muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Sunday, April 28, 2013

Allahukabar

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Tiada yang lebih berkuasa melainkan Dia yang Esa..
subhanAllah..Bumi semakin pantas berputar. pada paksi yang sama, pergerakkan yang sama, namun dunia ini terasa amat sekejap. waktu semakin menceburi isi bumi. setahun bagai sebulan dan sebulan bagai seminggu,seminggu bagai sehari.. Allahuakbar!
begitulah kehidupan ini. semakin ari semakin terkejar untuk menuruti kehendak waktu dan tanggungjwab yang digalas. mohon kemaafan jika ada permintaan yang xdapat ditunaikan. tak mampu lagi buat waktu ini meneruskan sambungan cerpen hari tu. afwan ya sohabati. InsyaAllah, jika ada kepalangan, akan dipenuhi janjinya..
semoga bila datangnya cuti semesta akan datang,insyaAllah, akan dipenuhi janjinya. semoga Allah mengizinkan diri ini untuk terus nikmati dunia dalam mencari keredhoaanNya..:)

sekian untuk kali ini. afwan untuk segala kekurangan, yang baik itu hadir dariNya yang amat sempurna, yang buruk dan kurang itu hadir kerana kekurangan insan dhoif ini..mohon ditegur jika andai khilaf..wasalam..

Thursday, April 25, 2013

luka yg tiada kelihatan hanya mampu dirasa


Bismillahirrahmanirrahim….

Senyum tak bermaksud suka, tawa tak bererti bahgia, segalanya boleh kita lakukan bagi menutupi 1001 rahsia yang tersembunyi dalam lubuk hati yang paling dalam. Tiada siapa ketahui, tiada juga yang cuba untuk menyelidiki. Kerna apa?? Kerna tiada yang tahu keberadaan “duka” “sedih” “pilu” “kecewa” yang menggunung tingginya. Hanya SATU yang mengetahui. Dia lah Tuhan yang Satu. Esa! Sepanjang melalui kehidupan ini, tiada manusia yang tidak pernah menangis. Tiada insan  yang tidak pernah jatuh dan tiada hamba yang tidak pernah melakukan dosa. Bahkan, tompokan hitam dalam hati ini sentiasa wujud. Bahkan, sebanyak mana pula kita mencuba untuk menyungkil bintik-bintik dan noda-noda hitam itu dari terus berkulat di hati ini?

Tuhan, jika Engkau mendengar tiap bisikan hati ini, maka Engkau redakan ia dari terus berpersoalan. Hentikan ia dari terus memberontak. Duhai Ilahi, Engkau pimpinlah hati ini untuk terpaut dengan syurgaMu, dan bukan duniaMu. Engkau papahlah diri ku saat aku ketempangan, Engkau genggamlah tanganku saat aku kekaburan dan Engkau lindungilah aku dalam langkah mencari sinar cahayaMu..

Duhai Ilahi, di saat hati ini tersiat dengan perilaku manusia lain, Engkau ubatlah ia dengan cinta dan kasih sayangMu.. saat hati ini menduakanMu, Engkau kembalikan tautan rindu dan cintaku padaMu..

Tiada Tuhan yang ku sembah selain Engkau.. Tiada tempat yang ku mohon pertolongan,hanyalah pada Engkau… maka, janganlah Engkau menjauhiku kerna dosa-dosaku.. sesungguhnya aku hambaMu yang sering kali alpa dengan duniaMu yang sementara ini..

Tuhan, berkahilah tiap langkah dan perjalananku… permudahkan tiap urusanku..dan janganlah Engkau mempersulitkan ia.. :’(

Saturday, April 13, 2013

give me a chance...

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum wbt...
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Allah itu Maha besar dari sifat dan kuasaNya.. subhanAllah!
kehidupan ini banyak mengajar kita erti sebuah cinta dan penghambaan pada Yang Esa. sehingga di suatu saat, kita terleka dan tidak pernah sedar akan hadiah dan pemberianNya sehinggalah kita berjauhan dengan anugerah yang Dia berikan buat kita. atau kita mulai kehilangan anugerah itu. tika itu baru kita sedar akan manis dan nikmatnya sebuah pertemuan dan anugerah yang tidak ternilai!
siapa sangka, sorang insan yang ku kenali sebagai seorang ustazah,pengajar, itulah hidupku dan penyuluhku. selama ini perhubungan sebagai seorang guru dan pelajar, emak dan anak dan sebagai seorang shbt. setelah kaki ini melangkah keluar meninggalkan sekolah yang banyak membuahkan kenangan terindah dalam hidup ini, tika itu, jarak antara kami berjauhan. selama 4 tahun kami tidak berjumpa. sehinggalah satu majlis. sujud syukur ku tika itu.! hanya Allah yang mengetahui bagaimana rindunya aku akan kehadirannya untuk kembali dlm hidupku! kali ini pandangan ku terhadapnya berbeza! sangat berbeza! selama ini mata ini kabur dengan kehadirannya! sesungguhnya banyak ilmu yang aku blh dapat darinya. namun tika itu, diri ini terlalu dhoif untuk mengenal apa itu islam yang syumul! tika itu mata ini kabur meneliti matlamat hidup seorang hamba dalam kembaranya! tika itu mata ini kabur dengan keutamaan dunia yang menjadi pegangan! tika itu diri ini kabur dengan pilihan yang lebih pd kesenangan! Allah! ampunkan hambaMu ini. hamba terlalu dhoif tika itu untuk menilai apa ertinya kehidupan seorangan hamba! hamba yang hanya dianugerahkan sebuah kehidupan yang sementara! yang selayaknya waktu itu diabdikan diri kdp Yang Esa! meneliti setiap sudut bumi fana ini dengan kebesaran Yang Esa!

setelah beberapa tahun meninggalkan sekolah menengah! baru ku sedar sesungguhnya dia bukan lah sebarangan insan. seharusnya telah ku kutip mutiara2 yang menjadi mendampingnya..mutiara2 ilmu yang amat berharga! Allah! amat ku kesali... :'(

namun sekarang, jarak antara kami semakin jauh! jauh sehingga tidak sampi untuk ku mengapainya. walau kerinduan ini hanya Engkau yang mengetahui..namun ku gagahi jua. sebuah penyesalan yang harus ku pelajarinya untuk mneruskan prjalanan dan kembaraku.... ya Allah, jika Engkau izinkan, berikan ruang dan peluang buat ku berubah. untuk benar2 istiqomah! istiqomah dalam pengetahuan,bukan ikutan semata! :'(
ingin ku pelajari ilmu dengannya. setelah 3 tahun ku biarkan ia berlalu tanpa apa2...
ya Allah,permudahkan hamba dhoif ini untuk berubah..untuk terus istiqomah dgn jalannya..menuju redhaMu...aamiin..

buat insan yang teristimewa...
ustazah, andai ada peluang untuk diri ini menjadi pelajarmu semula...berikan ku satu peluang, untuk mengutip mutiara2 berharga darimu..untuk ku lebih mengenal siapa itu Sang Robb..dan sebagai bekalan ku dalam menemuiNya kelak..semoga perjalanan kembaraku tidak lagi gelap tanpa cahaya..dan kakiku tidak lagi tempang tanpa tongkat!

Thursday, April 11, 2013

episod khidupan

bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..masih menikmati kehidupan. masih menikmati keindahan panorama alam yang begitu indah.dan begitu setia pengabdiannya buat sang Pencipta... tidak pernah suram silauan matahari bila tiba siang berganti. tidak pernah penat bumi berpusing pada paksinya. tidak pernah berhenti air sungai untuk terus mengalir... dan bagaimana dengan kehidupan manusia yang serba berlebihan?? yang diangkat darjatnya begitu tinggi oleh sang Rabb sehingga menjadikan manusia sbg khalifah di Bumi fana ini.. Allahurabbi...hamba juga manusia..perlu menggalas tanggungjawab yang amat besar dan berat..semoga redhoMu sentiasa mengiringi kami duhai Sang Robb..
manusia dan ujian..tidak pernah lari..ujian silih berganti. fikiran semakin matang menangani. di mana kita berada, disitu akan hdirnya dia(ujian)
kita adalah ujian buat makhluk yang lain. dan begitu juga sebaliknya. ingin mengingatkan kpd diri yang dhoif ini..dan juga kpd shbt2 smua, jangan pernah mengeluh tika diri diuji.jgn pernah mengeluarkan kata2 penyesalan kpd ta'dirNya. kita diuji kerna itu lumrah insani. tanpa dicubit,kita tidak akan sedar dan kembali mendekatiNya..

Allah, Engkau dekatkan kmi kpdMu..eratkan dakapMu kpd kami,hamba2Mu yang sentiasa memerlukan taufiq wa hidayahMu...
 


Saturday, April 6, 2013

antara keinginan dan keredhoaan

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah, biar pun masih mencari siapa diri ini.. masih memperbaiki kejahilan diri ini.. kembara ini masih mampu ku teruskan walau 1001 rahsia yang ku sembunyikan. bukan mudah untuk istiqomah. dan bukan mudah juga untuk menguatkan iman yang kian goyah. namun sebagai manusia, harus akur dengan kelemahan diri dan mencari kekuatan dengan zikrullah dan menjaga habluminaAllah..

perancangan!
semua ingin merancang yang terbaik buat diri mereka. dan begitu juga buat insan dhoif yang bernama NORAZURA ROZALI. namun ta'dirNya melebihi segalanya. dan hanya berbekalkan keyakinan padaNya, hamba dhoif ini meneruskan kembaranya. sedih..duka... hanya Dia yang mengetahui. di mana titik nokhtah?? hanya Dia yang mengetahui. perancangan semakin ku kuburkan. hanya mengharapkan taufiq wa hidayahNya.. dan hanya menyerahkan padaNya untuk setiap ketentuan perjalanan hidupku.


ya Allah, jika saat ini Engkau ingin menundakan ia, maka Engkau redhokan hati ini dengan ketentuanMu.. dan Engkau gantikan ia dengan sesuatu yang lebih baik menurut perancanganMu..aamiin..
 
 
Allah tidak menguji melebihi kemampuan kita kan?? itu yang sering menjadi penguat diri ini.. hanya keyakinan yang sesungguhnya setiap tarbiah Dia pasti bertepatan dengan kemampuan kita sbg hambaNya.. sentiasa husnudzhon pada Sang Khalid, itu yang utama.
 
Dia menyulitkan kita untuk mendapatkan apa yang kita impikan supaya kita dapat belajar erti kesabaran. dan bila mana kita sukar untuk memperolehi sesuatu, pasti kita akan menjaganya dengan sebaik mungkin. kerna itu, Dia menyulitkan kita untuk mendapatkan suatu yang kita impikan..percayalah, tiap yang berlaku, ada hikmahnya.. diri ini tidak bercakap untuk kalian, tapi untuk diri dhoif ini juga..
 
tidakku menasihati seseorang sdng diri ini masih terumbang ambing dgn kenyataan sendiri..
sama2 kita pelajari dan berusaha menjdi lebih baik..:)
insyaAllah!
 
sama2 kita meredhokan apa yang diberikan..smoga timbul rasa kesyukuran..:)

Friday, April 5, 2013

sharingmukabuku part three






sharingmukabuku part two






sharingmukabuku part one

 
 

 
 

 
 

 
 


my quotes (mukabuku)

 
Ya Allah, dakaplah seeratnya hambaMu ini.... dan pipinlah hatiku untuk sentiasa bersangka baik terhadapMu jua terhadap makhlukMu..
 
 
Allah sulitkan kita untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan itu,bukan kerna Dia tidak menyayangi kita,tpi Dia nk kita menghargai pemberianNya bila kita mendapatkan ia..bila sukar kita mendapatkan sesuatu,maka semakin kuat kita menjaganya..dan menghargainya.. husnudzhon.....:)
 
usap dada...dan katakan pd diri "sesungguhnya Allah sentiasa ada untuk tiap titisan air mata dan tangisan hambaNya....
Allahuakbar! syukran atas tarbiahMu ini ya Robb.... :')
 
Allah,hadirkanlah untuk kami insan2 yang mendekatkan kami kepadaMu..aamiin...
 
ujian sentiasa ada untuk kita..dan ingatlah..ALLAH juga sentiasa ada untuk tiap hambaNya.maka pohonlah petunjuk dan kekuatan dariNya..
*jangan penat duhai diri..sesungguhnya pada Dia lah sebaik2 penolong buatmu..Dia tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba2NYA..dan jgn pula kita jemu merintih padaNya..
Allahuakbar....
 
hati ini harus ditarbiah agar sentiasa teguh dan mekar imannya pada sang Penciptanya.. sesungguhnya ia hadir dengan pelbagai cara.terimalah ia dengan hati yg redho dan ikhlas..

nasihatuntukdirisendiri....
 
nilai sesuatu pemberian itu tidak dilihat dari harganya,tetapi dari keikhlasan yg tulus dr hati.. ;)
 
Ikhlaskan dlm tiap perbuatmu..dlm meraih redhaNya..
 
Belajar utk mmberi sebelum menadah utk memperolehi..
 
Sesungguhnya hidupku,ibadahku dan matiku untukMu.. Oleh itu,Engkau peliharalah tiap langkahku,hatiku dan amalanku dr perkara sia2.
 
 

pesona zulaikha


lirik ini hanya perkongsian.. yang mana kisah zulaikha dan yusuf banyak memberikan pengajaran untuk kita. yang mana kejahilan seseorang dalam menuruti kata nafsu dan hati itu tidak lah hanya dilihat dr kejahilan dan kehinaan semata. kerna sesungguhnya kejahilan itu mmpu dipadam dek pseona tarbiah, hidayah drNya.. oleh itu jangan dilihat kekurangan mnusia lain, kejahilan manusia lain sehingga kita menerakakan mereka. kita tidak pernah tahu di mana destinasi yang bakal kita tujui. mungkin kita fkir, pekerti kita seperti ahli syurga, tpi hati ini, hanya Allah yang mengetahui. oleh itu jangan memandang khilaf manusia sbg suatu yang menjijik kan sehingga kita menghukum mereka. kenali dulu hti dan diri kita.. usah melabelkan orang dgn sesuka hati...
smoga kisah ini mmberikan pengajaran buat kita dalam membentuk cinta yang mulia. cintalah Dia seutamanya..kerna Dia yang layak diutamakan...:)
wallahua'lam..:)


indah wajahnya gamit pesona
pedih jemari terluka tidak terasa
anggun tingkahnya runtun jiwamu
adakah malaikat menjelma manusia

saat kau turutkan perintah nafsumu
enggan dia tunduk pada godaanmu
dihasut amarah kau lontarkan fitnah
terpenjara Yusof pertahan imannya

begitu cinta si Zulaikha
tega mendamba kekasihnya
hingga tenggelam dalam amukan rindunya
namun tika datang cahaya
dari Cinta segala cinta
seluruh jiwa kini hanyalah Khaliqnya

berganti rayu pada yang Satu
basah bibirmu meratib asma' yang Esa
hati yang tulus rindu yang Qudus
inilah cinta yang sebenarnya cinta

dalam kehilangan kau temui iman
tidak dibiarkan engkau kehancuran
Yusofmu di sisi Tuhanmu di hati
hanya pengabdian bukti kesyukuran

oh Zulaikha, engkau alihkan cinta
dari cinta hamba ke Penciptanya
rindumu bukanlah pemusnah diri
tetapi penemu Cinta Hakiki
oh Zulaikha, kisahmu mempesona
kisah cinta yang akhirnya bertemu cintanya