muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Monday, August 6, 2012

its all about my journey


Assalamualaikum sohabat sekali! Semoga sentiasa dalam baraqah Allah! Aamiin.
subhanAllah, tinggal 10 hari lagi ramadhan yang perlu kita lalui bagi tahun ini. Sayu hati ini dengan perpisahan di bulan mulia ini. Allahuakbar! Apakah ada lagi ramadhan buatku?? Ya Allah, Engkau kurniakan yang terbaik buat kami.
Dewasa! Semua orang akan melalui level itu... nak atau tidak, kita pasti! Akan melaluinya. Sesungguhnya bukan mudah menjadi golongan “dewasa”. Pelbagai perkara yang harus difikirkan. Jika dilihat turutan kehidupan yang diatur Ilahi,subhanAllah! Cukup teratur. Namun aku, takut sekali untuk mendepani ujian di tahap “dewasa”.. terkadang aku terfikir, mampukah aku yang kerdil ini melaluinya?? Sudah sediakah aku akan kehidupan luar yang lebih mencabar? Mampukah aku melalui hari-hari mencabar?? Selamatkah aku dengan persekitaran itu?? Ya Allah, hamba yang kerdil ini selalu memerlukan petunjuk, dan bantuanMu. Bantulah aku. Meniti titian duniawi yang perit, penuh dugaan. Engkau bekalkan hamba dengan keimanan yang utuh, kesabaran yang tinggi dan semangat yang tidak pernah pudar. Peliharalah pautan kasihku buatMu..
Sungguh! Beruntung bila dilahirkan dalam suasana yang terjaga. Kerna keselamatan kita, akhlak kita,keperibadian kita akan sentiasa terjaga. Dan orang sekeliling juga mudah menerima kita kerna mereka dan kita adalah sama. Tapi bagaimana kehidupan seorang hamba yang mulai berhijrah mencari redhaNya?? Bagaimanakah persekitaran menerimanya? Mampukah dia mengharungi dugaannya?sulitkah menjadi “asing” di dunia sendiri? Mampukah menahan bisikan nafsu dan syaitan? Kuatkan iman mengharungi dugaan dan cobaan?? subhanAllah. Berubah mungkin mudah, tapi untuk istiqomah, kita perlu kuat. Kuat dari segi rohani dan jasmani. Berdepan dengan insan-insan yang berbeza pendapat, memang sulit! Terkadang lemah jiwa ini.. kelu lidah ini dlm berbahas. Namun, cinta Allah buat hambaNya itu mampu mengatasi segalanya.
Orang kata, mudah jalan orang kafir untuk bertukar agama kepada islam berbanding orang islam berhijrah untuk kembali kepada fitrah kehambaan. Kerna apa? Kerna mereka harus mendepani karenah manusia yang berbeza pendapat dengan mereka. Sedangkan agama yang dianuti adalah sama. Kerna apa?? Kesedaran sesetengah umat islam itu semakin tipis. Yang diajarkan itu menjadi suatu yang janggal. Bukan kerna tidak tahu tapi kerna tidak mengamalkan.!
Berbeza dengan cubaan saudara baru. Mereka akan keluar dari kehidupan silam mereka. Dan membina suatu kehidupan baru dalam persekitaran baru. Dugaan mereka bila keluarga menentang. Kerna keluarga itu tidak mengetahui tentang kebenaran islam. Tapi bagaimana dengan umat islam yang terlebih dahulu mengenali islam. Tapi tidak mengamalkannya?? Sukar buat kita menyedarkan mereka. Bagi mereka, mereka mengetahui segalanya tentang islam. Dan tidak mengamalkan tuntutan islam itu bukan dosa bagi mereka,tapi waktu yang belum tiba untuk berubah. Benarkah persepsi begitu??
mendepani orang yang terdekat dengan kita.. tapi penghijrahan kita mendekati Ilahi, mencari redho Ilahi mewujudkan jurang dan perbezaan pendapat, cara hidup dan pemikiran. Sedih, sayu, bila diri semakin jauh dengan dunia yang selama ini kita terokai sudah berubah dan terasing buat kita. Hanya Dia yang mengetahui...
ya Allah, jika esok masih ada buatku, teguhkan imanku dan pelihara aku dari kekufuran...

No comments: