muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Wednesday, January 4, 2012

no title..


Assalamualaikum buat sahabat sekalian. Alhamdulillah, syukur kepadaNya, hari ini, bangkitnya hamba dari lena yang sementara, masih diberikan keluarga yang bersama hamba untuk terus menyusuri hari-hari di dunia ini. syukran ya Allah. Nikmat kebahagiaan, dan keakraban keluarga ini sangat hamba syukuri. Biarpun kehidupan ini hanya kami titinya dengan penuh keserdahanaan, namun yakinilah ya Rabb, itu lebih baik dan lebih kusyukuri nikmatMu ini. keserdahanaan itulah yang makin mengeratkan kami. Makin membahagiakan hamba. Ya Ilahi, terima kasih untuk segalanya.
Dalam melewati hari-hari dan saat yang memeritkan dalam hidupku, diri ini masih bisa kuat dan tabah dengan adanya keluargaku. Darah daging ku yang setia menemani hamba dalam melalui kesepian dan kesedihan atas perilaku manusia yang zalim terhadap diri ini. sesungguhnya keperitan ini tidak ku hebahkan kepada mereka, tapi oleh kerna gerak hati seorang ibu, bondaku bisa merasai kelukaan yang hamba sedang lalui. subhanAllah!! Mahu saja air mata ini menitis di hadapannya. Hamba tidak kuat ya Ilahi, namun untuk mengeluarkan air mata ini di hadapan bonda yang hamba sayang, itu tidak sama sekali. Cukup lah pelukkan hangat yang diberikan nya setelah melihat wajahku di hadapan matanya. Itu cukup indah!
Benarlah, ke mana pun kita pergi, harus kita sedari akan kekurangan diri dan status diri. Sekufu itu perlu! Bukan sekadar untuk mencari pasangan, tetapi dalam persahabatan juga perlukan “sekufu”.
Oleh kerna tidak sekufu, sahabat yang selama ini riang, ceria hilang entah ke mana. Segalanya berlaku secara cepat. Segala kata-kata yang ditaburkan selama ini hanya penyedap hati. Allahuakbar! Sekali lagi hamba melalui saat genting ini. berikan secebis kekuatan dan ketabahan. Lupakan dia dari hamba. Biarkan hamba jauh meninggalkannya. Relakan dia dengan kehidupaan mewah yang jauh dari kehidupan hamba. Moga dia bahagia bersama kehidupannya. Agar peristiwa dan pengalaman ini dapat menguatkan lagi buat untuk menilai erti kehidupan sebenar!
Apa-apa pun, terima kasih kerna Kau mendatanginya buatku walau seketika. Ilahi! Terbangkan hamba jauh dari bayangan dirinya. Jauhi hamba dari mengingati segala tentangnya. Lepaskan hamba dengan segala yang berkaitan dengannya.
Terbanglah wahai pipit! Pipit yang sudah tidak lagi berguna buat si enggang! Persahabatan yang tidak mampu dinilai oleh si enggang! Mahu apa lagi berada di takuk lama. Ayuh pipit! Kita terbang! Walau tidak setinggi enggang untuk terbang, walau tidak mudah melupakan enggang yang melupakan pipit, berusahalah! Berusaha untuk melepaskan diri dari melewatan hari-hari yang duka! Biarpun hanya mampu terbang rendah, namun bersyukurlah kerna anda masih mampu terbang. Dan..akan jauh jika ianya berterusan. Temui kehidupan baru. Di situ, binalah engkau suatu kehidupan yang jauh lebih indah.........

2 comments:

Siti AIsah Yakeni said...

Sungguh menyentuh hati...ana dpt rasakan bagaimana perasaan ukhti..insyaAllah, pipit sama pipit bole terbang sama tinggi...sama rendah..bereti, boleh menerima dan memberi...walaupun tdk tinggi spt Enggang, namun berdikit2 lama2 sampai juga ke destinasi yg dituju...insyaAllah, ukhti akan bertemu dgn insan yg mampu menilai harga persahbatan itu..persahabatan itu tdk akan terbina tanpa ukhuwah fillah..doakan utk ukhti.. :')

ukhti Nur said...

syukran ya ukhti..Amenn..insyaAllah....mnghadapi lumrah yg perit...sbuah pershbtan atra 2 muslimat..tp..:)
moga Allah melindunginya..