muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Saturday, December 31, 2011

ya Ilahi,permudahakan jalan hijrah ini..izinkan hamba utk lebih mendekatiMu..


بسم الله الرحمان الرحيم

Tahun 2011,
Tahun yang penuh dengan warna-warni kehidupan. Tidak kurangnya juga dengan kesedihan,kesakitan,kedukaan. Segalanya menjadikan diri ini matang. Belajar dan terus belajar dalam menyusuri kehidupan ini. Namun, bermula 2012 yang akan tiba beberapa jam lagi, kaki ini mula keluar dari lingkungan biasa. Yang mana akan berjalan, mencari, menelusuri segenap hikmah yang ALLAH titipkan. Yang lama ditinggalkan. Bukan kerna merasakan tidak berguna,tapi cintaNya membuatkan hati seorang hamba dhaif ini tertarik untuk berhijrah pada suatu keadaaan yang lebih baik. HIJRAH!

Mampukah hamba hina lagi dhaif ini untuk berrhijrah? Kuatkah? Allahurabbi..Dia saja yang tahu. Bagi hamba,tiada yang mustahil. Selama hamba berpijak di bumi ini, banyak perkara sukar, sulit, telah hamba depani. Alhamdulillah, tanpa sedar, hamba berjaya melakukannya. Semuanya kerna Dia! Ya! Kerna Dia! Yang sering bersama-sama hamba dhaif ini. tanpaNya, hamba bukan sesiapa.

Yakinilah, tiap yang dititipkan, pasti ada hikmah. Walau baik buruknya, hikmah itu tetap ada.

“…boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat burukbagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (QS. AlBaqarah:216)

HIKMAH.
Itulah barang orang mukmin yang hilang. lantas, kutiplah jika sahabat temuinya. Tidak kira dari orang mukmin, atau dari kuffar. Hikmah itu milik kita. Milik orang mukmin.
sahabatku, kutiplah ia, kutiplah ia...

HIKMAH, tak dapat diajar. tapi, ia boleh dipelajari dengan hati dan minda yang bersih.
kuncinya hanya hati. dari hati, minda memproses. 

minda daie

adakah minda kita benar-benar layak digelar minda daie?
renungkan...

minda daie iaitu resah melihat kawan dan musuh jatuh ke jurang maksiat.
minda politik iaitu bahagia melihat musuh jatuh ke jurang maksiat. boleh digunakan sebagai point untuk musuh tidak layak memerintah.
minda biasa iaitu resah melihat daie dan ahli politik bercanggah.sedang dia tak tahu atas dasar apa mereka berbeza.

siapa kita yang bernama manusia? siapa kita yang dilahirkan dari setitis mani yang hina?

kitalah daie yang meyakini kalimah..." LAA ILAAHA ILLALLAAH " " tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH"

siapa yang berkata laailaaha illallah.. dialah daie..
maka,kitalah daie!

Tapi seperti mana perilaku kita yang mengambarkan cirri-ciri seorang daie??Allahuakbar.sama-sama kita perbaiki. Dia memberikan nikmat kehidupan kepada kita, selagi itu kita gunakan peluang ini sebaiknya. insyaAllah, selangkah kita mendekatiNya,seribu langkah Dia mendekati kita..

usah menongkat islam dengan semangat. kerana semangat itu akan pudar. tapi, tongkatlah islam dengan kefahamanmu yang benar!
insyaALLAH, FAHAM itu akan membuah YAKIN. maka, itulah asas aqidah kita.

Salam penghijrahan dari diri yang dhaif..



No comments: