nak marah dengan apa yang berlaku. wardah yang terima dan menginginkan jalan ini. Dan Wardah tak menyesal”ujarnya lembut.
“ Bukan itu jawapan yang abang nak dari sayang. Abang serba salah sangat-sangat. Abang ingat waktu kita nak kahwin dulu. Keluarga abang membantah keras. Begitu juga dengan ayah Wardah. Tapi kini ayah Wardah dah menerima abang. Tapi orang tua abang? Masih melayan Wardah seperti orang luar. Majlis di rumah Wardah di sambut dengan meriah. Tapi di rumah abang? Wang hantaran, mas kahwin, hantaran, semuanya banyak di belah Wardah tapi......”kata-kata itu mati. Jari kecil Wardah menutupi mulut Zahid membuatkan Zahid diam seketika. “Wardah tak pernah nak mengungkit semua tu abang. Wardah tak pernah nak mendapatkan lebih dari apa yang Wardah ada. Allah memberikan abang kepada Wardah, itu sudah cukup baik. Abang merubah Wardah menjadi wanita yang lebih sempurna dan baik. Membentuk keluarga Wardah dengan baiknya. Wardah dah cukup bangga dengan abang. Abang berjaya menambat hati ayah. Macam itu juga Wardah, Wardah nak umi dan walid menerima Wardah. Dan Wardah percaya, suatu hari, ianya akan berlaku.
Air mata mulai membasahi pipi Wardah, zahid mulai serba salah. “maafkan abang sayang.. abang tak boleh jadi yang terbaik. Tak dapat memberikan yang terbaik”Zahid mulai menunduk.
Kini tangan kecil Wardah mulai hinggap di pipi Zahid. “ Abang, dah jadi yang terbaik. Abang, kalu Wardah inginkan kekayaan, suami yang berkerjaya, Wardah dah lama pilih lelaki di university Wardah. Tapi Wardah tak terima. Itu kenapa abang?? Erm? Itu semua kerna Wardah dah tercipta untuk abang. Wardah yakin yang abang boleh bentuk Wardah menjadi yang terbaik. Wardah hanya nak seorang suami yang bias memegang tanggungjawab sebagai suami Wardah. Dan seorang yang boleh mendidik keluarga Wardah kepada sebuah keluarga yang sempurna. Kerna Wardah tak mampu, Wardah perlu mencari seorang lelaki yang mampu membawa Wardah dan keluarga ke jalan yang baik. Yang Ilahi anjurkan. Itu saja”lancer kata-kata Wardah.
Sejujurnya, telah ramai yang ingin melamarnya, namun, Wardah menolak. Kerna dia lebih tertarik dengan peribadi Zahid.
“Abang, pengorbanan abang terlalu banyak. Menerima Wardah dan keluarga yang serba kekurangan ini. Membatalkan impian ke Yaman dan menjadi ulama. Semua tu buat Wardah merasa lebih bersyukur. Ketahuilah wahai habibi ku, sesungguhnya diri ini tenang dan berasa selamat bersamamu. Percayalah Ilahi temukan kita dan satukan kita kerna kita adalah jodoh yang telah ditetapkanNya di Luh Mahfuz... yakinilah itu. Dan diri ini amat menyayangimu dengan segala kelemahan yang ada padamu.. sedikit pun tidak mengurangkan cintaku padamu.
“ Alhamdulillah. Anak pertama pasangan Wardah dan Zahid kini telah selamat dilahirkan. Uwais Al-Qarni! Itulah nama yang menjadi pilihan mereka berdua. Dan sejak kelahiran Qarni, Wardah telah diterima sebagai menantu oleh umi dan walid. Setelah sebulan Wardah menamatkan degree, kini dia telah selamat melahirkan seorang bayi comel.
Sesungguhnya pengorbanan dan kesabaran itu amat indah jika kita benar-benar ikhlas melakukannya..^^

Thursday, January 19, 2012

coretan di pagi jumaat

labuhkan cinta pada sang Ilahi...

ILAHI...
andai seisi dunia sedang hangat bercinta..
hamba juga ingin..
tapi bentuk lah cinta ini cinta yang suci..
yang mana cinta ini dilabuhkan untukMu..

ILAHI..
andai seisi dunia sedang hangat bercinta..
hamba juga ingin merasainya..
tapi jauhi hamba dr menyintai manusia lain sebelumMu

ILAHI..
andai seisi dunia sedang sibuk mencari cinta manusia
sibukan hamba dengan cintaMu
yang agong lagi suci cintanya
yang mahal lagi bernilai ertinya..

ILAHI..
andai seisi alam leka dengan cinta manusia yang mereka dambakan
mohon dijauhi hamba dari mereka
andai sesisi alam leka dengan cinta manusia yang diagongkan
mohon dipelihara hati dan naluri ini dari ternoda

ILAHI..
peliharalah si Dia yang tidak hamba ketahui keberadaannya..
didiklah dia dengan tarbiahMu yang penuh dgn sayang dan manja..
hiasi keperibadiaannya dengan keperibadian manusia mulia
bukan diri yang penuh dusta dan noda

Ilahi....cintakan hamba padaMu.. sesungguhnya hanya Engkau yang mengerti segala tentangku...
moga perencanaanMu itu lebih baik dan sabarkan daku dengan pertemuan itu...

sesungguhnya Dia yang Maha MENGETAHUI akan sesuatu..labuhkan cinta pada Dia yang Mulia..

Tuesday, January 17, 2012

solat sunat nikah..

 Niat solat sunat selepas berkahwin ialah:

“Usolli sunnata badan nikahi rakataini lillahi taala”.

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat selepas nikah dua rakaat kerana Allah Taala.

Rakaat pertama membaca surah al-Fatihah dan surah al-Kafiruun.
Rakaat kedua membaca surah al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas.
Di antara dalil solat sunat selepas bernikah ialah:
Di dalam sebuah hadis Abu Said yang agak panjang, beliau menyebutkan bahawa para sahabat lain mengajarnya:
“Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepadaNya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua.” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah)
Sebuah hadis daripada Abu Waail. Dia berkata:
Seseorang datang kepada Abdullah bin Masud RA lalu berkata: Aku menikah dengan seorang gadis tetapi aku takut dia membenciku. Abdullah bin Masud berkata:
“Sesungguhnya cinta berasal dari Allah Taala sedangkan kebencian itu berasal dari syaitan untuk membenci apa-apa yang dihalalkan oleh Allah Taala. Jika isterimu datang kepadamu maka perintahkanlah untuk melaksanakan solat dua rakaat di belakangmu.” (Riwayat Abd Razak)

Namun sebahagian orang menyatakan solat sunat ini tidak ada asasnya di dalam Islam kerana hadis-hadis yang dikemukan ini tidak kuat.
Tetapi Syeikh al-Albani juga mengatakan hadis ini mempunyai sanad yang baik dan mempunyai sandaran yang jelas dengan perbuatan generasi Salaf al-Soleh.
Wallahualam.
- Ustaz Rashidi Haji Wahab

Sumber: http://www.iluvislam.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, January 15, 2012

tahniah sahabat...

Assalamualaikum wahai sahabat sekalian. jazakallah pada semua yang sudi mengikuti blog ini. pertama sekali, ampun dan maaf dipinta atas segala kekurangan atau khilaf dalam bicara dan tiap tulisan.semoga sahabat dalam memaafi segalanya. post kali ini sekadar menceritakan sebuah perkongsian yang mengembirakan. di mana beberapa jam yang lalu, seorang sahabat lama menelefon. menyatakan sahabat kami telah selamat bersalin untuk kedua kalinya. syukur alhamdulillah.... semoga Ilahi terus menjaga mereka..insyaAllah. sedar tak sedar, hampir 7 tahun kami tidak bertemu. kalu dulunya bersama-sama menuntut ilmu, berkongsi suka dan duka, berkongsi kisah dan cerita... dan kini dia telah membina baitul muslim. alhamdulillah.moga berkekalan sehingga ke akhirat. insyaAllah.
sejujurnya hubungan di kala waktu persekolahan itu sangat erat kerna sama-sama sedang membesar dan melakukan segalanya bersama. bila sudah lama tidak bertemu, pengalaman dan peristiwa segalanya diingat. jauh di sudut hati ini ingin bertemu. namun Ilahi belum menemukan kami semula.insyaAllah, moga dipertemukan suatu hari nanti.
semoga semua berada dalam redha Ilahi..insyaAllah..

buat sahabatku adila dan nabilah yang kini menjadi isteri dan ibu, terimalah sebuah coretan buat kalian..

sahabat,
kini kau telah dewasa,
punya suami dan keluarga,
tika dulu segalanya bersama,
tawamu, tawa kita,
tangismu, tangis kita,
namun kini,
segalanya di bahu suamimu,
sahabat,
sungguh! tidak mudah mempertahankan suatu yang indah,
dalam keindahan itu pasti diuji,
dalam kenikmati itu pasti ada kekurangannya,
bersabarlah dalam tiap derita yang hadir,
tabahlah dalam tiap ujian yang menguji,
semoga kalian tabah dalam segalanya..
sahabat,
didiklah putera dan puterimu dengan didikan agama yang baik,
kerna dengan itu, tercoraklah keturunan yang baik,
sahabat,
didiklah putera dan puterimu dengan kelembutan didikan seorang ibu,
bukan dengan rengusan dan amarah,
kerna itu tidak bisa menjadikan mereka insan yang berjaya.
sahabat,
andai dirimu lelah dalam mendidik,
bersabarlah,
sesungguhnya anak itu adalah harta yang paling berharga,
peliharalah mereka..
semoga kelak,
dirimu terpelihara..
insyaAllah..

Saturday, January 14, 2012

sehangat cinta matahari


Cinta. Mungkin sebuah perkataan agung yang  sering membuat seseorang rebah di hadapannya. Segala teori dan argumentasi yang dilontarkan akan lenyap begitu sahaja bila kita sendiri yang mengalami  hebatnya rasa cinta itu mempengaruhi diri kita.
Mungkin sukar difahami bagi orang yang tidak bercinta. Bagaimana rasa cinta itu menjelma,  waktu untuk menunggu yang dicintai walau kita sedang dalam tugasan yang banyak, dan pelbagai pengorbanan yang sanggup dibuat demi melihat kebahagian orang tersayang.

Merasakan cinta seperti merasakan hangatnya matahari. Kita selalu merasa kehangatan itu akan terus menyirami diri. Setiap pagi menanti mentari, tidak pernah terfikir akan turun hujan atau badai kerna kita percaya semua itu pasti akan berlaku dan mentari akan kembali, menghangati hujung kaki dan tangan yang sedikit membeku

Mentari ada di sana, dan dia pasti setia.
Kadangkala kita lupa, matahari yang hidup dan mengisi hidup itu adalah hamba dari Penguasa kehidupan, kehidupan kita, kehidupan matahari. Satu masa nanti matahari harus pergi, walau ia tak pernah meminta, walau pinta tak pernah kita ucapkan.
Jadi, ia akan pergi, walau apa pun yang terjadi. Kerana ini adalah kehendak-Nya. Segala yang ada di dunia ini tidak pernah abadi, kerana ia akan pergi. Selamanya, bukan sementara. Inilah dunia,nak atau tak nk, kita perlu menerimanya.
Mungkin kita ingin memprotes, ingin berteriak; betapa tak adilnya!
Tetapi kita cuma akan dijawab oleh dinding batu yang bisu, atau lolongan anjing dari kejauhan yang mengejek. Mungkin kita kecewa dan ingin mengakhiri hidup. Mungkin kita ingin memukul, tetapi cuma hanya dapat memukul angin. Sekarang cuba  lihat, apakah itu mengubah apa – apa pun? Tiada yang berubah kecuali semakin dalamnya rasa sakit itu.
Kerana kita cuma hamba, kita hanya makhluk! kita hanya boleh menelan kepahitan yang kita ciptakan sendiri
Mungkin yang perlu kita jawab; Mengapa kita melabuhkan cinta begitu besarnya pada manusia? Padahal kita tahu tak ada yang abadi di dunia ini. Mengapa?
Allah menciptakan cinta di antara manusia. Dia yang paling hebat, paling tahu bagaimana cinta itu, bagaimana mencintai, bagaimana dicintai. Kenapa kita begitu syok, merasa paling mencintai, merasa paling dicintai, merasa memiliki segalanya dengan cinta.
Padahal cinta itu cuma dari manusia, untuk manusia. Dan suatu hari, cinta itu akan hilang. Tak berbekas, tak berjejak. Hanya cinta yang begitukah yang kita inginkan?
Kenapa kita tak mencuba meraih matahari cinta Allah, yang tidak pernah tenggelam dan tak pernah lenyap. Tidak pernah usang, tidak hancur, dan tidak akan pernah sia-sia. Mencintai Allah? Terlalu abstrak, terlalu aneh.

Masa? Itu kerana kita tak pernah merasa dekat, tak pernah berusaha mendekati-Nya. Allah menjadi asing kerana kita meletakkan Allah sebagai sesuatu yang berada di langit yang tinggi dan tak mungkinlah kita mencapainya. Jangakan mencintai, membayangkan untuk mendekatinya pun tidak mungkin
Tahukah kamu, Dia menawarkan cinta-Nya untuk kita.
Hebatkan? Kita? Manusia yang hina dina yang berasal dari setitis sperma yang hina? Ditawarkan cinta dari pembuat cinta. kemudian kita menolak dan menjauhkanNya. bertapa bodohnya kita.
Kalau cinta seperti itu ditolak, cinta apa lagi yang kita harapkan?
Cinta yang membawa pada kekecewaan, rasa sakit, atau derita?
Cinta yang hanya mekar semusim, lalu luruh tak berbekas. Percayalah, cinta yang ditawarkan-Nya tak pernah layu atau luruh. CintaNya abadi, mekar selamanya.
Dan Dia akan memberi kita cinta dari manusia. Mentari itu terus di sana, bila – bila dan dimanapun kita ingin merasakan hangatnya. Kita mempunyai cinta dari Allah.
Adakah kita tiada niat membalas ketulusan cinta itu?

sumber asal-muslimah

hakikat cinta sang pencinta


Mencintai tidak bererti memiliki..
Siapa berhak melunakkan skeping hati selain Dia,
Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima,
Segala kesudahan rasa,
Mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta,
Tiada jiwa terluka..tiada hati tersiksa,
Kerana insan percaya, takdirNya terindah dari segala peristiwa,
Kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya.
Jodohnya manusia ada ditangannya.
Saudaraku tercinta,
Andai kehendak hati terhenti,
Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,
Cinta yang membuatkan mu tidak lena,
Menjadikan harimu terganggu setiap masa,
Bukannya itu cinta yang diharapkan,
Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan,
Cinta sesungguhnya apabila kamu mencinta keranaNya,
Redha dengan takdirNya,
Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,
Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman,
Asalkan si dia mencintai Tuhan,
Kita kan terus mencintainya tanpa alasan.


jarak antara 2 hati



Suatu hari seorang  guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang  marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”
Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak  berbicara secara lembut?”
Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik buat mereka. Namun tiada satu pun  jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam  kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun  secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka  menjadi lebih jauh lagi. kerna itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”
Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?
Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih bisa mendengar dengan jelas
Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak.  Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. sebuah pandangan mata cukup buat mereka memahami apa yang mereka ingin perkatakan.”
 Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi  mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.


Wednesday, January 11, 2012

mamma.........i LOVE U..


Everytime I think of you
You always make me smile
Whenever I feel down
You know how to cheer me up

And everything I feel confused
And I dont know which way to choose
One things for sure
I can always count on you

When I am near
Or when I'm far
Or when I'm completely lost...

In my heart I have no fear
Cos youre my guiding star, oh!

Mamma
You know that I love you
No matter what I
Say or do
I can never thank you, oh
Mamma
You know that I love you
You are the proof
Of what love can do
Truly you are Gods miracle

Youre my shelter from the rain,
Youre the shoulder I cry on
Whenever I feel pain
One touch from you and the pain is gone!

And all I've ever dreamed to be
Is to make you proud of me
Cos never once
Did you turn your back on me

Your healing words,
Your tender touch
The warmth of your embrace...

The beauty of your soul
Shines through your loving face

[Bridge] :
Your name
Was there first word Ive ever spoken
You held my hand
Through the first steps Ive taken, oh...
When I wasnt well
You watched me through the night
That is why
Paradise is under
Your feet




Monday, January 9, 2012

cantik seorang wanita

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS

Bukan kerana merah kilauan lipstik

Pada bibir memekar senyuman kosmetik

Tetapi pada keperibadian terpelihara

Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA

Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah

Untuk menggoda pandangan nafsu mata

Tetapi pada kehidupan terjaga

Dari menjadi mangsa tohmahan dunia


Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA

Tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam

Sehingga turunkan insan ke dunia

Tetapi menjdi pembakar semangat perwira

Menjadi tunjang perjuangan syuhada


Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK

Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan

Mengalir mutiara di kelopak mata

Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa

Pada hari kebangkitan bermula


Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI

Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga

Tetapi sentiasa bersama

Menempuh badai disisi suami tercinta


Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU

Bukan kerana kemewahan di mata

Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai

Menjadi penghibur hati permata kehidupan


Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU

Bukan terletak pada kebangkitan anak

Dalam setiap pertelingkahan

Tetapi dibawah lembayung kejayaan

Membuai anak di kala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA

Tidak kerana berjaya meruntuh istana

Tetapi jalinan kasih sayang

Tulus hati mengagih kasih setara pada semua


Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK

Bukan memberi harta dunia

Sehingga generasi lupa

Tetapi menjadi pada pendita

Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa


Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia

Tetapi bijak menangkis rintangan

Peka membela nasib dan maruah negara

Menjadi tulang belakang keteguhan semua


Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA

Bukan kerana jernihnya mutiara

Mengalir deras di kelopak mata

Tetapi senantiasa mengumpul cahaya

Menghitung hari dengan selembar nasihat


Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS

Bukan kerana menjadi sebutan

Sehingga menjulang keegoaan

Tetapi dalam mencari ilmuan

Menyala obor mewangi setanggi profesionalis


Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH

Bukan kerana keindahan paras rupa

Sehingga menjadi ingauan mata

Tetapi berpegang Akidah Solehah

Disebalik tirai jiwa

Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah

Mengharap keredhaan kehidupan awana