muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Thursday, August 22, 2013

TAKDIR ITU INDAH -PART 5



Pagi itu, tanpa pengetahuan Wardah, Mardhiah menemui Dhiaul. Kerana Dhiaul menyampaikan hasratnya untuk menemui Mardhiah.
Setelah setahun kejadian di hospital itu, baru kali ini Mardhiah menemui Dhiaul. Kelihatan segak Dhiaul dan semakin berisi badannya.
“ Assalamualaikum…” Mardhiah mulai menegur Dhiaul yang leka bermain i-pad nya.
Dhiaul bangun menunjukkan tanda hormat dan menjawab salam Mardhiah dengan penuh tertib. Mardhiah mengambil tempat dihadapan Dhiaul kerana menyedari Kerusi ketiga itu dimiliki oleh seseorang. Kaku Mardhiah. Kerana dia ingatkan hanya dia dan Dhiaul saja yang bertemu ketika itu. Tidak semena-mena bahu Mardhiah disentuh. Seorang wanita cantik yang tidak dikenalinya tetapi kelihatan ramah. Wanita itu menyalami Mardhiah lalu mengambil tempat yang ditinggalkannya sebentar tadi.
“ Mardhiah, jangan lah buat muka macam tu, ini adik saya, Maisarah Atirah” tersenyum Dhiaul melihat wajah Mardhiah yang kebingungan.
Mardhiah hanya tersenyum lalu menunduk. Malunya dia tak terkata. Dua beradik itu hanya ketawa kecil. “ Abang, ini ke antara peminat abang?” Athirah makin rancak menyakat Mardhiah. Merah pipi Mardhiah tika itu hanya Allah yang tahu. Dhiaul seperti dapat membaca raut wajah Mardhiah yang mulai merah, lalu mencelah “ bukan abang yang ramai peminat, tapi kak Mardhiah yang ramai peminat. Dia tak pandang lah abang awak ni”. Mardhiah hanya tersenyum lalu mematikan pandangan ke suatu sudut kecil di kedai itu.
  sebenarnya, saya nak jumpa awak ni sebab nak ucapkan terima kasih kerana awak tak bagitahu Wardha tentang saya. Dan saya nak minta tolong awak sekali lagi” Dhiaul bersuara.
“ awak nak minta tolong apa?” soal Mardhiah.
“ saya dan keluarga dah berbincang, macam yang awak katakan pada saya hari tu, saya rasa saya nak teruskan hajat saya untuk menjadikan Wardha sebagai teman hidup saya” serius Dhiaul.
Mardhiah kelihatan terkejut dengan berita itu, namun ada senyuman di wajahnya. Mungkin keputusan Dhiaul itu mengejutkannya, namun jauh disudut hatinya, dia berasa tenang, dan lari dari perasaan serba salah kerana memisahkan 2 insan itu.
“ Alhamdulillah. Setuju! Bila nak berjumpa dengan Wardah? Setiap hari dia berdoa untuk berjumpa dengan awak” jawab Mardhiah. Tika itu Atirah hanya menjadi pendengar setia. Dhiaul sentiasa akan membawa Atirah bila berjumpa dengan sahabat muslimatnya.
Setelah sekian lama Dhiaul mengambil masa sebagai persediaan untuk bertemu bakal zaujah tercinta, Dhiaul berjumpa dengan Wardah di rumah Wardah, ditemani keluarganya.
Ummi, Iman, Mardhiah dan Furqan terlebih dahulu tahu tentang kehadiran dan hajat Dhiaul, namun Mardhiah hanya mengetahui kehadiran seseorang sebagai orang yang ingin menjadinya sebagai suri hidup. Ummi tidak memaklumkan siapa nama insan yang bernama Dhiaul itu sebenarnya. Wardah Cuma tahu yang ummi hendak menjodohkannya dengan seseorang yang baik akhlaknya, dan itu yang menjadi keinginan Wardah. Dia meminta ummi untuk mencarikan jodoh buat dirinya setelah 6 bulan Furqan menikahi Iman.
Kedengaran dari ruang tamu, riuh suara Fatimah meminta izin untuk membantu di dapur. Manakala Wardah sibuk menyusun pinggan di meja makanan. Iman membantu Ummi menyediakan pencuci mulut buat para tetamu. Mardhiah pula mengambil tempat untuk menghidangkan makanan buat para tetamu sambil dtolong si kecil Fatimah. Furqan mengemas di ruang tamu. Sejak dia berkahwin dengan Iman, hubungan dia dengan Wardah seperti adik beradik, dan itu yang menyenangkan Wardah, kerana tidak perlu bermain dengan perasaan dan Iman telah dapat menerima keadaan itu.
“ Assalamualaikum.. kelihatan satu kumpulan kecil datang dengan hajat untuk bertaaruf. 2 buah kereta sudah cukup untuk menjadi pengiring buat Dhiaul untuk hari itu.
Setelah semua urusan selesai, barulah Wardah ke ruang tamu sambil memimpin tangan kecil Fatimah. Kelihatan di ruang tamu itu riuh mendengar suara-suara serius yang membincangkan tentang urusan hari itu.
Tiba-tiba pandangan matanya terhenti bila melihat satu wajah yang amat dirinduinya. Fikirannya mulai menangkap segalanya. Kuat hatinya menyatakan insan itu yang bakal menjadi zaujnya..
“ Wardah, mari duduk sini” ummi memanggilnya.
“ cantik kak wardah ni” atirah mulai bercoloteh. Kelihatan Furqan kurang senang dengan perilaku Atirah sebentar tadi. Matanya tajam memerhatikan Atirah.
“Wardah, kenalkan, ini Dhiaul. Ingat lagi ke? Sahabat lama?” ummi cuba memecah kesunyian tika itu setelah melihat reaksi anaknya dengan sikap Athirah.
“Wardah ingat lagi ummi.”ringkas. namun hatinya cukup berbunga-bunga.
Setelah usai berta’ruf, mereka bergerak ke meja makan dan menikmati hidangan yang disediakan. Walaupun agak kekok, namun Wardah cuba untuk berlagak sepert biasa. Namun satu rahsia besar masih tidak diketahuinya. Dia masih belum mengetahui Dhiaul adalah pendermanya..
Setelah sebulan berta’aruf, Wardah dan Dhiaul dinikahkan. Suasana sangat meriah. Dengan sekali lafaz, Wardah menjadi milik Dhiaul. Tema hijau menjadi pilihan mereka kerana itu warna syurga dan menjadi warna kegemaran baginda saw.
Malam menjelang tiba. Tetamu semakin berkurang. Kelihatan muka Wardah dan Dhiaul kepenatan setelah melayani tetamu dari petang sehingga malam. Hari itu ummi, Furqan, Iman, Fatimah, Mardhiah tidur di rumah Wardah.

Setelah membersihkan diri, Wardah membentangkan sejadah buat dirinya juga buat zauj nya. Hatinya berdebar. Sejak dia berjumpa dengan Dhiaul sebulan yang lalu, gentaran hatinya semakin kencang dna rancang, bagaikan ada sesuatu yang mendekatkan mereka. Seolahh-olah ada getaran dalam dirinya bila mendekati Dhiaul. Bagaikan dia dan dhiaul bersatu dalam satu jasad.
Setelah usai bersolat, Dhiaul mendekati Wardah. Wajah Wardah yang tenang itu meredakan kelelahan Dhiaul sepanjang hari itu.
“ Terima kasih sayang, terima abang sebagai imam mu” bisik Dhiaul ke telinga isterinya. Tika itu hati jantung Wardah berdenyut kencang. Mukanya pucat setelah diperlakukan seperti itu. Namun setelah menyedari reaksi Wardah, Dhiaul memecah ketawanya. Geli hatinya melihat reaksi Wardah setelah diperlakukan seperti itu padanya. Wardah berkerut melihat karenah suaminya. Tiba-tiba….
“ abang, Wardah nak minta izin pada abang? Wardah nak cari pemilik buah pinggang ini. Boleh?” soal Wardah. Dhiaul seakan mahu memecah gelaknya sekali lagi. Dengan penuh ketenangan dan sedaya upaya untuk dia menahan ketawa, Dhiaul berkata “ sayang tak perlu cari pemiliknya, kerna pemiliknya kini bersama sayang”. Wardah seakan tidak mempercayainya, lalu dia mencapai tudung labuhnya dan disarungkan ke kepalanya. Wardah menuju ke bilik yang dihuni oleh Mardhiah. Tapi kelihatan Mardhiah tiada di dalam bilik. Tika itu Dhiaul hanya memerhatikan isterinya.
Teriakan demi teriakan kedengaran. Akhirnya suara Mardhiah kedengaran di sudut dapur. Pantas Wardah mendapatkan Mardhiah. Soalan demi soalan keluar dari mulut Wardah, belum sempat Mardhiah menjawabnya, ummi dari belakang menjawabnya. “ Jadi, semua orang dah tau lah ya?? Soal Wardah. Ummi dan Mardhiah mengangguk. Dhiaul yang muncul dari belakang datang mendekati Wardah. “sekarang macam mana sayang” lembut pertanyaan nya. Wardah hanya tersenyum dan membiarkan pertanyaan itu berlalu.
Seminggu bergelar isteri cukup membuatkan Wardah begitu bahgia. Perkenalan singkat antara Mardhiah dan doktor Amirul, sahabat Dhiaul dan merupakan pengapit Dhiaul di majlis pernikahaannya membawa tuah dan jodoh buat Mardhiah. 2 minggu lagi Mardhiah akan melangsungkan majlis pertunangannya dengan Dr. Amirul dan sebulan setelah itu akan bernikah. Ringkas! Tidak perlukan masa yang terlalu lama untuk mengenali hati budi.

Cinta itu fitrah, namun jika kita gagal mengawalnya bakal menjadi fitnah..
Fitrah itu diciptakan Ilahi, jadi biarkan ia berirama mengikut syariat Ilahi…
Cinta dalam dakapanNya, mengikut syariatNya…
Pasti dipelihara dan dibajai kasih sayang tanpa berbelah bagi…
Cintailah seseorang keranaNya…
Bukan menyintaiNya kerana seseorang…
Makhluk itu akan hilang..
Kerna yang tinggal…
Hanyalah PENCIPTANYA..
Tulus menyintai seseorang itu…
Maka, acukan dia mengikut kehendak Allah..
Moga redhoNya bersama cinta dan cita…
Cinta yang suci.. dan cita2 yang bersemi hingga ke syurga Ilahi…

No comments: