muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Tuesday, January 21, 2014

sambutan maulidul rasul

Perkataan Al-Allamah Prof Dr. Wahbah Az-Zuhaili (Ulama Besar Dunia Lulusan Al-Azhar) mengenai sambutan Maulidul Rasul :

Ketika beliau ditanya tentang hukum sambutan Maulid di rancangan As-Syari'ah Wal Hayah di channel Al Jazeera yang bertajuk "Albida'u wa majalatuha al-mu'asirah", beliau menyatakan :

bahawa sambutan ini walaupun tiada di zaman sahabat dan asalnya daripada Fatimiyyun, tetapi ianyan bukanlah bid'ah yang buruk kerana menghidupkan banyak kebaikan seperti membaca AL-Quran, memperingatkan tentang akhlak Nabi SAW, dan mengajak manusia untuk berpegang pada ajaran Islam, dan adab-adab, maka hukumnya menjadi harus dan tidak mengapa.

Kerana jika kita mengatakan perkara ini merupakan bid'ah yang buruk, maka seolah-olah kita mengingkari dakwah Islam.

Salafussoleh tidak menyambut maulid Nabi SAW kerana mereka masih sibuk untuk mengukuhkan kaedah-kaedah asas-asas Islam dan rukun-rukunnya, dan pembukaan-pembukaan kota, penyebaran agama dan mempertahankan Islam dari serangan musuh-musuh serta menghadapi pelbagai halangan dalam dakwah mereka, maka mereka tidak punya waktu untuk mengadakan sambutan ini..bahkan mereka tidak memerlukan sambutan ini kerana Nabi SAW masih hidup bersama mereka, dan mengambil daripada Baginda SAW nasihat-nasihat, galakan, adab-adab yang mulia dll maka ianya belum muncul pada zaman mereka.."

No comments: