muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Thursday, August 22, 2013

LAHIRNYA SEORANG ULAMA' (IMAM SYAFIE)



Awal tahun 150 Hijrah, Idris meninggalkan kota Mekah lalu berhijrah ke Palestin dengan membawa isterinya Ummu Habibah al-Uzdiyyah. Mereka tinggal di Ghazzah, sebuah perkampungan yang terletak kira-kira 2 batu dari Baitulmuqaddis. Tiap hari Idris berulang alik dari kediamannya ke pelabuhan Ghazzah bagi membantu majikannya berniaga. Suatu petang, Ummu Habibah yang sedang sarat mengandung anak pertama menungggu kepulangan suaminya. Tidak lama kemudian zauj yang tercinta pulang ke rumah dengan wajah yang sangat ceria. Ummul Habibah menyambut suaminya dengan layanan yang sangat baik. Ditanya sang suami, sama ada memerlukan air, maka diberikan air. Lalu di lap nya peluh sang suami. Tekun sang isteri melayani suami yang baru pulang dari mencari nafkah. Sanggup buat macam ni para muslimat?? ^^
Namun, dalam tekun Ummul Habibah mengelap peluh suaminya, Idris termenung seketika. Tiada lagi senyuman manis yang terukir di bibir. subhanAllah! Allah saja yang tahu, gelora di hati Ummul Habibah bila melihat senyuman suaminya mulai hilang. Hanya wajah yang suram kelihatan. Lalu Ummul Habibah menghulurkan rotan kepada suaminya. Dengan harapan, jika suaminya tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan, di relakan suaminya untuk memukulnya. MasyaAllah Tabarakallah, begini rupanya keperibadian seorang isteri yang solehah dan bakal ibu kepada seorang ulama’ terkenal. Sanggup tak kita berbuat sedemikian? Allahu Allah..
rotan itu di ambil Idris, lalu diletakkan pada tempatnya. Idris mengadu pada isterinya. Suram di raut wajahnya bukan kerana si isteri, tetapi kerana sayu yang menyelubungi hatinya kerana mereka jauh diperantauan. Tidak lama lagi, isterinya bakal melahirkan anak, jadi difikirkan nasib isteri tercinta dan anak yang bakal lahir, apakah nasib mereka sekiranya sang suami ini tidak lagi bernyawa di bumi Allah? Tinggal ditempat orang tidak sama tinggal di tempat sendiri kan? Jadi itu yang mengusarkan hati dan perasaan Idris.
Namun Ummul sedaya upaya memujuk hatinya. Dia redho andai suaminya terlebih dahulu menemui Rabb, kerana dia percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Teguh dan kuat pegangan agamanya dalam jiwa lembut Ummul Habibah.
Saat-saat menunggu waktu kelahiran semakin hampir. Sang suami menginginkan anak lelaki dan mengimpikan anaknya menjadi seorang yang berilmu. Si ibu pula mengimpikan anaknya menjadi ulama’ seperti Imam Abu Hanifah dan Imam Malik.
Impian mereka pasti terma’bul kerana perancangan Allah itu hampir sama dengan hajat yang dibawa mereka. Suatu hari, anak mereka bakal menjadi manusia yang berilmu dan soleh. Berbekalkan nasab keturunan yang terjaga, soleh, pasti akan terjaga zuriat yang bakal lahir itu. Idris berasal dari keluarga Bani Hasyim. Salasilah keturunannya sama dengan keluarga Rasulullah s.a.w. ayahnya al-Abbas bin Uthman bin Syafiebin Sa’ib bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abd Manap bin Qusai.
Mengikut sejarah, Abdul Manap dikurniakan empat orang anak, Hashim, moyang Rasulullah, Abdu Syam, Nawfal dan Abdul Mutalib. Hasyim dan Abdul Mutalib adalah dua saudara yang akrab. Seterusnya terbentuklah dua keluarga keturunan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib.

No comments: