muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Wednesday, January 4, 2012

part 6??

syukur alhamdulillah. sedar tak sedar, hampir 3 tahun diri ini menuntut di uitm,kampus khazanah alam ini. walau nun jauh dari pembangunan yang pesat, bandar yang mewah, hiburan yang menyeronokkan, ianya tetap indah pada pandanganku. dan inilah tempat yang terbaik untuk belajar. jauh dari kejauhan yang melalaikan.insyaAllah. syukur alhamdulillah, diri ini sudah ke peringkat ini. walau segalanya tidak mudah seperti yang di sangka kerna meniti kejayaan itu bukan mudah. perbagai yang harus kita harungi. bukan sekadar ujian di kampus, bahkan sahabat-sahabat dan insan-insan yang mendatangi dalam kehidupan ini, juga merupakan suatu cubaan dan pembelajaran. apa-apa pun, segalanya telah mematangkan diri ini. insyaAllah, moga segalanya ada hikmah yang tersembunyi.
"tidak semestinya yang baik itu adalah terbaik buat kita, dan tidak semestinya yang buruk itu buruk untuk kita. Dia Maha Mengetahui".
terimalah itu sebagai pembangkit semangat untuk terus meniti liku2 kehidupan yang mendatang.insyaAllah. andai Dia masih mengizinkan kita untuk bernafas.
sudah 3 tahun di sini. pelbagai pertanyaan yang telah diajukan. nak-nak bila pergi walimatus sahabat-sahabat dan saudara. masing-masing menanyakan soal jodoh. Allahuakbar!mungkin terlalu awal untuk memberikan jawapan. apa-apa pun, diri ini serahkan segalanya kepada Ilahi. Dia Yang Lebih Berhak menentukannya.
apa yang diri ini kongsikan tentang pemikiran segelintir "hamba Allah" yang mana menyatakan bahwah "TIDAK HOT BILA TIADA PASANGAN", "PART 6 SUDAH HARUS PUNYA PASANGAAN", "SIAPA MASIH  TIADA PASANGAN DI HUJUNG PENGAJIAN ITU KATAGORI TAK LAKU" dan macam-macam lagi "statement"yang diterima.
adakah itu ditujukan kepadaku??(termenung dna mendongak ke langit) huhuhu
terasakah??Allahuakbar. sungguh! tidak terasa. cuma kecewa dengan statement itu. adakah memiliki pasangan dengan cara "couple" itu wajib? rugikah bgi golongan seperti diri ini yang masih tidak punya "pasangan" sehingga di tahap ini?

ya Allah,
hamba rela dibenci manusia dari dibenci olehMu........

*hanya di sini yang dapat ditulis..ada kerja yang perlu diuruskan..moga bertemu di post yang lain

2 comments:

Siti AIsah Yakeni said...

InsyaAllah..ukhti berpegang kpd prinsip diri..jgn mudah goyah apabila org lain mempersendakan ukhti..jadikan sbg kekuatan..berdoalah semoga Allah permudahkan jodoh kita dan biarlah ia tiba di saat diri kita benar2 sudah lengkap menggalas tanggungjawab...ana doakan utk ukhti :')

ukhti Nur said...

insyaAllah..Ameen...doaakn,moga hti ini terus dengan pendirian ini..:)