muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Thursday, January 23, 2014

pemimpin

Siapa tidak mahu pemimpin yang adil & soleh?

Hampir kesemua rakyat mahukan pemimpin yang seperti itu kerana pemimpin itu tidak akan menyusahkan mereka bahkan membantu mereka. Yang tidak mahu pemimpin yang baik hanya mereka yang tidak normal sahaja .

Sekarang saya mahu mengajak anda semua menilik pemimpin masing-masing pula. Asyik sibuk mahukan pemimpin yang adil & soleh, baik kita teliti pemimpin kita sendiri. Apakah ia dalam keadaan adil & soleh juga? .

Siapa pemimpin itu?

>>> HATI ANDA itulah PEMIMPIN yang saya maksudkan.

Tanya bagaimana kondisinya; apakah ia baik-baik aje, atau sakit atau mati?

- Jika ia baik, alhamdulillah. Mohon terusan Allah kekalkannya dalam kondisi yang baik. Penting hati baik sampai ke akhir hayat kerana hati yang selamat sejahtera sahaja yang akan datang bertemu Allah dalam keadaan tenang.

- Jika sakit, rawatinya. Bawa ia jumpa pakar (orang-orang soleh) & ke hospital (tempat-tempat barakah seperti majlis ilmu, majlis zikir & salawat).

- Jika ia mati, usaha hidupkannya semula dengan kembali bertaut pada Al-Quran & As-Sunnah. Hidup cara Nabi صلى الله عليه وسلم maka hati kita pasti hidup.

Sahabat, semua kita pasti mati. Tiada yang berkecuali. Tidak mahu mati pun akan dipaksa untuk mati, Allahu Robbi .

Tapi once seseorang itu mati dalam keadaan beriman, dia takkan mahu kembali ke dunia lagi & dia akan sangat gembira dengan ni'mat-ni'mat yang Allah bagi. Bahkan dia akan berasa beruntungnya dia telah mati. Allahu akbar.

Bagaimana cara MATI yang anda mahukan?


MUHASABAH...

CNP

No comments: