muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Thursday, May 30, 2013

TAKDIR ITU INDAH (PART 3)

"Alhamdulillah..syukur ya Allah kerana Engkau telah memberikan kesempatan buatku menghadapMu di malam yang hening ini.."berbisik madah dlm hati Wardah.. lapang dadanya setelah mengadu domba dengan Sang Robb.. hanya ketenangan yang menjadi peneman dirinya yang sunyi. jauh di lubuk hati dan sanubari gadis bertubuh kecil itu, terasa amat sunyi tanpa keberadaan akak yang sekian lama dirindui. hanya kak Haziqah saja tempat dia menumpang kasih di rumah Kasih Ummi Khadijah. namun kak Haziqah sudah bernikah dan mengikuti suaminya ke Yaman. Allah, rindu mula menghimpit dirinya.

" Wahai adik syg, ingatkan, jika adik rindukan akk, adik sedekahkan surah Al-Fatihah buat akk ya, smoga kedua hati kita merasa indah dan tenang dengan fitrah ini. kita bertemu keranaNya, dan berpisah juga perancanganNya.. bertemu itu hdiah Allah buat kita, moga perpisahan ini juga hadiah utk kita lebih menilai erti persahabatan yg bukan hanya berdekatan, tapi berjauhan juga memberikan kenikmatan dan manisnya berukhwah."

pesanan kak Haziqah menjadi penawar... tanpa Wardah sedari, dia sedang menitiskan air mata kerana rindu.

"Assalamualaikum, Wardah, iman menganggu Wardah ke?" pelat Iman memberikan salam buat Wardah.
"waalaikummussalam wbt.. tidak Iman, marilah masuk. ada apa yg Wardah boleh bantu?"Wardah mengesat air matanya lalu memberikan Iman untuk duduk disebelahnya.
"Wardah, boleh tak Wardah ajar pada Iman mengaji? Iman dah hafal surah-surah ringkas tu untuk solat, tapi iman hanya menghafal, iman xtahu macam mana nak membaca Al-Quran dengan betul."pinta Iman tanp berselindung.
"SubhanaAllah..sudah hampir 3 bulan rupanya Iman memeluk islam. kini diminta pd ku untuk mengajarnya mengaji. terang betul hatiya menghafal surah-surah itu"bisik Wardah dlm hatinya dengan kekaguman dirinya pada Iman.
"InsyaAllah Iman.. ana akan ajar. setiap kali usai solat maghrib, ana akan ajarkan pada Iman ya?"ujar Wardah
"Wardah, maafkan Iman ya? sebab Iman banyak menyusahkan Wardah."Iman mula merasa bersalah kerna permintaan-permintaannya pada Wardah
"Allah! tidak sesekali Iman. Iman ini amanah Allah buat ana. ana pun dah berjanji nak jalankan tanggungjawab ana pada Iman kan? nanti Iman join la Wardah pergi usrah. di situ nanti Iman akan dapat banyak ilmu. insyaAllah!!"Wardah mulai memikat hati Iman untuk mengikuti usrah.
"usrah??apa tu Wardah?
"usrah merupakan satu kumpulan yang membincangkan isu-isu agama. dari situ, sebarang kekeliruan, atau apa-apa, kita boleh la berbincang dalam satu kumpulan kecil."panjang Wardah menjelaskannya.

 dalam diam, Mardhiah mencuri dengar perbualan Iman dan Wardah. tersentuh hatinya melihat kawan cinanya telah memeluk islam dan begitu bersemangat untuk mempelajari islam. sedang dirinya yang sudah islam, amat keras hatinya untuk berubah.

ketenangan tasik pagi itu menjadi santapan mata Wardah. tenang! itu yang dia rasakan tika itu. hati dan fikirannya masih memikirkan masa depan yang bakal dia hadapi. percaya atau tidak, selama dia bangun malam, bertahajud, di selitkan untuknya beristikharah. dalam diam, dia beristikharah mohon petunjuk dariNya. Wardah dihinggapi rasa bersalah. di saat dia mula membuka hatinya buat Furqan, Mei Ling hadir dalam episod hati ini. Islam atau Cinta?? apakah tegar dia membiarkan Iman hancur dengan harapan menggunung tinggi yang mengharapkan Furqan sebagai zaujnya?? atau dia memilih untuk berundur diri demi persahabatannya dengan Iman. demi cintanya pada Sang Robb. demi pengorbanannya untuk islam dan shbtnya. hajatnya terbatal bila hari di mana Mei Ling ingin memeluk islam, Mei Ling menyampaikan hajatnya untuk memilih furqan sebagai zaujnya dan mengharapkan Wardah menjadi perantaraan pada cintanya itu.

"ya Allah, bila mana diri ini ingin merasa sedikit kebahagiaan, mengapa ada yang menghalangnya? ya Allah, di mana bahagianku untuk meneriman kebahagiaan ya Allah? apakah petunjuk dalam istikharah itu salah? mengapa aku mulai merasa tenang untuk memilih dirinya sebagai zauj ku? tapi mengapa lain yang berlaku? apakah aku harus memendamkan perasaan ini?" bisik Wardah dalam hatinya

selepas setahun isteri Furqan meninggal, ummi melamarnya. namun Wardah masih diam tanpa jawapan.

***********************************************************************************

 "Wardah, kita ganggu awk ke?"Mardhiah mendekatinya
"Tidak sahabatku. kenapa ni? kenapa Mardhiah mengangis?"Wardah mulai kerisauan. " Mardhiah malu dengan Iman. Dia bersungguh dalam mencari redhaNya. tapi kita sibuk memperlekehkan dirinya. kita malu Wardah. awak bantu lah kita juga ya?"teresak Mardhiah dalam pelukan Wardah. dan sejak saat itu, Wardah tidak bersendirian tika ke usrah, pasti ada Iman dan Mardhiah menemaninya. dalam hati kecilnya merasa amat senang dan bahagiaan dengan perubahan shbtnya.

**********************************************************************************
setelah usai mengaji, Iman mendekati tubuh kecil itu dan mengkhabarkan berita gembira pada Wardah.

" Wardah, saya nak bgtahu sesuatu ni"tersenyum malu Iman mengatur ayat.
"tersenyum je ana tengok? kenapa ni? Iman ada perkara penting yang nak dikhabarkan ke?"soal Wardah
" ya Wardah. saya......saya...saya.....hehehe.." teragak-agak Iman. "saya apa iman? ceritalah. ana tak sabar nak dengar ni."Wardah berdebar dalam bahgia melihat senyuman Iman.
" macam mana ya.. erm.. semalam saya pergi rumah ummi. saya berjumpa abang Furqan. saya menyatakan hasrat saya padanya. saya rasa macam saya tak mampu nak mendiamkan. lagipun, Wardah kata, kita kena menjaga pergaulan kita kan? jadi saya mengambil jalan ini. saya tahu, ianya sangat memalukan. tapi saya merasa senang bila abang Furqan pun menerima saya. kami akan berkahwin lepas kita habis semesta ni. bahagianya saya!!!!!!"terserlah kebahgiaan yang terpancar di wajah Iman.
namun berbeza dengan Wardah, masih terkejut namun senyumannya masih berbaki. hatinya luluh. rasa bagai nak terjatuh badannya tika itu. air mata disekat deras untuk tidak memperlihatkan kesedihannya. mungkin ini dinamakan ta'dir. Iman lebih memerlukan Furqan berbanding dirinya. mungkin terlalu lama Furqan menantikan jawapannya, kita dihadirkan seorang mualaf yang begitu cantik budi dan pekerti, pasti saja hati seorang lelaki terpikat.
"Alhamdulillah! bagus lah! tak lama dah tu! Tahniah!"balas Wardah.
Iman memeluk erat Wardah sambil berkata "terima kasih Wardah. sebab kenalkan saya dengan abang Furqan. saya sayang awak kerana Allah"jujur Iman menutur.
Wardah membalas pelukkan itu dan seketika, dia meminta izin untuk menunaikan solat isya'.
tidak seperti biasa, kali ini Wardah solat sendirian dan dia hanya solat di dalam biliknya.dia tidak ingin seorang pun melihat air matanya jatuh ke pipi.
malam itu Wardah tertidur di atas tikar sejadah.penat..lelah dan lemah. khabar gembira Iman itu menjadikan khabar dan mimpi buruk bagi dirinya.

ketukan demi ketukan berbunyi. namun Wardah langsung tidak bergerak dari pembaringannya. lena tidurnya walau beralaskan tikar sejadah. dengan penuh kerisauan, Iman membuka bilik Wardah menggunakan kunci bilik itu yang tersedia di ruang tamu.
terkejut! bila menyedari Wardah yang terbaring tanpa sebarang reaksi walau pintu itu dibuka dengan kuat!
setelah berulang kali mengejutkan Wardah, Iman mati akal. apa yang mampu, " Mardhiah!!!!!!!!!!! kak Intan!!!!!! Kak susiey!!!!!!!!!!! tolong saya! Wardah pengsan!" jerik Iman..

subuh yang tenang itu menjadi kekacauan dan keriuhan di rumah banglo itu. Kak Intan dengan telekongnya melihat Wardah di ribaan Iman. begitu juga Kak susiey bersama kepala yang berbalut dengan kain tulanya, memandang Iman. tidak bagi Mardhiah. cepat dia mendekati Iman dan Wardah dan mengarahkan kak Intan untuk mengambil kunci kereta Iman dan membawa Wardah ke hospital. Kak Intan yang masih terkejut termati dari lamunan dan segera mendapatkan kunci kereta.

rambut Wardah disarungnya dengan tudung labuh milik Wardah dan kaki Wardah disarungnya dengan stokin yang dicapai di dalam almari. Iman cukup masak dengan perangai Wardah yang memntingkan penjagaan aurat walau apa jua keadaan. Mardhiah membantu Iman. tubuh kecil itu di usung dengan penuh cermat. Iman mengambil posisi pemandu dan Mardhiah menemani Wardah di belakang.

setelah sampai di hospital, sepantas kilat jururawat itu mengambil katil tolak itu dan membawa tubuh kecil itu ke atas katil tolak lalu di tolak ke bilik kecemasan. Mardhiah mengekori jururawat itu manakala Iman mencari tapak utk meletakkan keretanya.

setelah satu jam setengah Wardah di dalam bilik itu, barulah doktor keluar. dengan pantas Mardhiah dan Iman mendapatkan doktor.
"Doktor, macam mana dengan kawan kami? dia sakit apa? apa yang berlaku padanya? kenapa dia pengsan? kenapa dengan dia doktor?" bertalu-talu soalan yang dilontarkan Mardhiah.

"Macam ni lah, saya nak mendapatkan keluarganya dahulu, kemudian saya akan memaklumkan perkara ini kepada keluarganya."ujar doktor itu dengan penuh ketenangan.

continue.............

4 comments:

Unknown said...

ukhti,terima kasih..setiap part yang ditulis membuat saya berfikir dan muhasabah..InsyaAllah.. ^_^

ukhti Nur said...

afwan...
tapi ana rasam ianya tidak terbaik..sebab semangat ini hampir hilang..
afwan ya, jika terdapat kekurangan pd part2 ini...

Unknown said...

nope..ukhti da buat yg terbaik..ad pngajaran yg ukhti smpaikan melalui cerita ni..teruskan ukhti. jangan pernah ptus semangat dalam melakukan kebaikan..Ukhti nak smpaikan benda baik kn...

ukhti Nur said...

qul insyaAllah..mohon2 ya....smoga Allah permudahkan utk mnghabiskannya..:)