muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Tuesday, March 8, 2011

renungan sejenak,,

biarkan kepahitan itu pergi,agar kemanisan datang mengisi sebagai penganti,
biarkan kekecewaan berlalu,agar kegembiraan mewarnai harimu,
biarkan kegelisahan lenyap,jangan kita hilang semangat,
biar penderitaan itu menyapa,agar kekuatan kita menjana semula,
biarkanlah diri ini derita,agar aku tahu kepahitan derita ini,
agar aku sedar kesengsaraan ini,
tak sama bahkan hanya secebis,
dari penderitaan Rasulullah s.a.w.
tuhan tidak sesekali menzalimi hambaNya,
tetapi manusia yang menzalimi dirinya sendiri,
cahaya kelam pahala dosa,
berupaya memilihnya,
walau kadang kala tersasar lantaran
pautan nafsu
namun peluang dariNya sentiasa ada,
namun kasih dariNya sentiasa memayungi,
diturunkan ad-din memperhalusi akal,
dianugerahkan akal memperhalusi akhlak,
dikurniakan akhlak memperhalusi pekerti,
menjadi sebaik-baik untuk sebagai hamba,
berjalan sebagai khalifah,
menyusuri kehidupan mencari sebutir permata 'iman'
menyemai sepohon 'taqwa'
agar dapat berteduh dari kepanasan 'nafsu'
agar dapat berlindung dari anginhasutan 'syaitan'
dalam mencari 'KEREDHAAN ALLAH SWT'

No comments: