Dulu lain sekarang lain.. Dulu bujang sekarang dah kawin..
terkenang bait-bait lirik lagu nasihat Tan Sri Dato' SM Salim.
Merujuk kembali kisah pernikahan, perkahwinan zaman
sekarang banyak pasangan semasa muda-muda lagi ada yang baru berkahwin dah berpisah,
bercerai berai disebabkan oleh kasih sayang antara mereka yang tidak erat.
Kenapa?
Jika difikirkan byk fktor yang menjurus ke arah
keruntuhan rumahtangga antaranya kurangnya ilmu serta pengetahuan agama serta
keikhlasan dalam menempuh alam perkahwinan itu sendiri.Begitu juga faktor dalam menjaga hubungan suami dan isteri
agar keharmonian rumahtangga terpelihara tidak diambil kisah.Suami memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin dalam
memastikan perjalanan dan keperluan kehidupan itu dipenuhi sebaiknya.Tidak dinafikan ada waktu-waktu suram ketika bersama namun
itu tidak patut menjadi halangan kerana ianya membantu mematangkan kehidupan
pada masa akan datang.
Buat si suami anda memang raja tetapi berilah penghargaan
dan hormatilah isterimu selalu.
Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr
Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.
Selalu menghargai usaha dan
penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama
terpaksa menanggung hutang suami.
Bila isteri bercakap, pandanglah
mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya
masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.
Sambil tu otak suami kenalah memproses
informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
Jangan sekali-kali membandingkan masakan
isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih
dari emak anda..
Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada
mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan
semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
Kalau pasangan dah ada anak,
sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami,
isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk
tersandar kekenyangan macam maharaja.
Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV
atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh,
kejar anak dsbnya.
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila
kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan
sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri
yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri
dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak
yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.
Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu
datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat,
permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang
saiz badannya yang semakin sihat atau semakin
melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat
isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat
penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda.
Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta
pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil
gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik
penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak
flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak.
Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di
rumah saja.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu
dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan
banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh
orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak
tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja.
Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek
jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu
keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada
kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya
ialah timbangrasa dan saling menghargai.
Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan.
Bukannya laku bila dah mati nanti.
Dalami agama dan bimbinglah anak
isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau
seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.
Kalau suami masuk neraka belum tentu
isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami
juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk
syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan
keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka.
Percayalah, kalau suami buat baik sekali
dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk,
pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami
tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.
Perkara
yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.
Kepada para suami khususnya dan kaum
lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni
enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya
Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan
Tuhan"
Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin
keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa
sahaja.
Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami
yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya.
Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi
pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah
dalam keluarganya.
Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam
keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan
rumahtangga yang dibina.
Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan
suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga.
Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab
masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai.
Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk
melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga
yang lain.
Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap
secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah
diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.