muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Saturday, September 10, 2011

20 years...:)

sedar tak sedar diri ini sudah menjangkau 20 tahun."subhanAllah..dah besar anak mak sorang ni" usik mak kpd ku. wajah ini sekadar tersenyum. sesungguhnya kata2 penuh makna. meningkatnya umur ini..makin meningkat ujian yg diberikan dan semakin banyak tanggungjawab yang harus ku pikul.. ya! tanggungjawab! untuk menjadi khalifah, bukan sesuatu yg mudah. kekuatan fizikal dan mentak sgt2 penting. ya Allah, berikan diri ini kekuatan dalam menghadapi ujianMu..
kata mak lagi..umur da meningkat..lg 5 tahun mak nk tengok diri ini mengikut jejak along dan kak de..OMG! 25 years???masa berjalan dengan pantas..mampukah aku untuk merealisasikan kata2 mak?ya Allah,,sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..temuilah ku dengan insan yang terbaik untuk mnjd ketua dalam solatku, penasihat setia untuk ku, pelindung aku, penguat buat ku, pelengkap kehidupanku,,,dan yang paling penting,,menyayangiku kernaMu...serta mendekatkan diri ini kpdMu..moga perjalanan menuju redhaMu ini berjalan dengan mudah,,
ya Ilahi,,,terima kasih kerana Engkau telah menganugerahkan kehidupan selama 20 tahun buat diri ini..moga hari2 yang ku jalani sentiasa dalam rahmatMu...
ya Ilahi,,jangan Engkau biarkan diri ini lalai dengan kepalsuan duniawi..hiasi peribadiku dengan kesucian agamaMu,,islam yg suci..

No comments: