muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Saturday, April 6, 2013

antara keinginan dan keredhoaan

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah, biar pun masih mencari siapa diri ini.. masih memperbaiki kejahilan diri ini.. kembara ini masih mampu ku teruskan walau 1001 rahsia yang ku sembunyikan. bukan mudah untuk istiqomah. dan bukan mudah juga untuk menguatkan iman yang kian goyah. namun sebagai manusia, harus akur dengan kelemahan diri dan mencari kekuatan dengan zikrullah dan menjaga habluminaAllah..

perancangan!
semua ingin merancang yang terbaik buat diri mereka. dan begitu juga buat insan dhoif yang bernama NORAZURA ROZALI. namun ta'dirNya melebihi segalanya. dan hanya berbekalkan keyakinan padaNya, hamba dhoif ini meneruskan kembaranya. sedih..duka... hanya Dia yang mengetahui. di mana titik nokhtah?? hanya Dia yang mengetahui. perancangan semakin ku kuburkan. hanya mengharapkan taufiq wa hidayahNya.. dan hanya menyerahkan padaNya untuk setiap ketentuan perjalanan hidupku.


ya Allah, jika saat ini Engkau ingin menundakan ia, maka Engkau redhokan hati ini dengan ketentuanMu.. dan Engkau gantikan ia dengan sesuatu yang lebih baik menurut perancanganMu..aamiin..
 
 
Allah tidak menguji melebihi kemampuan kita kan?? itu yang sering menjadi penguat diri ini.. hanya keyakinan yang sesungguhnya setiap tarbiah Dia pasti bertepatan dengan kemampuan kita sbg hambaNya.. sentiasa husnudzhon pada Sang Khalid, itu yang utama.
 
Dia menyulitkan kita untuk mendapatkan apa yang kita impikan supaya kita dapat belajar erti kesabaran. dan bila mana kita sukar untuk memperolehi sesuatu, pasti kita akan menjaganya dengan sebaik mungkin. kerna itu, Dia menyulitkan kita untuk mendapatkan suatu yang kita impikan..percayalah, tiap yang berlaku, ada hikmahnya.. diri ini tidak bercakap untuk kalian, tapi untuk diri dhoif ini juga..
 
tidakku menasihati seseorang sdng diri ini masih terumbang ambing dgn kenyataan sendiri..
sama2 kita pelajari dan berusaha menjdi lebih baik..:)
insyaAllah!
 
sama2 kita meredhokan apa yang diberikan..smoga timbul rasa kesyukuran..:)

No comments: