muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Wednesday, November 2, 2011

A.N.A.K

Hari semakin hari, manusia semakin buruk perilakunya. Dan yang paling mengecewakan, 2 orang anak bawah umur yang berusia 7 dan 8 tahun terlibat dengan kes pecah rumah. Sebanyak 24 buah rumah yang menjadi mangsa kedua kanak-kanak itu. Selain itu, seorang gadis yang berusia 14 tahun sanggup mengadaikan maruahnya dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya dalam waktu 3 jam. Kelakuan itu amat memalukan. Ini kerna pasangan yang terlibat beragama islam dan berbangsa melayu. Allahuakbar! Terlalu lemah iman umat-umat akhir zaman. Ya Allah, lindungi aku dan kaum kerabat aku dari kealpaan duniawi.
Oleh kerana terlalu banyak lambakkan kisah yang memalukan ini, WHI mengambil kesempatan untuk membincangkan tentang perkara ini. Selama 30 minit perbincangan isu berkaitan kaedah mendidik anak. Adakah secara tegas atau lembut. Secara peribadi, diri ini ingin berkongsi pendapat.
Pertamanya, walau apa yang kita ingin lakukan, hendaklah kembali kepada agama yang kita pegang. Sebagai seorang islaml, Allah memberikan al-Quran dan hadis sebagai rujukan buat kita. Apa-apa pun, kita harus merujuk kedua kita ini. kerana segalanya telah lengkap. Sempurna. Islam itu syumul dan universal. Jadi jangan kita membelakangkan kedua kitab ini yang sememangnya berguna kepada kita.
Bagi pihak ibu bapa. Umum ketahui, anak itu diibaratkan seperti kain putih yang tiada kotor. Miliki hati yang bersih. Dan mudah terpengaruh dengan persekitaran. Ibu bapa mengambil tempat untuk mencorak anak itu. Menunjukkan jalan yang baik buat mereka untuk mengikutnya. Jika dari kecil, ibu bapa menunjukkan perkara negative, maka anak itu akan terdedah dengan perkara negative. Waktu kecil, ibu bapa merupakan cermin anak-anak. Jadi, ambil kesempatan itu untuk mendidik mereka dan membentuk mereka sebaik mungkin. Bahkan, dari mereka dalam perut lagi, ibu bapa harus menjaga perilaku. Kerna secara tak langsung, sikap orang tua akan diwarisi oleh anak mereka. Jadi, mereka tidak bisa melepaskan kesalahan pada anak kerna apa yang berlaku pada anak, itu sebenarnya datang dari orang tua mereka.
Rasulullah telah mengajar umatnya. Yang mana “mendidik anak, hendaklah mengikut waktu di mana anak itu membesar”. Di sini, kita perlu tekankan, jangan mendidik anak-anak seperti mana kita di didik dahulu kala. Ini akan mengakibatkan masalah yang lebih parah. Anak-anak didedahkan dengan teknologi, tapi orang tua menghalang untuk mereka membesar dengan dunia hari ini. jadi selama mana anak-anak ini mampu tahan? Adakah setelah orang tua meninggal, mereka akan lebih mudah untuk hidup? Jika dari kecil mereka tidak di dedahkan dengan dunia sebenar, bagaimana mereka harus mulakan kehidupan setelah pemergian orang tua mereka? Adakah mereka harus menapak untuk hidup seperti waktu mula-mula mereka lahir ke bumi?
Mendidik anak itu perlu kreativiti. Perlu bijak. Yang mana, kita mendidik biarlah bersesuai dengan dunia semasa. Yang penting, ilmu agama itu perlu diberikan sebanyak mungkin agar, di mana mereka pergi, mereka dapat menjaga diri dan iman mereka. Agar, dunia luar yang begitu membahayakan dapat mereka hadapi dengan sebaiknya. Pokok pangkal, kembali pada agama. Allah sendiri ada berfirman “ jika kita menjaga agama kita, Allah akan menjaga kita”. Oleh kerana itu, ibu bapa harus memberikan ilmu agama yang sebaiknya buat anak-anak.
Bagi kaedah atau cara didikan. Islam telah mengariskan atau menunjukkan cara didikan yang terbaik untuk anak-anak. Di mana, bila mereka masih kecil, kita hendaklah menjadi contoh terbaik. Seperti yang saya katakana di atas tadi, waktu kecil, ibu bapa menjadi cermin bagi anak-anak. Apa yang dibu bapa tonjolkan, itu yang mereka akan ikut. Dan jangan pernah salahkan mereka andai waktu kecil mereka bersikap buruk kerana semuanya datang dari persekitaran mereka. Siapa yang bertanggungjawab menyediakan persekitaran yang baik buat anak-anak? Ibu bapa jawapannya! Jadi, sedarlah, lihat dan cermin diri kita sebelum kita ingin anak kita menjadikan kita sebagai cermin mereka.
Waktu kecil, waktu yang sesuai untuk mendidik anak. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Begitu jua dengan mendidik anak. Waktu yang ada perlu digunakan sebaik mungkin. Luangkan masa dengan anak-anak. Bermain dengan mereka. Agar mereka selesa dengan kita dan dari situ, kita boleh mewujudkan hubungan kekeluargaan yang erat.  Dan bila mereka sudah mula meningkat dewasa, kita perlu didik mereka untuk berdisplin. Di mana, setiap kesilapan mereka, kita perlu menegur dengan sebaiknya. Dan memberitahu apa kesilapan mereka dan apa hukuman yang mereka akan terima. Anak-anak rasional. Mereka akan tanya apa kesilapan mereka sehingga mereka dihukum. Ibu bapa harus bijak berkomunikasi dengan mereka. Agar mereka tidak salah faham. Didik mereka. Tunjukkan apa harus mereka buat dan apa harus mereka jauhi. Dan bila mereka sudah meningkat remaja. Kali ini, rakan menjadi cermin buat mereka. Tetapi, bagi ibu bapa yang telah mendidik dan memberikan didikan agama sebaiknya, insyaAllah, anak-anak akan selamat dengan masalah ini. mereka akan bijak menilai. Kerana dari kecil mereka sudah di dedahkan dengan agama. Yang mana agama itu punya syariat yang perlu dipatuhi. Dan jika mereka silap langkah, mereka akan terima padahnya. Tapi malangnya, jika dari kecil mereka tidak didedahkan dengan ilmu agama, mereka akan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Di tambah pula hubungan kekeluargaan terlalu renggang, terlambat buat ibu bapa untuk mengubah kesilapan lampau. Kerana hubungan keluarga begitu jurang, mereka akan memilih rakan sebaya yang mereka rasakan lebih memahami diri mereka. Oleh itu, ibu bapa harus mengambil langkah dari awal. Agar tidak menyesal di masa akan datang. Zaman remaja, anak-anak harus ibu bapa dekati. Menjadi sahabat kepada anak-anak. Di mana waktu ini terlalu banyak benda baru yang didedahkan kepada mereka. Yang penting, ingatkan mereka pada agama, syariat islam. Dekati dan salami hati mereka. Dari situ, lebih mudah untuk ibu bapa melembutkan mereka. Satu lagi kebaikkan. Di mana waktu kecil, ibu bapa sudah mula mengeratkan hubunagn kekeluargaan, bila meningkat dewasa, mereka tidak akan melupakan keluarga sepenuhnya. Masih ada ruang untuk ibu bapa ini mendekati mereka. Mereka akan fikir di mana mereka punya keluarga yang faham mereka. Dan ibu bapa lebih banyak mengetahui hati budi anak mereka. Mereka gunakan kebaikkan itu dengan melembutkan hati anak mereka bersesuaian dengan perwatakkan anak mereka. Waktu ini, buka waktu yang sesuai untuk mengkasari anak-anak. Kerna itu hanya akan menyebabkan mereka menjadi seorang pemberontak. Tapi, dekati mereka. Kenali hati budi mereka. Denga itu, ibu bapa akan tahu, kelemahan dan kebaikkan anak mereka.
Sebagai remaja. Diri ini juga tidak lari dari keinginan untuk mencuba suatu yang baru. Namun bila kita punya pegangan dan ilmu agama yang baik, kita secara tak langsung akan menjadi seorang remaja yang bijak. Bijak dalam membuat tiap tindakan. Di mana, kita akan mengaji baik buruk suatu perkara. Jadi, untuk menjadi remaja yang bijak, kita perlu miliki ilmu. Persekitaran banyak memberikan pengaruh dan kesan kepada diri kita. Sebagai manusia pula, kita diberikan akal. Jadi, fikirlah sebaiknya sebelum melakukan sesuatu. Jadilah manusia yang benar-benar manusia. Yang mana tiap tindakannnya berpandukan iman dan bukan nafsu. Pemilihan kawan itu penting. Jika kita seorang yang mudah terpengaruh, kita perlu bijak untuk mencari kawan yang bisa menjadi petunjuk untuk kita. Membawa kita kebaikkan. Kita lebih kenal diri kita.
Secara peribadinya. Diri ini ingin berkongsi tentang pemilihan sahabat. Sejujurnya, diri ini lebih berminat untuk bersahabat dengan sahabat-sahabat yang lebih berusia dari diri ini. yang sudah berumah tangga. Kerna dengan mereka, banyak perkongsian yang dapat kita kongsi dan terima dengan mereka. Dalam usia mereka, mereka bukan saja menjadi sahabat kita, tapi sebagai kakak buat kita. Yang sentiasa memberikan peringatan buat kita. Itulah yang ana pilih. Lebih berminat mendekati orang-orang sedemikian. Mereka banyak mengajar kita tentang erti sebuah kehidupan. Kehidupan ini bukan perlu dipandang sebagai ilmu dan pengalaman, bukan sebagai keseronokkan semata. Jika kita memandangnya sebagai ilmu, kita akan berusaha untuk mencari seberapa banyak ilmu. Dan jika kita memandangnya sebagai pengalaman, kita akan mencipta pelbagai perkara baru untuk mendapatkan pengalaman. Dan mendekati orang-orang yang miliki lebih banyak pengalaman berbanding kita. Namun, jika kita memandangnya sebagai keseronokkan semata. Kita hanya akan melalaikan diri kita dan masa kita, kita biarkan terbuang dengan perkara yang melaghakan.
Buka mata buka hati. Apa yang berlaku pada kita adalah apa yang kita pilih. Jika kita memilih keseronokkan, maka kita akan mendapatkan keseronokkan. Tapi, sedarlah sahabat, keseronokkan di awal akan membawa kesengsaraan di akhirnya. Oleh itu, fikir sebaiknya untuk masa hadapan. jangan biarkan kita menjadi raksasa belaan ibu dan ayah kita. Yang mana raksasa, semakin besar, semakin tak berguna. Hanya mampu berdiam tanpa mampu berbuat apa-apa. Yang mana hidup kita hanya dengan bantuan orang tua dan belas kasihan Allah semata. Allah memberikan peluang dan ruang untuk kita menimba ilmu, mencari pengalaman dan bekalan buat akhirat. Sedarlah akan matlamat utama kita. Jangan menjadikan diri ini sebagai masalah untuk keluarga, agama dan negara...jadikan diri ini sebagai penguat dalam keluarga, agama dan negara. Jadi seorang yang berguna sesuai dengan penciptaan kita sebagai seorang pemimpin...

No comments: