muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Sunday, September 25, 2011

tanggungjawab dan amanah..

alhamdulillah..kini pengembaraan ku membawaku kepada satu lagi tanggungjawab di mana diri ini diberikan jawatan sebagai setiausaha kelab. ya Allah.. tidak dapat ku ungkapkan..namun jauh di sudut hati ini bimbang, bimbang akan tanggungjawab ini dipersiakan olehku.. mohon kekuatan dariMu sekali lagi untuk diri ini menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadaku. moga diri ini sentiasa sedar akan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadaku. dan semoga tidak ku jauh dariMu. jawatan,pangkat...bukanlah keutamaan yang ku inginkan..namun,ukhuwah yang indah ditambah pengalaman yang ku timba..itu jauh lebih berharga buat diri ini. si pengembara yang sentiasa ketagih dengan pengalaman dan ilmu sbg pedoman buat hidupku..jua akhiratku. ya Ilahi..jangan Engkau lalaikan ku dengan tugas-tugas kelab sehingga aku mengabaikan pelajaran ku. ya Ilahi..sedarkan dri ini sentiasa akan tanggungjawab dan keutamaan aku di sini untuk menuntut ilmu perakaunan dan bukan untuk berpesatuan semata.. moga perjalanan hidupku lebih indah dan ukhuwah ini akan terus subur menyemai. dan aku harapkan..ukhuwah ku bersama shbt2 lain trus berpanjangan..sesungguhnya..diri ini amat mensyukuri nikmatNya kerana dipertemukan dengan kalian..
dan ku mengharapkan agar shbt2 baru ini dapat menjalankan kerja dengan baik dan saling bertolak ansur. moga ukhuwah ini akan sentiasa dalam rahmat Ilahi.... perngembaraan membawa ku sehingga ke sini andai titik penamat itu telah ku temui..moga shbt2 meneruskan perjuangan dan amanah yang diberikan..
wahai Ilahi..terima kasih kerna nikmat ini..dan ingatkan diri ini akan tanggungjawabku..moga aku sentiasa di dalam pemeliharaanMu..:)

No comments: