muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Monday, January 24, 2011

ya Allah.

hari-hari yang aku lalui..penuh dosa dan noda..
ya Allah..
dekatilah aku..
pimpinlah aku.
sungguh!
aku tidak kuat untuk meniti hari-hari ini..
ya Allah..
pimpinlah diri ini..
jangan Kau biarkan aku terus alpa..
dibuai mimpi-mimpi indah..
yang hanya sementara..
jangan biarkan aku jauh dariMu..
andai diri ini semakin jauh dariMu..
ragutlah ia.
jangan biarkan diri ini..
terus dihinggap penyesalan..
penyesalan atas khilaf-khilaf yang lalu..
ya Allah..
jangan Kau biarkan aku..
terlena dengan cinta manusia sebelum aku mengapai cintaMu..
dan aku mohon..
jangan Kau biarkan aku terpukau dengan cinta yang palsu..
kerna ia akan memusnahkan aku..
Kau tentukanlah aku..
dengan seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu..
dan menyintaiku kernaMu..
dengan itu..
cintaku padaMu akan terus kekal..
dan semoga cinta kami akan diberkati olehMu..
ya Allah..
takut aku untuk menjauhi dariMu..
kerna hanya padaMu tempat aku berharap..
andai jauh aku dariMu..
bimbang diri ini akan terus hanyut..
ya Allah..
pimpinlah insan yang lemah ini.
yang kerdil ini.
semoga khidupan...
mendapat redhaMu..
Amin..........
:)

No comments: