Mencintai tidak bererti memiliki..
Siapa berhak melunakkan skeping hati
selain Dia,
Mencintai seseorang bermakna kamu perlu
bersedia menerima,
Segala kesudahan rasa,
Mencintailah keranaNya dan kamu akan
merasai lazatnya cinta,
Tiada jiwa terluka..tiada hati
tersiksa,
Kerana insan percaya, takdirNya
terindah dari segala peristiwa,
Kerana kita percaya, Dia menentukan
segalanya.
Jodohnya manusia ada ditangannya.
Saudaraku tercinta,
Andai kehendak hati terhenti,
Percayalah, Dia sedang mengaturkan
sesuatu yang lebih baik lagi,
Cinta yang membuatkan mu tidak lena,
Menjadikan harimu terganggu setiap
masa,
Bukannya itu cinta yang diharapkan,
Itu hanya perasaan yang hanya
mengundang tekanan,
Cinta sesungguhnya apabila kamu
mencinta keranaNya,
Redha dengan takdirNya,
Menerima suratan dengan siapa kamu
dipertemukan,
Mensyukuri pertemuan jodohmu walau
bukan dengan insan idaman,
Asalkan si dia mencintai Tuhan,
Kita kan terus mencintainya tanpa alasan.
No comments:
Post a Comment