muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Sunday, January 1, 2012

1 warkah untukmu...mujahid

Saya kenal seseorang daripada kaum Adam yang merupakan seorang penghafaz Al-Quran dan hidupnya berunsurkan islamik.Dia juga berdakwah kepada orang lain...,namun bila dilihat kehidupannya...saya cukup terkejut bila dia pun mengamalkan budaya barat iaitu 'bercouple'...,

Jika diberi peluang saya ingin bertanya padanya...., "kenapa orang yang seperti kamu yang dekat dengan Allah boleh melakukan semua ini?Mungkinkah kamu tidak pernah berfikir bahawa kamu termasuk dalam golongan orang munafik?"

Oleh itu saya utuskan warkah ini kepada lelaki daripada Kaum Adam yang merasakan bahawa dia diperlukan dalam Islam untuk meneruskan agama Islam...,Kami kaum muslimah memerlukan pemuda yang sejati...,utk mendampingi kalian dalam perjuangan Islam dalam status yang sah bukan untuk dipermainkan...

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakahtuh
...

Bismillahirahmanirahim...,

Kepada saudara yang budiman.Jangan rasa terkejut dengan kehadiran warkah yang tidak seberapa ini.Saya bukan nak memandang rendah pada saudara tapi ini hanyalah sekadar nasihat dan pandangan saja.Sebagai hamba Allah yang berhak untuk memberi nasihat maka saya sedaya upaya untuk memberi pandangan kepada saudara dalam membenarkan tentang agama Islam.
Terlebih dahulu saya memohon maaf jika pandangan saya ini akan membuat saudara terasa hati.Tapi saya hanya ingin menyampaikan apa yang dibawa oleh Rasulullah saw.
Saudara merupakan seorang penghafaz Al-Quran dan mengikut dalam Islam pahalanya cukup besar kerana mengamalkan perintah Allah dan juga mengikut sunnah Rasulullah.Pernahkah saudara mendengar hadis Rasulullah yang bermaksud;
“Perkara yang halal adalah jelas dan haram adalah jelas di antara ditengah adalah perkara yang meragukan.Ramai manusia yang tidak mengetahui,barangsiapa yang menjauhi perkara yang meragukan maka dia telah menyelamatkan agamanya.”
Apa gunanya kalau mempunyai ilmu tapi tidak pernah mengamalkannya.Tahukah bahawa Allah memurkai seseorang yang mempunyai ilmu tetapi tidak menyampaikan ilmu yang dianugerahkan kepadanya.Saya pasti saudara sudah mengetahui semua itu kerana saudara lebih mengetahui daripada saya...
Saya di sini bukan untuk berlagak pandai dan saya juga tidak mahu membuat saudara marah kerana saya pernah mendengar daripada seseorang bahawa apabila seorang penghafaz Al-Quran menegur kesilapan dalam keadaan marah terhadap orang lain bererti malaikat akan turut menyertai memarahi orang tersebut.Saya tidak mahu menghurai panjang soal ini.Biarlah itu menjadi rahsia saudara dengan Allah.
Tapi kadang-kadang saya binggung dengan pengamalan saudara dalam kehidupan.Sesungguhnya Allah telah menjelaskan bahawa yang haram akan tetap haram maka barangsiapa yang menghalalkan apa yang diharamkan bererti orang itu adalah pendusta agama yang paling besar.
Saudara merupakan bakal pemimpin agama Islam pada masa akan datang tapi sekiranya akidah saudara sendiri songsang mengapa mesti menyalahkan orang lain?Cuba saudara bayangkan sekiranya kita sendiri sebagai pewaris amanah dan juga penyambung dalam menyebarkan agama Islam boleh terjebak dalam perkara begini, apa yang berlaku dalam dunia remaja di luar sana.Bagaimana kita ingin menghalangkan maksiat ini terus berlaku sekiranya kita sendiri yang turut melakukan...dan bagaimana dengan generasi kita akan datang?!
Memang semua orang pernah melakukan kesilapan tapi jika kesilapan itu sering tidak membuat kita terus pandang ke hadapan itu menunjukkan kita seorang yang tidak boleh menerima kenyataan yang dibawa oleh Islam.Perumpamanya..,kita hanya mempelajarinya tapi tidak pernah mengamalkannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud; “Dan Salah satu tanda-tanda kebesaran Allah,bahawa Dia jadikan kamu berpasang-pasangan (antara lelaki dan perempuan) agar kamu dapat bersenang-senang dengannya dan Allah jadikan antara kamu rasa cinta dan kasih sayang.Sungguh hal itu merupakan pelajaran bagi orang-orang yang berfikir.” Surah ar-Rum;21...
Ramai manusia fikir bahawa dengan keterangan Allah ini menunjukkan bahawa Allah telah menghalalkan apa yang diharamkan.Malah ini yang terjadi dalam kalangan masyarakat sekarang.Sesungguhnya Allah tidak pernah memberi izin dalam menghalalkan sesuatu ikatan melainkan perkahwinan yang sah.Yang dibenarkan dalam Islam hanyalah sekadar taa’ruf saja.Malah kita masih belum mendengar ada ayat-ayat Al-Quran mahupun hadis yang mengatakan menghalalkan ikatan percintaan sebelum perkahwinan.Seperti yang diistilahkan kekasih dan ‘couple’ di antara lelaki dan perempuan.
Benarlah kata seorang ulamak terkenal...,manusia pada akhir zaman merasakan lebih bijak daripada Allah iaitu dengan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah.Kenapa susah sangat manusia mengikut perintah Allah?
Saudara memiliki sebuah hati yang bersih dengan liputi dengan ayat-ayat Allah malah Allah telah mengutuskan malaikat-malaikatNya untuk melindungi hambaNya ini daripada melakukan maksiat tapi mengapa masih terjadi perkara yang boleh merosakkan akidah seperti ini.Saya bukan sekadar ingin menasihati saudara saja tapi untuk diri saya juga supaya tidak akan terjebak dalam perkara maksiat seperti ini.Kita sama-sama khalifah di muka bumi Allah seharusnya kita saling menasihat antara satu sama lain agar kemakmuran agama kita tersebar luas.Kerana selemah-lemah iman adalah hanya menegur di dalam hati saja.

“Fitrah perlukan hidayah jika tidak fitrah akan jadi Fitnah.”

Manusia tanpa cinta agaknya seperti bumi tanpa mentari.Mungkinkah tanpa cinta umpama malam tidak bersiang?Mungkinkah bukan kerana cinta kita tak akan wujud di muka bumi ini?Adam bercinta dengan Hawa barulah terhasil zuriat di muka bumi ini.Senangnya cinta adalah satu perkara yang abstrak yang begitu dan indah berlandaskan jalan yang betul.Tapi saudara sekarang telah menghalalkan apa yang diharamkan.Maka oleh sebab itu cinta menjadi satu maksiat walhal pada mulanya cinta adalah satu makhluk yang suci murni yang dibawa turun dari syurga.
Saya menasihatkan supaya tangguhkan dulu soal perasaan, memang itu merupakan fitrah dalam hidup manusia.Sebaiknya tugas kita sekarang menyempurnakan tuntutan agama bukan setakat di dunia malah di akhirat kelak.Kerana jodoh pasti akan datang dan usah dicari.Pemuda yang soleh akan dipasangkan dengan wanita yang solehah.Itu merupakan janji Allah kepada orang-orang yang sabar dalam ingin mencari cinta.Di syurga Allah telah menyediakan bidadari yang begitu indah.

Ingatlah syaitan akan sentiasa meragukan kita dengan perkara-perkara yang boleh melalaikan kita daripada mengingati Allah.

Firman Allah yang bermaksud; “Hai manusia,sesungguhnya janji Allah adalah benar,maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali syaitan yang pandai menipu,memperdayakan kamu tentang Allah.Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu maka anggaplah ia musuh(mu)kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.” Surah Faathir;5 dan 6

*dr sahabatku untuk sahabatku..

No comments: