muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Sunday, March 6, 2011

pasrah..

Berkali,,,
Hati ini terguris,,
Dengan fitnah dan tohmahan yang begitu menghiris,,
Sehingga terasa diri ini hina,,
Kerana tiada siapa yang sudi membela insan kerdil ini,,
Kutabahkan hatiku untuk mengharungi hidup yang telah ditentukan buatku,,
Biarpun tiada siapa yang menemaniku,,
Keseorangan aku di lautan sepi,,
Ditinggalkan mereka yang aku percayai . . .

Namun ku tahu ada hikmahnya,,
Setiap segala yang menimpa diri,,
Kuserahkan segala padaMu Tuhan,,
Yang berkuasa jua mencipta,,
Kerana engkau MAha Mengetahui,,
SEgala apa yang terbuku di hati kecil ini . . .

Ya Allah!!!!!!!!!!!
tidakku terdaya lagi,,
Menahan dugaan yang mencabar ini,,
Terasa bagai noktah telah kutemui,,
Mengakhiri segala yang telah aku mulai,,
Ya Allah!!!!!!!!!!!
Lindungilah aku,,
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman,,
Agar tabahku menghadapi dugaan dan cubaan dariMu..
Agar tidakku berhenti di pertengahan . . .

Kini di sini aku berdiri,,
Bersama harapan yang tulus suci,,
Agar terbitlah kembali menteri pagi yang ku ingini,,
Setelah malamku berkalut benci . . .

No comments: