Mengapa orang berkahwin ? Kerana mereka jatuh cinta.
Mengapa rumah tangganya kemudian bahagia?
Adakah kerana mereka masih jatuh cinta? Tidak.Tetapi kerana mereka
terus membina cinta.
Jatuh cinta itu mudah, dalam masa 10 minit juga boleh. Tetapi
membina cinta itu sangat susah, perlukan waktu seumur hidup.
Mengapa jatuh cinta mudah ? Kerana saat itu kita buta, bisu dan
tuli terhadap keburukan pasangan kita.
Tetapi sewaktu memasuki alam perkahwinan, tiiada yang dapat
ditutupi lagi. Tinggal bersama 24 jam sehari 7 hari dalam seminggu, semua
belang tersingkap..
Disinilah terletaknya perbezaan jatuh cinta dan membina cinta.
Jatuh cinta dalam keadaan menyukai. Namun membina cinta diperlukan dalam
keadaan jengkel. Dalam keadaan yang jengkel, cinta bukan lagi wujud dalam
bentuk pelukan, melainkan berbentuk iktikad baik memahami konflik dan
bersama-sama mencari penyelesaian yang dapat diterima semua pihak.
Cinta yang dewasa tak menyimpan rahsia, walaupun mengenai hal
sensitif untuk diungkapkan. Namun sepeka apapun masalah itu
perlu dibicarakan agar kejengkelan tak berlarutan.
Syarat untuk berjaya dalam
pembicaraan adalah kita dapat saling memahami perasaan. Jika suami isteri
saling mementingkan perasaan sendiri, mereka akan saling melukai. Jika
dibiarkan berlarutan, mereka akan saling memusuhi dan rumah tangga sudah
berubah bukan lagi sebagai syurga tetapi neraka.
Apakah keadaan ini masih boleh diperbaiki?
Tentu saja boleh, jika masing-masing mengingati kembali komitmen
awal kita dulu, apakah masa dulu kita ingin mencari teman hidup atau musuh
hidup. Kalau memang mencari teman hidup kenapa sekarang malah bermusuhan?
Mencari teman hidup memang dimulai dengan jatuh cinta. Tetapi
sesudah itu, cabaran terbesar adalah membangun cinta. Bererti mendewasakan
cinta sehingga kedua pihak dapat saling bermuhasabah, berunding, menghargai,
berkongsi rasa, menopang, setia, mendengarkan, memahami, mengalah dan
bertanggung jawab.
Jatuh cinta? Tidak salah. Tetapi cinta lepas kahwin itu lebih baik dan indah kerana kita
terus dapat membangunkan cinta..
No comments:
Post a Comment