muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Monday, January 27, 2014

cinta Rasulullah..

cinta Rasulullah pada Allah swt,
Baginda mewakafkan kehidupannya hanya buat Allah Sang Pencipta..

cinta Rasulullah pada diri baginda,
Baginda menjauhi yang batil dan melazimi segala kebaikan buat Sang Pencipta..

cinta Rasulullah kepada zaujah baginda,
Baginda menyintai permata hati baginda dengan layanan dan sebarkan kebaikan kepada zaujah tercinta

cinta Rasulullah kepada mutiara tercinta,
Baginda menyayangi anak-anak dengan memberikan sepenuh kasih sayang disamping menjaga kehormatan anak-anak tercinta

cinta Rasulullah kepada para sahabat,
Baginda menyebarkan islam dengan menghapuskan kejahilan dalam jiwa para sahabat dan dihadirkan cahaya yang menerangi perjalanan kehidupan para sahabat

cinta Rasulullah kepada umat baginda,
Baginda memohon kepada Allah untuk memendekkan waktu solat,
Baginda sentiasa memohon kepada Allah untuk kebaikan umat baginda,
Baginda meninggalkan kitab untuk menjadi panduan umat baginda..

Bagindalah cermin kepada sebuah kalam suci..
yang mana pada diri baginda terlihat segala kebaikan dan rahmat..
sesiapa yang menyintai baginda dan menjalani segala sunah baginda, maka merekalah insan yang bakal bersama baginda diakhirat kelak..

sedarilah kita..
tiada yang lemah kecuali iman,
maka perbaharuilah iman..
tiada yang jauh melainkan kisah silam,
maka lupakan segala kejahilan lalu dan terus melangkah..
tiada yang berat kecuali memikul amanah,
maka pertanggungjawablah untuk setiap amanah Allah..
tiada yang ringgan melainkan menunaikan solat,
maka lawanlah nafsu untuk terus memenuhi lima panggilan Ilahi..

semoga kita layak menjadi pendamping baginda..
dan mendapat syafaat dari baginda...

No comments: