muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Friday, September 30, 2011

penghijrahan

penghijrahan! semua orang memerlukan penghijarahan dalam kehidupan dan dirinya untuk sentiasa menjadi lebih baik. mampukah ku untuk berhijrah?ya Ilahi..kuatkan diri dan hati ini untuk mulakan penghijrahan. bukan sekadar angan kosong, bukan sekadar berjanji manis,tetapi biarlah sehingga ke akhirnya. ku sedar, betapa banyak dan sukarnya untuk memulakan sesuatu yang baik..dan memulakan suatu fenomena baru dalam kehidupan. berhijrah untuk menyelami kehidupan sebenar masyarakat islam!itu misi penghijrahanku!bukan bererti diri ini dikelilingi dengan orang yang tidak beragama, cuma penghijrahan ini lebih mendekatkan ku kpdNya yang Esa,,meningkatkan keimanan dan sifat kehambaan kpdNya yang sewajarnya ku tunduk dan patuh. mungkin sudah sampai buat diri ini berhijrah. dengan segala yang berlaku ke atas diri ini,ia menguatkan lagi diri ini untuk meneruskan hasrat dan impianku. mohon sahabat2 untuk mendoakan penghijrahan ini agar istiqamah dan dipermudahkan.
bukan mudah untuk berubah dan istiqamah dalam stiap kerjaan, namun tidak salah jika kita miliki keinginan itu, dan diikuti dengan tindakan. kadang2 apa yang telah kita miliki sekarang, belum cukup buat kita mengenaliNya..sedang segalanya punya Dia yang Maha segalanya. terkadang bila merenungkan kembali rentetan perjalananku di pengembaraan bumiNya..menimbulkan persoalan dlm benak fikiran ku. adakah cukup dengan kehidupan yang ku miliki sedang pemilikNya tidak ku kenali sedalamnya..berdosakah aku memiliki segala nikmatNya sedang diriNya tidak tulus ku kenali..tegarkah aku mencari kehidupan duniawi sedang akhir yang bakal ku akhiri.di mana perginya diri ini setelah penamat ku temui di bumi ini?segalanya membuatkan diri ini untuk berhijrah!
segalanya telah ku pertimbangkan...moga Dia memudahkan penghijrahan ini. mohon segala kesulitan yang menantiku di masa depan bisa ku tempuhinya dengan kuat dan tabah. tiada yang lain selain dariNya tempat ku memohon. andai rebah ku..biarlah rebah itu tika ku dlm jalan menuju redhaNya..biarkan ia rebah dalam jalan penghijrahanku.. andai luka merobek diri, biarkan ia terus berbekas agar menjadi saksi pnghijrahan ini.. ya Ilahi... pertemukan ku dengan insan2 berhati mulia..moga mereka bisa mendidik diri menjadi lebih baik.
ya Ilahi...andai penghijrahan memerlukan ku untuk berkorban...Engkau lembutkan hati ini untuk berkorban.. relakan hati ini untuk setiap tindakan dan pengorbanan yang diri ini lakukan. tetapkan pendirian ini di jalanMu..suburkan rasa kecintaan ini kpd Mu Ya Rabb...


No comments: