muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Wednesday, December 28, 2011

KEMBARA CINTA AGUNG

.بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

KEMBARA CINTA AGUNG

Jangan engkau hidup untuk memuaskan jiwa manusia. Engkau tidak akan dapat sempurnakannya. Malah engkau akan kecewa di hujungnya.

HidupLah untuk kebahagiaan diri dengan membangunkan sebuah Cinta Agung, cinta itu hanya ada pada ALLAH dan RasuL.

Para sahabat r.a mencari cinta dengan menjadikan diri dan keLuarga mereka sebagai tebusan pada RasuluLLah s.a.w...

Syaikh AbduL Qadir aL-JiLani mencari cinta seLama 20 tahun di daLam hutan yang sepi...

Syaikh Ibrahim Adham mencari cinta dengan meninggaLkan istananya...

Syaikh Bahauddin Naqsyabandi mencari cinta daLam kesejukkan saLji yang menggigiL...

Syaikh Ibnu Mubarak mencari cinta dengan darah di medan perang...

Syaikh Hassan asy-SyaziLi mncari cinta daLam mujahadah syukur...

Rabiah aL-Adawiyah mencari cinta dengan berLapar dan berjaga waktu maLam...

Imam GhazaLi r.a mencari cinta dengan berkhadam membasuh kandang kuda, berkeLana, menyepi jauh di sudut masjid dan menuLis kitab...

Syaikh Junaid aL-Baghdadi mencari cinta dengan sedeqah, makan bersama dengan kucing dan bertafakkur sepanjang maLam...

Syaikh Ahmad al-Qusyasyi mencari cinta menggerakkan dakwah di Nusantara...

Syaikh Muhammad aL-Baghdadi mencari cinta dengan mengembara membawa risalah IsLam di bumi yang ada penyembah behaLa...

Para pengembara cinta ini melaLui peLbagai jaLan. MerekaLah pengembara cinta yang benar, mereka hidup untuk cinta daLam diri mereka, bukan mencari cinta sesiapa.

Wahai diri...

Pekakkan teLinga, butakan mata, bisukan Lisan, tangan didakap pada dada, kaki disilang kemas, perut dikempiskan, aqaL disatukan dengan hati, bibir mengungkap kaLimah agung - serapkan ke seLuruh nadi dan darah, nafas dimusyahadahkan. RenungLah ke daLam diri kerana pada diri miLiki ayat-ayat cinta dari Rabb.

Jangan sia-siakan kehidupan ini dengan mencari cinta paLsu, yang membinasakan. HidupLah untuk diri demi cinta yang hakiki. Ia sudah ada daLam dirimu bermuLa apabiLa engkau diciptakan.

No comments: