muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Friday, September 30, 2011

hamba musafir di bumiNya

Hamba musafir..
izinkan hamba untuk berehat seketika
setelah keletihan mengembara sehingga senja
izinkan hamba menghirup sisa malam tanpa cahaya pelita

Ya Ilahi..
tika saat ini detik ini
mana sahabat hamba yg dulunya memayungi hamba
dan kini pergi meninggalkan segalanya
hati bersedih pilu menyiksa jiwa
hilang segalanya tinggal sebatang kara









Kini hamba mulai sedar di mana letak diri ini
si musafir lara berkelana dalam ujian
hamba musafir
musafir di bumi cinta
yang sedang bergelora
tanpa punya perlindungan
dikala hambadi lambung badai
jua di pukul resah entah kemana

Hamba tidak malang tidak pula terbuang
tetapi hamba dalam persimpangan jalan hidup hamba
hamba berdoa agar pengakhiran hidup hamba dalam tenteram
walau penat
hamba lewati onak ranjau lembah bara
datang dan pergi terjatuh, tersadung lalu bangkit semula
mencariNya




No comments: