muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Tuesday, March 27, 2012

8 tips lahirkan anak yang soleh


Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan. Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
Antara bentuk rasa syukur adalah mengambil berat persoalan anak. Dengan demikian, terjalin hubungan harmoni dalam keluarga, lahirlah anak yang taat kepada dua ibu bapanya serta terbentuklah watak anak salih yang dapat membangunkan agama, bangsa dan negara.
Islam adalah agama yang sempurna. Islam sudah mengajar seluruh aspek kehidupan, termasuk hak anak yang perlu dipenuhi oleh kedua ibu bapa. Antara hak anak dalam Islam iaitu hendaklah mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah SAW sudah mengajar pemuda yang ingin berkahwin agar memilih wanita yang salihah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari.
Kedua, hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami.
Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” – Riwayat al-Bukhari.
Ketiga, hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.
Keempat, seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan berpengaruh kepada bayinya nanti.
Kelima, hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah SWT menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak senang menerimanya, ia boleh membawa kepada penceraian atau pembunuhan pada anak tersebut.
Keenam, memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan bagus didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang salih.
Ketujuh, memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.
Kelapan, memberi pendidikan agama yang cukup. Kesembilan, menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.
Demikianlah antara hak-hak anak. Wallahua’lam

Kalam Al-Habib Abdullah bin Alwi Alhaddad


Kebenaran dan orang-orang yang jujur telah meninggalkan kita,
maka janganlah engkau mengharap akan kejujuran manusia di zaman ini.
Mereka sudah tidak memiliki kejujuran, bahkan mereka tidak mengetahuinya,
apa arti sebenarnya daripada kejujuran itu sendiri?
Karena gelombang kedustaan dan kekotoran telah mencampur aduk mereka.
Mereka telah dikuasai oleh perasaan cinta dunia dan nafsu syahwatnya.
Maka ucapkanlah olehmu, “Wahai Tuhanku, selamatkanlah dari fitnah-fitnah itu”
Dimanakah mereka yang memiliki ketakwaan?
Dimanakah mereka para pemberi petunjuk?
Dimanakah mereka yang memiliki kesempurnaan ilmu dan akal?
Dimanakah mereka yang bisa diikuti jejak langkahnya dalam perbuatan dan perkataannya secara rahasia maupun jelas?
Apakah mereka semua telah mati?
Apakah mereka telah binasa?
Ataukah mereka semua menutup diri mereka,
disebabkan besarnya cobaan pada zaman ini?
Tiada tersisa kebaikan pada zaman ini dan juga pada penghuninya,
Mereka semua telah meninggalkan Al-Qur’an, ilmu dan Sunah Rasul SAW.
Aaah…..sudah berapa kali kuhibur hatiku.
Berapa kali dan berapa kali pula hatiku terasa berduka dan terbelenggu.
Akhirnya, hanya kepada Allah aku menyampaikan keluh kesahku,
juga kepada Nabi Muhammad saw dan para ulama yang berpegang teguh pada agama.
[Diterjemahkan dari Ad-Durru Al-Mandzum, Al-Habib Abdullah bin Alwi Alhaddad]

Monday, March 26, 2012

selamat tinggal sejarah!

bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum wbt buat sahabat,rakan taulan..moga sentiasa dalam rahmat Ilahi..insyaAllah..Aamiin..
Allahukabar!Allahuakbar!Allahuakbar! masih berbaki beberapa hari lagi buatku untuk menjalani kehidupan di suatu tempat yang asing buatku. tempat di mana aku menjalani kehidupan sebagai insan asing! Allahurabbi. hanya Allah yang mengetahuinya. sesungguhnya 3 tahun aku dalam melewati hari2 di sini sebagai insan asing. yang terkadang diri ini berasa lemah dan putus asa. namun Allah menguatkan aku. untuk terus menjalani kehidupan sebagai mnusia asing. insyaAllah, moga "asing" itu bisa menyelamatkan aku dari terasing dgn syariat Islam.
sejujurnya, menjadi manusia asing, itu terlalu banyak cubaannya. kita harus kuat dan tabah. akhirnya hari itu tiba juga. alhamdulillah. beberapa hari lagi aku akan menemui hari yang selama ini aku nanti2kan.
bagiku, cukuplah apa yang aku sudah jalani di sini. mungkin ini suatu proses pembelajaran buatku mengenal apa ertinya menjadi manusia ganjil dan erti sebuah kehidupan. mendepani pelbagai jenis ragam manusia yang terkadang kita sendiri keliru dengan apa karektor yang dilakonkan. namun itulah dunia. yang tidak lari dari drama pementasan teater.. drama demi drama dilakonkan.
syukur, akhirnya aku temui hari ini. indah! itu yang mampu ku katakan.moga aku lebih tabah dalam menjalani kehidupan di luar sana. yang lebih menjanjikan yg terbaik buat insan ganjil ini.
insan ganjil! itulah watak kekal yang ku pengang dalam melewati kehidupan di dunia kampus. apa2 pun, segalanya sudah berlaku dan aku juga sudah melewati hari2ku di sini. dan ianya sudah menjadi sejarah dlm kehidupanku!
selamat tinggal wahai kehidupan lalu! moga engkau menjadi masa lalu ku yang bisa mentarbiahkan aku menjadi hamba yang lebih kuat dan tabah! Aamiin!!!!!!!!!!!!!
selamat datang wahai kehidupan baruku..moga tersedia yang lebih baik buatku dihadapan...
ya Allah,kuatkan aku dalam melewati sisa2 kehidupan ku di dunia ini..


ps:maaf kerna diri ini menggunakan kata "aku" dalam post ini..mungkin ianya kasar,tapi ianya rintihan dr hati ini buat perkongsian teman..

Friday, March 2, 2012

jujur! Aku dalam bahagia..:)


Assalamualaikum semua...apa khabar?? Semoga sihat ya?? Ukhti nor di sini! Ini berkongsi kisah yang insyaAllah, terindah buat diri ini juga shbt2 yang membacanya.. kisah kebesaran Ilahi dalam ketetapanNya. subhanAllah! Dirimu begitu agong! Sungguh! Cinta ini padaMu semakin menebal ya Rabb.. hati ini semakin berkobar-kobar untuk menghadapMu. Segala yang Engkau tetapkan sungguh! Itu yang terbaik. Pada mulanya, aku hanya memikirkan waktu hujung minggu yang kesunyian dan ditemani dengan air mata, dek kerna tidak dapat pulang ke rumah. Allahuakbar! Itulah perasaan seorang “perantau”..haha.. tapi jujur! Allah itu menyediakan suatu yang lebih indah! Yang tak dapat ku fikirkan. Dia mendatangkans seorang mujahidah yang amat3..... ku rindui! Kak haziqah! Naqibahku waktu usrah dulu. Jujur, aku amat merinduinya. Petang itu, hariku hanya berteman dengan air mata. Kerna sendirian di bilik. Roommate semua balik ke rumah. Lebih menyedihkan diri ini memerlukan seseorang untuk berkongsi sesuatu. Namun, Allah itu lebih mengetahui. Petang semakin menghampiri waktu pertukarannya. Hp ku berbunyi. Mesej!
FROM: KAK ZIQAH
MESSAGE: ADIK ADA KAT MANA??
Melihat mesej itu, aku dapat meneka kakak yang kurindu ada di uitm jengka! Yes!
Setelah mesej, akhirnya akak dating juga dihadapan mataku. Terasa ingin sujud syukur waktu itu! Benar! Allah itu sebaik2 perancang. Dan kita tak pernah kesunyian. Kerinduan ku buat family terubat dengan kehadiran kak ziqah! Malam itu kami berbual panjang. Setelah solat maghrib secara berjemaah, al-Quran dibuka. Sungguh! Indah saat itu. Tidak akan pernah ku lupakan. Kalam Allah dibaca bersama! Satu persatu dikeluarkan indah! Sungguh indah! Akk memeriksa bacaan ku. Ada bacaan yang tidak dapat ku sebut dengan jelas.. jujur, dah lama juga tidak ku meng up date tajwid ku sendiri.. Allah, ampuniku. Malam itu berjalan dengan sungguh indah! Ukhwah disulami dakwah! Benar! Ia indah! Dapat ku rasakan kemanisan ukhwah itu dan manisnya perancangan Ilahi. Hamper menitiskan air mata kesyukuran ku. Namun, gagahi juga untuk mengelakkan dari “rosak” suasana..^^
Usai isyak, kami ke cafe dan tidak lama di sana. Makanan di pilih, dan kami kembali ke bilik. Setelah makan, kami menyambung cerita. Dan menonton movie...itu lah kija aku..^^
Apa yang nak diselitkan di sini, mungkin benar, perit bila mana kita mengharapkan sesuatu, tapi tidak dapat kita tunaikan atau miliki, namun ketahuilah sahabat, Allah punya perancangan yang jauhhhhhhhhhhhhhh...lebih indah dari apa yang kita gambarkan. Dan percayalah, tiap titisan air mata kita, itu tidak pernah Dia perkecilkan. Sebaik mungkin Dia aturkan untuk kita. Bersangka baiklah padaNya. Sesungguhnya Dia sentiasa memberikan yang terbaik..dan Dia juga menginginkan yang terbaik dari kita..:)

dakwah...


Dakwah ini
berlari deras
Andai kita tak bekejar mengikutinya
Pasti dakwah itu akan meninggalkan kita.
Andainya kita telah pun berhenti sejenak
menghirup udara kerehatan
untuk mencari kekuatan
tentu kita agak segan untuk berlari mendakapnya
kerana seolah-olah telah jauh 
dakwah berlari meninggalkan kita.

Tapi
tiada istilah terlambat dalam kehidupan kita
selagi mana nyawa masih ada, 
selagi itu, kita takkan pernah terlambat mengejar kembali dakwah itu
Walaupun pada langkah awalnya,
kita harus merangkak
menebal muka
dan terkial-kial dalam memahami
namun sekurang-kurangnya
kita berusaha untuk berjalan di atas jalan dakwah ini
Jangan segan dalam terus berjalan
walaupun lambat
kerana memang dakwah ini berlari laju,
namun
kita takkan pernah terlambat
dalam mengejarnya




Thursday, March 1, 2012

TERASING.......


Kadangkala, kita merasa sedih kerana bersendiri.Hidup terasa bagai sunyi sepi. Seolah-olah segala makhluk menyisihkan kita ke tepi. Apabila kita  mendepani saat itu, usahlah terlalu cenderung untuk bersedih. Kita harus bangkit. Kita harus jadi manusia yang kuat untuk menghadapi hidup.

Janganlah bersedih seandainya bersendirian. Sesungguhnya kita tidak dijadikan untuk hidup bersendiri. Biarpun berjuta-juta manusia membenci dan menyisihkan kita dari kehidupan mereka, anda masih ada Allah.

Belum pun sempat kita merasa sedih, Allah SWT sudah tahu segala isi hati yang terpendam. Jikalau benar hidup kita tersisih kerana membawa kebenaran, itu adalah lebih bererti dari seisi dunia.

Kebenaran itu adalah hakikat perjuangan sejati. Perjuangan sejati padanya terkandung risalah Allah SWT dan RasulNya. Seandainya kita disisihkan saat membawa kebenaran itu, percayalah kita sudah tergolong di dalam golongan mereka yang berjuang menegakkan kalimah Allah SWT di muka bumi ini.
Koreklah segala isi sejarah silam, para pembawa kebenaran setiap hari dalam kehidupan mereka diwarnai dengan ujian dan dugaan. Soal tersisih, Rasulullah SAW lebih hebat ujiannya. Baginda SAW pernah disisihkan oleh Kafir Quraisy dengan sewenang-wenangnya. Tetapi adakah saat itu Rasulullah SAW menjadi semakin lemah semangat? Luntur jiwanya?
Tidak.
Seandainya benar jalan yang anda ikuti – yakni bersumber Al-Quran, As-Sunnah, Qias dan Ijma’ – maka teruskanlah.

Saya bawakan satu contoh mudah.
Seorang individu yang lahir dalam sebuah keluarga tidak mengamalkan ajaran Islam sempurna. Solat entah ke mana, puasa Ramadhan terabai, dan ibadah lain juga jarang sekali dilakukannya.
Dalam menghadapi situasi ini, apakah cara terbaik untuk dia menghadapi kehidupan sehari-harinya? Apakah dia harus berdiam diri dan terus bersedih menyalahkan nasib dan takdir? Atau, dia terus menerus menyalahkan Allah SWT?

Cara terbaik adalah, dia tidak boleh sama sekali berdiam diri memeluk tubuh. Dia harus menghayun kaki mengorak melangkah ke hadapan. Jika dia bergelumang dengan situasi itu, tentu saja tambah merumitkan keadaan. Terlalu mengikut arus keadaan, boleh menghanyutkan dia ke muara tanpa sempat bergantung pada mana-mana tambatan.

“persekitaran mungkin mempengaruhi kita, tapi pegangan yang ada pada diri pasti menyelamatkan kita”

Dia harus keluar dari kepompong kejahilan seandainya mahu berubah ke arah kebaikan. Untuk menjadi orang berguna, dia wajib mengenal asal-usul agama. Wajib tahu siapa Tuhan semesta alam. Untuk mengerti bagaimana mahu menghambakan diri kepada Azza Wajalla. Kerana sumber kekuatan dan kebahagiaan hanya milik Allah semata-mata.
Dia juga harus menyamai keperibadian Islam yang asli jika mahu menjadi kuat dan tabah. Aqliyah dan nafsiyah nya hendaklah bersumberkan dari asas yang sama iaitu aqidah Islam sejati.
Diantara kisah sahabat yang dapat dijadikan sebagai contoh keunikan keperibadian Islam tersebut adalah kisah Anas bin An-Nadhar, salah seorang sahabat Rasulullah SAW. Ketika itu Anas sedang mengikuti perang Uhud, apabila beliau melihat Umar bin al-Khattab, Thalhah bin Ubaidillah bersama dengan tokoh-tokoh Muhajirin dan Ansar yang lain sedang duduk dan meletakkan senjata mereka. Setelah mendengar berita terbunuhnya Baginda SAW, Anas lalu bertanya kepada mereka:
“Mengapa kamu hanya duduk-duduk sahaja?”
“Rasulullah SAW telah terbunuh.” Jawab mereka.
“Apa yang akan kamu lakukan dalam hidup ini setelah Baginda SAW wafat? Bangkitlah kamu, dan matilah seperti cara wafatnya Baginda Rasulullah SAW.” Tanya beliau lagi. (Sebenarnya Rasulullah SAW belum wafat ketika itu, cuma khabar angin mengatakan sedemikian)

Setelah itu beliau menghadapi orang Quraisy sehingga terbunuh sebagai syuhada’.
Akhlaq Anas bin An-Nadhar ini menunjukkan keteguhan antara aqliyah dan nafsiyah beliau. Anas menyedari akan kesedihan dan kekalahan dari riak wajah para sahabat saat itu, setelah tersebarnya berita Rasulullah SAW telah terbunuh. Lantas beliau mengaitkan antara realiti tersebut dengan maklumat yang telah diajarkan oleh Baginda SAW kepada beliau. Beliau tidak berputus asa, dan bersedih hati. Kerana pahitnya kekalahan, haramnya lari daripada medan perang, serta kesan daripada berita terbunuhnya baginda Rasulullah SAW kepada semangat para sahabat.

Justeru, bagi individu menghadapi masalah dengan persekitaran tidak islamik itu hendaklah bertindak segera dengan memasakkan cara fikir bahawa dia tidak boleh bersedih sekiranya tersisih kerana dengan kesedihan itu boleh membantutkan usahanya mengecapi kebahagiaan kelak.
Seterusnya barulah dia mampu membawa keluarganya mengamalkan ajaran Islam sesempurna mungkin. Jika dia masih sama dengan mereka, tentu saja dia akan terus tersisih. Bahkan mungkin selama-lamanya menjadi manusia terasing. Walhal Islam itu letak duduknya adalah paling tinggi.
Sampai bila pun Islam akan terhina jika kita merasa sedih semata-mata tanpa berbuat apa-apa. Paling utama, anda harus selalu ingat bahawa setiap gerak-kerja yang dilakukan kerana Allah SWT pasti akan diganjari ganjaran berlipat ganda oleh Allah SWT.