muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Saturday, January 17, 2015

dunia fana

assalamualaikum...moga Allah redha atas setiap yang tercatat ini. baik dariNya dan buruk khilaf dr hamba yang hina..

hari ini banyak input yang ku pelajari. terpegun dengan suatu bait kata dari seorang mujahidah sejati. katanya

" dunia ini kita perlu penat! jika kita tak penat, it means that ada something wrong with our life. manakala kerehatan yang nikmat itu hanya di jannah "




masyaAllah! terbit satu keinsafan di hati ini. orang lain semua inginkan masa yang berlebih. dan jika ianya boleh dibeli, semua nak tangguhkan kematian. namun masa itu milikNya, Dia tidak pernah menjual dan tidak sesiapa yang boleh membelinya. jadi kita harus menggunakan setiap saat itu sebaiknya. jika difikirkan dunia ini penuh dengan kesakitan, maka laluilah! derita yang menyakitkan itu akan memberikan kebahgiaan hakiki di akhirat kelak.

Allah bukan nak mendera, tapi derita di dunia hanya dari kaca mata kita sebagai hamba Dhoif, tapi Allah melihat ia suatu kebaikan. Dia memberikan peluang untuk kita bertaubat, bersedih dan kembali toat kepadaNya. suatu hikmah yang kita tidak mampu berfikir. kerna Dia yakin, sakit kita di sini, Dia sentiasa memberikan ganjaran di akhirat! dengan syarat kita perlu sabar, kuat dan tabah. yang penting, kita kena BERSANGKA BAIK PADANYA.

tiada suatu pun di dunia ini milik kita. semua milik Dia. dan mengapa kita perlu persoalankan ssuatu yang kita sendiri tak mampu nak kawal. ta'dir itu dalam genggaman Dia. Dia Maha Mengetahui. lalui apa adanya. kembali padaNya.. siapa kita dan apa yang berlaku, kita hanya melihat itu dari kaca mata kita, tapi Dia lebih mengetahui.

duhai hati, berbahagialah dengan apa yang hadir.. tabahlah engkau dan utuhlah bersama jalanNYA..

No comments: